Thursday 4 April 2013

PEMAKANAN PERSEDIAAN HAMIL. .... 17 TIPS BUAT SUAMI ISTERI

Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat. Sebelum itu, amat penting untuk anda dan suami memastikan pemakanan yang diambil saban hari adalah sihat. Hal ini kerana kesuburan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan sihat.

PERBAIKI GAYA MAKAN?
Anda dan suami perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan. Seelok-eloknya, makanan itu kurang lemak tetapi banyak serat. Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan buah buahan, sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti yogurt, susu dan keju. Ketahuilah kekurangan sumber nutrien dalam tubuh bolen mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan anda sukar meramal hari subur. Dalam pada itu, sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
AMBIL SUPLEMEN TAMBAHAN
Biarpun beranggapan diri telah mendapat zat pemakanan mencukupi menerusi diet yang seimbang, anda tetap disarankan untuk mengambil vitamin tambahan. Dengan cara ini, ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan.
MAKAN ASID FOLIK
Nutrien ini terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida. Ia juga dapat dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis. Kajian menunjukkan selain penting dalam tiga bulan pertama kehamilan, asid folik juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan peluang anda untuk hamil. Anda disarankan mengambil asid folik sekurang kurangnya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan. Jika mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kecacatan saraf, anda dinasihatkan untuk mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi. Rujuk kepada doktor untuk mengetahu dos yang bersesuaian.
Asid folik merupakan vitamin larut air. Jadi, tubuh anda akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan. Jika memasak sayuran yang kaya dengan folat, anda hanya perlu menggunakan sedikit air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.
DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL
Mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambah sedikitbberat badan jika anda terlalu kurus sangat penting. Iaperlu dilakukan agar kandungan anda nanti tidak bermasalah. Golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan. Manakala bagi yang telalu kurus pula dkhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat atau kelahiran pramatang. Bagi yang bersaiz besar, mulakan rutin senaman secara teratur dan cuba kurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu. Namun ingatlah, pengurangan berat badan secra drastik boleh menyebabkan ovulasi tidak berlaku.
HINDARI TABIAT BURUK
Tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat ubatan melainkan dengan nasihat doktor. Kurangkan juga pengambilan minuman yang berkafein. Jauhi daripada rokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.
PEMAKANAN ISTERI
Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan
Asid folik
Ia boleh diperolehi daripada sayuran hijau, buahan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam.
Zat besi dan protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi. Manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya daripada makanan tenusu,  telur dan soya.
Makanan lain
Antara jenis makanan lain yang dipercayai boleh menggalakkan kesuburan wanita ialah tauge, kacang dal dan kacang botol.
DIET SUAMI,MAKANAN MENGANDUNGI ZINK
Fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat. Zink dapat meningkat paras testosteron dan jumlah semen lelaki. Jmlah keperluan harian ialah 11mg. Contoh makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram. Selain itu, terdapat juga vitamin-vitamin yang mengandungi zink.antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate.
Jika suami anda mengambil suplemen zink, elakkan daripada memakannya secara serentak bersama kalsium atau susu. Ini kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink dalam tubuh.
Betik
Ia mengandungi vitamin C. Jadi ia baik untuk meningkatkan kualiti sperma. Adalah baik untuk mengamalkan vitamin C untuk pengeluaran sperma yang sihat. Asid folik, kalsium dan vitamin D, ketiga tiga nutrein ini baik untuk meningkatkan penghasilan sperma.
Kopi
Ia dipercayai meningkatkan keaktifan sperma. Namun, jangan mengambilnya secra berlebihan.

PERLU DIELAKKAN
Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan jika anda cuba untuk hamil
Kafein
Satu kajian di amerika mendapati pengambilan kafein lebih daripada tiga cawan kopi sehari akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi.
Alkohol
Cuba elakkan daripada pengambilan alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil. Di pihak suami, pengambilan dalam jumlah berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron. Untuk jangka masa panjang, buah zakar akan menjadi lemah
Rokok
Perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan. Satu kajian Finland mendapati bahawa 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul. Malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlakunya ejakulasi. Si perokok harus berhenti  merokok sekurang kurangnya tiga bulan sebelum cuba hamil
Ikan mengandungi merkuri
Tedapat beberapa jenis ikan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi. Merkuri boleh berkumpul di dalam badan dan boleh memudaratkan bayi yang bakal dikandungi. Elakkan memakan ikan mengandungi merkuri yang tinggi seperti jerung, todak dan makerel semasa cuba hamil. Sebaliknya, makan ikan yang rendah kalori seperti salmon dan tuna.
Makanan tertentu
Daging yang diproses(daging dalam tin,rendang segera, daging salai) ,sushi mentah, dan produk tenusu yang tidak dipasteur (keju lembut) harus dielakkan. Ia berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang boleh menyebabkan listeriosis. Jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pramatang. Pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul bagi mengelakkan listeriosis.

INFO
Perkara utama yang perlu diambil peduli sekiranya merancang untuk hamil ialah mengelakkan daripada menjalani rutin diet yang keterlaluan. Berat badan yang tidak ideal akan menganggu proses penghasilan telur. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan peluang anda untuk hamil.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment