Sunday 24 March 2013

Tip mencari bidan / tukang urut

Jangan terlalu ghairah dengan pelbagai pakej yang ditawarkan semasa mencari tukang urut untuk menglengkapkan rawatan berpantang anda. Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian agar tidak tertipu atau terpedaya dengan tawaran yang dijanjikan
1. Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmatnya
2. Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti kuku tidak panjang, basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh menganggu proses mengurut.
3. Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.
4. Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman boleh mengirangkan caj kos pengangkutan.
5. Pastikan pakej yang diambil di salon adalah telus iaitu tidak mempunyai caj tersembunyi. Apa yang ditawarkan mesti dimasukkan di dalam bil.
6. Bagi yang muslim digalakkan mengambil bidan/tukang urut beragama islam utk memastikan penjagaan aurat.
7. Untuk mengelakkan daripada ditipu, jangan mudah membayar duit deposit pakej yang diambil sebelum pertemuan dilakukan.
8. Jika memilih pakej di salon, pastikan salon tersebut dikenali dan anda mengetahui lokasinya.
9. Pastikan tukang urut mementingkan kesihatan ibu iaitu ada serba sedikit ilmu perubatan asas.
Info tambahan
- Sebenarnya rahim ibu boleh naik kembali secara semulajadi selepas 7 hari bersalin
- Amalan sengkak rahim untuk menaikkan peranakan hanya boleh dilakukan selepas tempoh tiga minggu bersalin
- Selepas 44 hari berpantang, ibu tetap digalakkan berurut dan bertungku sebulan sekali.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment