Wednesday 22 May 2013

KECANTIKAN - MASKER DARI BAHAN SEMULAJADI

Selain penggunaan solekan, anda juga boleh memelihara kulit agar tampak awet muda dan menarik dengan penggunaan bahan-bahan semulajadi sebagai masker wajah. Ini kaedah terbaik untuk anda yang kurang gemar ke spa untuk membuat rawatan wajah.

Masker pisang
Selain menambahkan tenaga dalam tubuh seseorang, pisang juga membantu membuatkan kulit wajah lebih cerah. Caranya adalah dengan mencampurkan bersama avokado dan timun. Pisang berfungsi sebagai pelembap semulajadi bagi wajah. Manakala avokado pula membantu menjadikan wajah lebih sihat dan terasa kenyal kerana ia mengandungi vitamin E.
Masker putih telur
Kaedah ini membantu dalam mengecikan pori-pori pada wajah. Caranya cukup mudah, anda hanya perlukan dua biji  telurkan. Asingkan putih telur dari kuning telur. Kemudian,pukul putih telur. Setelahnya, sapukan ke wajah secara rata. Setelah 20 minit, bilas dengan air suam. Ia membantu membuatkan kulit menjadi lebih tegang.
Masker santan dan madu
Selain berfungsi dalam masakan, campuran bahan-bahan ini boleh dijadikan sebagai penyegar atau toner semulajadi selain bertindak sebagai agen antibakteria untuk mengurangkan masalah peradangan di sekitar kulit wajah. Selain itu, campuran bahan ini membantu mengurangkan masalah bintik-bintik hitam di wajah.
Masker tomato dan yogurt
Campuran kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai masker untuk mengurangkan masalah kulit. Caranya kisar tomato segar sehingga lumat kemudian tambahkan yogurt, minyak zaitun dan sedikit cuka. Tomato sangat baik dalam membantu membuka pori-pori wajah, manakala cuka bertindak sebagai pembersih alami, yogurt pula berperanan dalam membersihkan dan menghilangkan noda-noda hitam seterusnya melembutkan kulit. Manakala minyak zaitun pula menjadikan kulit lebih lembap.
Masker almond dan nenas
Almond bertindak membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati. Manakala nenas akan membantu membuang kulit mati setelah wajah dibersihkan. Caranya, campurkan nenas yang dihancurkan dengan serbuk almond. Kemudian aplikasikan ke wajah selama beberapa minit. Setelah itu, bilas dengan air suam dan lihatlah hasilnya.
Masker limau dan kuning telur.
Ambil dua kuning telur dan satu sudu perahan limau. Campurkan kedua bahan tersebut dan ratakan ke wajah selama lebih kurang 10 minit. Kuning telur merupakan kaedah terbaik untuk membantu masalah jerawat. Manakala perahan limau yang mengandungi vitamin C pula bertindak sebgai pembersih semula jadi.
Masker minyak zaitun dan almond
Kaedah ini membantu mengurangkan masalah kulit yang kering. Caranya, campurkan minyak zaitun dengan serbuk almond. Sapukan ke wajah selama 10 minit, biarkan hingga minyak meresap.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment