Saturday 23 March 2013

Petua di dapur

Menghilangkan bau petai
Ada yang cuba mengelak daripada memakan petai kerana baunya. Untuk menghilangkan bau petai,masykkan terung ke dalam masakan. Pastinya bau tidak lagi menjadi masalah lagi kepada anda.

Nasi lambat basi
Agar nasi yang dimasak lambat basi,anda boleh mencuba petua berikut. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih berserta secubit garam halus. Hasilnya pasti memuaskan.

Kulit nenas kilatkan sudu dan garpu
Bagi mengilatkan sudu dan garpu, cuba ikuti petua ini. Rendamkan sudu dan garpu ke dalam bekas berisi air. Masukkan juga kulit buah nenas. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan pencuci pinggan seperti biasa dan bilas sehingga bersih.

Jus limau elak hanyir telur goreng
Bau hanyir telur boleh dielakkan melalui beberapa cara. Salah satunya adalah memasukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur. Kacau hingga rata. Setelah itu barulah digerong.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment