Sunday 31 March 2013

GERAKAN MUDAH UNTUK BAKAR KALORI

Olahraga sering kali tergendala disebabkan banyak alasan. Paling sering didengarkan adalah kurang fasiliti atau kemudahan berolahraga dan tidak kurang juga yang tiada masa terluang untuk melakukan aktiviti tesebut. Ini semua, adalah lazim yang digunakan untuk meninggalkan aktiviti yang penting ini. Alasan seperti ini tidak sepatutnya timbul jika anda benar-benar pentingkan soal kesihatan tubuh badan. Gerakan mudah secara sambilan sahaja pun boleh dikira sebagai aktiviti yang menyihatkan yang boleh membakar kalori. Apa yang penting, niat dan motivasi mesti kuat. Berikut adalah beberapa gerakan ringan yang boleh membakar kalori dengan banyak. Cukup hanya melakukan selama lima minit sahaja. Cubalah!!
Lompat
Melompat bukanlah hal yang sukar. Hanya dalam lima minit melompat anda boleh membakar sebanyak 68 kalori. Bayangkan jika anda dapat melakukannya dengan lebih lama.
Lari
Tidak perlu lari dengan intensiti yang tinggi. Berlari santai juga boleh dilakukan selama lima minit di dalam taman, mahupun di lajman rumah. Anda boleh membakar 62 kalori. Gabungan berlari dan melompat juga boleh membantu membakar lebih banyak kalori.
Kerja rumah
Selain membersihkan rumah, aktiviti menyapu, mengelap habuk, mengemas dan sebagainya boleh juga membakar 34 kalori. Dalam tempoh 30 minit anda mengemas keseluruhan rumah sudah banyak kalori yang dapat dibakar. Badan lebih ringan dan segar walaupun hanya membersihkan rumah. Jadi, jangan malas bersihkan rumah anda.
Membeli-belah
Aktiviti ini memang paling digemari wanita. Kegiatan ini memerlukan anda aktif bergerak dan berjalan. Lima minit boleh membakar 22 kalori, dan tentunya aktiviti ini lebih banyak memakan masa bukan, apatah lagi apabila anda berniat untuk berpusing-pusing di seluruh kompleks membeli belah.
Naik tangga
Jangan benci pada tangga. Pilihlah tangga berbanding eskalator atau lif. Ini kerana, lima minit menaiki tangga anda boleh kurangkan 36 kalori dari tubuh anda.
Regangan
Melakukan aktiviti regangan pada bola memerlukan keseimbangan tubuh. Bukan hanya ia boleh membuatkan otot tubuh lebih lentur, latihan dengan menggunakan bola keseimbangan ini boleh membakar sebanyak 58 kalori.
Bemain pingpong
Gerakan aktif dalam permainan ini boleh membakar sebanyak 23 kalori. Tentu kebiasaanya anda tidak hanya bermain ping pong dalam masa lima minit bukan. Sekurang kurangnya anda akan bermain satu permainan sehingga tamat. Bukan hanya menyenangkan tetapi juga boleh mengurangkan kalori di dalam tubuh.
Bangkit tubi (push up)
Sambil menonton tv di rumah, apa kata anda berbaring seketika dan ambil masa lima minit anda untuk membuat push up. Jangan risau ketinggalan babak menarik dalam rancangan kegemaran anda. Ambil masa membuat push up ketika iklan seang berlangsung, anda akan membakar sebanyak 45 kalori.
Memasak
Mengolah bahan makanan menjadi suatu hidangan enak bukan sahaja bolehmembuatkan seluruh ahli keluarga gembira, namun sebenarnya dalam tempoh lima minit anda memasak sahaja sudah dapat membakar  26 kalori.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment