Saturday 8 June 2013

DUNIA LELAKI - 6 CIRI LELAKI HIDUNG BELANG

Wajahyang kacak belum tentu hatinya bik. Boleh jadi si hidung belang. Berkawan dengan lelaki bimbang terjerat golongan lelaki sedemikian yang berhasrat mempermainkan hati wanita. Sebelum terkena mari telitikan ciri-ciri lelaki berhidung belang.

1. Berlagak seperti orang kaya
Bagi menjerat wanita, lelaki hidung belang akan memastikan penampilan sentiasa kemas seperti orang berada. Namun sebenarnya habuk pun tiada. Jadi, berhati hati dengan taktik memujuk rayu seperti meminta wang atas alasan berhadapan masalh kewangan padahal usia perkenalan masih hijau.
2. Jadi lelaki paling 'baik'
Awal perkenalan, dialah insan paling baik. Semua kehendak wanita akan dipenuhi. Minta apa saja, ia pasti ditunaikan. Pun begitu, selepas sebulan atau mungkin kurang, si lelaki itu mula menunjukkan belangnya. Silap hari bulan wanita itu pula yang menjadi 'bank' lelaki tersebut.
3. Tidak tepati janji
Lelaki kasanova atau hidung belang ini terkenal dengan sikap tidak menepati janji. Perhatikan setiap kali kamu berdua berjanji keluar bersama, siapa yang terlebih dahulu tiba di destinasi yang dijanjikan? Lelaki seperti ini akan memberikan seribu satu alasan yang tidak munasabah supaya kesilapannya tidak dapat dikesan.
4. Berani pegang tangan
Bagi yang beragama Islam, sentuhan kepada bukan muhrim adalah berdosa, namun masih ramai yang berani mencubanya. Cuba perhatikan jika lelaki tersebut baru seminggu dua mengenali kamu tetapi sudah berani menyentuh pada bahagian tubuh itu bermakna si dia sengaja mahu menggoda kamu. Jangan sampai bergadai tubuh ya. Jka berhadapan dengan situasi seperti ini, tidak rugi wanita tersebut menjauhkan diri.
5. Pergunakan wajah tampan
Lelaki hidung belang biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan. Nah, apa lagi ketampanannya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menggoda si gadis dan membuatkan kamu mudah cair terutama apabila si dia memujuk rayu. Jangan sesekali kamu mudah percaya dengan wajah yang tampan itu sebaliknya selami dahulu isi hatinya.
6. Rahsiakan hal keluarga
Selalunya lelaki hidung belang tidak akan bercerita tentang asal usulnya dan perihal keluarga. Kadi, jangan berharap si dia akan membawa kamu berjumpa dengan kedua ibu bapanya apatah lagi mengajak kamu pulang ke kampung.
Mereka mungkin mempelawa tetapi hanya ajak ajak ayam sahaja. Bila tiba masanya, pelbagai alasan yang akan diberikan kepada kamu. Ingat, lelaki yang serius mempunyai hubungan dengan kamu pasti akan membawa kamu berjumpa orang tuanya.

No comments:

Post a Comment