Wednesday 22 May 2013

PERKAHWINAN - DILEMA BILA SUAMI TIDAK MATANG

Perkahwinan sangat dituntut dalam agama. Sebagai ketua keluarga, suami haruslah matang dan bersedia untuk membuat sebarang keputusan. Peranan suami dalam mengemudi rumahtangga perlu bersandarkan kepada beberapa perkara seperti kewajipan memberi nafkah atau sara hidup kepada isteri dan anak-anak. Sara hidup ini berupa makanan, minuman, pakaian seta tempat tinggal yang sesuai dan munasabah menurut kemampuannya.
Kenali ciri lelaki keanak-anakan

Mungkin ada yang masih ragu sma ada pasangan itu matang atau segaliknya. Jadi, bolehkah dikesan suami yang bersikap begini? Sebenarnya, ia dapat dilihat melalui perlakuan suami mereka sendiri. Maklum sahajalah, tinggal serumah sudah tentu banyak perkara yang dapat dikenal pasti. Antaranya ialah :-

a) Tidak mampu berdikari dan banyak bergantung kepada orang lain untuk membuat sesuatu perkara.
b) Tidak pandai menguruskan diri seperti memilih pakaian yang sesuai dengannya.
c) Kurang pembersih dan tidak pandai menjaga pakaian, tempat tidur, tempat kerja dan sebagainya.
d) Kurang pandai bergaul dengan orang lain. Suka menyendiri dan seperti berada dalam dunianya shaja tanpa mempedulikan orang lain.
e) Tiada perancangan untuk masa depan yang lebih cerah. Pentingnya perancangan ini adalah sebagai motivasi untuk dirinya untuk berusaha sebaik mungkin agar impiannya mampu tercapai.
f) Tidak bijak berbelanja dan banyak menghabiskan wang pada perkara yang tidak bermanfaat.
g) Tidak dapat mengawal emosi dalam perkara kecil mahupun besar.
h) Kurang serius apabila menangani permasalahan yang boleh dianggap serius.

Terdapat beberapa cara untuk mengubah perwatakan suami yang tidak matang dan keanak-anakannya. Antaranya ialah :-

Perhatikan tahap keanak-anakannya
Jangan terlalu risau dan bimbang jika suami menunjukkan sifat keanak-anakannya pada masa lapangnya seperti hobi bermain permainan komputer, PS3, alat kawalan jauh dan sebagainya. Berilah gambaran dari aspek positif bahawa setiap insan perlu miliki aktiviti yang digemari bagi mengisi masa yang terluang. Hal ini mungkin lebih menarik jika isteri melakukan aktiviti tersebut bersamanya dan memaham mintanya. Namun, jika sifat keanak-anakanya ini berlebihan hingga mengabaikan tugasan dan nafkah keluarga, maka wajar bagi si isteri meminta bantuan kaunselor untuk memberikan tip dan nasihat kepada suaminya secara langsung.
Berikan tugasan dan tanggungjawab
Mungkin sikap tidak matang dan keanak-anakannya ini timbul disebabkan kurangnya tanggungjawab pada diinya. Biarpuntelah berumahtangga,sesetengah suami masih tidak dapat menentukan tugas yang perlu dilaksanakan. Berkemungkinan urusan rumah sebelum ini diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapanya, maka si isteri wajar melatih dan memberikan agihan tugasan tersebut kepada suami satu persatu mengikut kemampuannya.
Beri kepercayaan sepenuhnya
Berikan kepercayaan sepenuhnya kepada si suami. Sekiranya masih kekal sifat keanak-anakannya pada dirinya, maka bimbinglah agar dia boleh menjadi seorang suami yang matang dan mampu membuat keputusan dan tidak terlalu bergantung pada orang lain. Berikan keyakinan bahawa dia adalah ketua keluarga yang paling hebat. Mungkin dengan kata-kata dorongan dan pujian yang sering diberikan, mampu membuat si suami lebih seronok untuk berubah.
Banyakkan toleransi
Jangan berputus asa dalam memberi nasihat kepada suami dalam situasi santai dan kecindan, suasana ini amat perlu agar tidak timbul rasa tidak puas hati dan akhirnya berlaku perselisihan faham. Berbincanglah secra baik mengenai sikapnya yang keanak-anakan itu dan cuba cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang diutarakan kerana komunikasi yang baik mampu mengubah seseorang dalam masa yang singkat.
Berbincang mengenai kematangan yang diinginkan
Cara masa sesuai dan santai untuk berbincang dalam perkara ini. Jelaskan padanya keinginan untuk memiliki seorang suami yang dewasa dan mampu menjadi pelindung ahli keluarga. Sekiranya si suami mampu berubah maka doronglah dia dan berilah perhatian terhadap perubahan yang cuba dilakukannya.
Jangan sesekali pinggirkan suami
Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan si suami faham tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya. Jangan sesekali memingirkannya biarpun dalam urusan memasak, membasuh dan membersihkan rumah.
Rajin berdoa
Setiap usah yang dilakukan untuk mengubah sikap suami yang kurang matang ini harus diiringi dengan doa kepada Allah Taala. Berkat dari doa yang bersungguh sungguh ini pasti akan menjadi kenyataan dan agar semua usaha ini mendapat redha dan diberkatinya. Insya-Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments: