Tuesday 21 May 2013

TIP CANTIK - BEDAK ASAS, RAHSIA WAJAH TAMPIL MULUS DAN GEBU

Mata terpaku saat menatap kejelitaan artis kesayangan yang muncul di permaidani merah. Wajah kelihatan begitu mulus dan berseri. Ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan selebriti.
Sebenarnya orang popular banyak dibantu oleh kuasa solekan, pemilihan bedak asas yang tepat dan sentuhan jurusolek profesional membuatkan mereka tampil sempurna seperti bidadari. Jika tahu teknik solekan yang betul, wanita biasa juga boleh tampil anggun dan menawan. Kini kita kongsikan informasi mengenai bedak solekan yang bukan sahaja mampu menutup cela malah membuatkan wajah tampil mulus dan gebu.

JENIS BEDAK ASAS

Cecair
Bedak asas jenis ini sangat popular dan menjadi kegemaran wanita. Ia mudah digunakan dan memberi kesan semula jadi kepada kulit. Didatangkan dalam dua jenis iaitu berasaskan air dan minyak, bedak asas cecair sesuai untuk semua jenis kulit.
Krim
Jurusolek sering memilih bedak asas krim kerana ia memberi liputan yang baik dan mudah digunakan. Bedak jenis ini dapat menutup cela dengan lebih sempurna. Ia mempunyai dua kategori iaitu padat dan batang. Istimewanya, bedak asas krim membuatkan wajah lebih kelihatan licin dan tahan lama. Ia amat sesuai untuk solekan fotografi.
Dua dalam satu
Bedak asas dua dalam satu iaitu bedak dan bedak asas memberikan liputan menyeluruh pada wajah dengan sekali sapuan saja. Ia amat sesuai untuk wanita yang berkerjaya sibuk atau tiada masa bersolek

CARA PILIH BEDAK ASAS YANG TEPAT
1. Pilih warna yang terdekat dengan warna kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit anda, bermakna anda sudah memilih warna yang betul. Pemilihan bedak yang terlalu cerah membuatkan anda kelihatan seperti tepung gomak.
2. Ketika memilih bedak, uji pada kulit wajah bukannya kulit tangan. Cara ini lebih tepat.
3. Sapukan bedak asas menggunakan span ataupun hujung jari.
4. Bagi yang memiliki kulit wajah yang kering,anda boleh mencampurkan bedak asas dengan beberapa titik pelembap di tapak tangan sebelum menyapukannya di muka. Ia membuatkan bedak meresap lebih sempurna pada kulit wajah.
5. Usah memakai bedak asas berlebihan kerana ia membuatkan anda kelihatan tidak semulajadi.  Sekiranya bedak asas berlebihan pada wajah, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span.

TIP CARA GUNA BERUS
1. Cari berus yang diperbuat daripada bahan sintetik supaya ia tidak terlalu menyerap bedak.
2. Pilih bentuk bulu yang nipis di bahagian hujungnya agar bedak asas kebih mudah disapu pada wajah.
3. Basuh berus dengan sabun dan air suam seminggu sekali. Jika kerap digunakan, anda boleh basuh dua kali seminggu.
4. Sapukan bedak secara gerakan sehala agar sapuan lebih rata dan licin. Sapuan bedak juga mengikut liang roma, usah lawan liang roma kerana ia membuatkan pori-pori tersumbat dan bedak menjadi tidak sekata.

Published with Blogger-droid v2.0.10

3 comments:

  1. salam kenal...
    makasih infonya bikin kami lebih cantik
    oya kalau untuk melindungi kecantikan kaki apakah mrmbutuhkan kaos kaki muslimah

    ReplyDelete
  2. Wah artikelnya keren..
    cuma lebih keren lagi klo di tambah gambar agar lebih menarik, ..Sambil baca artikel ini, mau tanya untuk tempat kaos kaki muslimah yang memilika banyak piliha model terbaru dimana ya....
    moga makin bagus lg artikelnya ...

    ReplyDelete
  3. salam kenal agan...
    infonya menarik dan membantu sekalai untuk nyelesaikan tugas..
    dan kamu tunggu artikel berikutnya yang menarik dan bermanfaat..
    seperti kaos kaki muslimah yang bermanfaat sekali untuk melindungi kaki agar selalu cantik..
    moga makin sukses ya..

    ReplyDelete