Sunday 24 March 2013

ANEKA PETUA

Kencing tak lawas
Jika anda mengalami kencing tak lawas, cuba ikuti petua ini. Dapatkan air basuhan beras yang ketiga dan minum segelas setiap hari. Anda akan merasai sendiri perbezaannya.
Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, amalkan petua berikut. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dgn menggunakan air tersebut.
Hilangkan kutu
Kehadiran kutu di kepala tentu merungsingkan anda. Hilangkan kutu dengan beberapa ulas bawang putih yang ditumbuk lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balutkan kepala yang telah dilumur tadi selama satu jam sebelum dicuci.
Tegangkan wajah
Tanpa mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan produk penjagaan bagi menegangkan wajah, campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk lumat. Sapukan pada wajah dan leher dua kali seminggu. Anda pasti berpuas hati apabila melihat wajah yang tegang dan anjal.
Bawang putih legakan lelah
Mereka yang sering kali batuk akibat lelah boleh mencuba petua ini. Tumbuk dua ulas bawang putih dan dicampurkan dengan tiga sudu minyak masak. Gaulkan sebati dan sapukan kepada leher, dada dan belakang. Dalam masa yang singkat anda akan melihat perubahannya.
Atasi kelesuan
Sekiranya tubuh anda sering merasa kelesuan, didihkan daun mengkudu dengan sedikit halia. Saringkan airnya dan amalkan meminumnya secawan pada waktu pagi dan petang. Tubuh anda akan segar dan bertenaga.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment