Sunday 24 March 2013

Pratikal 'berpisah' susu ibu

Anda mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk menghentikan penyusuan susu ibu. Mungkin juga mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan, enam bulan atau lebih dari itu. Kesemuanya bergantung kepada kerjasama yang diberi si kecil. Berpisah susu akan mengambil masa lebih lama jikan anda melakukan sebelum si kecil bersedia. Berikut 10 cara pratikal berpisah susu yang boleh membantu anda menghentikan penyusuan
JANGAN TAWAR DAN JANGAN TOLAK
Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Berikan susu apabila si kecil minta dan jangan sesekali menolak jika si kecil mahu menyusu. Namun, konsep ini perlu diaplikasikan bersama beberapa cara di bawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.
MENGUBAH RUTIN HARIAN
Anda pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contohnya dia akan menyusu jika anda berada di sofa yang selalu diduduki. Oleh itu, elakkan diri daripada duduk di sofa berkenaan agar dia lupa tentang rutin yang biasa dilakukan.
PERTOLONGAN DARIPADA AYAH ATAU PIHAK SUAMI
Ayah perlu memainkan peranan mengalihkan perhatian si kecil yang mahu menyusu dgn melakukan aktiviti lain seperti menonton program televisyen kegemaran si kecil, bermain alat permainan kesukaannya, membaca buku atau melakukan apa sahaja jenis aktiviti yang ingin dilakukan ketika itu.
ALIHKAN PERHATIAN SI KECIL
Kadang kala apabila si kecil leka bermain, dia terlupa meminta susu. Gantikan sesi penyusuan yang patut diterimanyadengan memberikan snek berkhasiat seperti buahan ataupun roti. Anda juga boleh membawanya ke taman permainan pada waktu yang biasanya dia meminta susu.
LENGAHKAN SESI PENYUSUAN
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika si kecil lebih berusia dan boleh memahami penerangan anda. Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untujk menunggu sebentar. Gantikan dengan aktiviti lain juga boleh menjadi cara yang berkesan menghentikan penyusuan.
MEMENDEKKAN TEMPOH PENYUSUAN
Cara ini berkesan untuk berkesan berusia dua tahun je atas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan cara memberitahunya,  "Sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar." Sedikit demi sedikit akan mengurangkan kebergantungan kepada susu ibu.
MEMBERITAHU SECARA BERHEMAH
Bagi si kecil yang berusia setahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Jadi, tunjukkan contoh-contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu. Dia pasti teruja apabila diberi kesempatan menjadi orang dewasa.
KURANGKAN PENYUSUAN
Dalam sehari mula kurangkan sesi penyusuan terutamanya di waktu malam. Ini membolehkan penghasilan susu ibu berkurangan secara semulajadi dan pada masa yang sama membolehkan si kecil menerima perubahan itu.
ADALAH BAIK JIKA ANDA TIDAK MENGHENTIKAN PENYUSUAN SECARA TIBA-TIBA
Hal ini akan menganggu emosi si kecil malah menjadikan diri anda sendiri berasa tidak selesa. Anda sendiri berkemungkinan mengalami masalah seperti payu dara bengkak atau mastitis berikutan susu ibu tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya. Pendekatan terbaik ialah tidak melakukan secara tergesa-gesa.
PETUA-PETUA LAMA
Terdapat juga petua-petua lama untuk membolehkan anak bercerai susu. Apa pun, dapatkan pandangan pakar sama ada cara yang digunakan boleh meninggalkan kesan yang kurang baik kepada si kecil.

Info tambahan
Jika ingin merencatkan penghasilan susu ibu, tuam payu dara menggunakan ketulan ais. Dalam masa yang sama, jangan sesekali memerah susu kerana ia akan menyebabkan susu ibu bertambah semula.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment