Friday 7 June 2013

DUNIA LELAKI - PETANDA LELAKI SEDANG MERINDU

Rindu satu perkataan yang mampu menggambarkan keseluruhan perasaan manusia. Jika wanita mudah melafazkan rasa rindu dengan kata-kata, lelaki juga sama. Tetapi bukan dlam bentuk kata-kata, sebaliknya dengan perbuatan yang mempunyai maksud tersirat. Jadi bagaimana mahu mentafsir lelaki yang sedang merindu ini. Mari kita semak ciri-ciri di bawah.

Tidak sabar bertemu
Selalunya apabila wanita yang dicintai keluar bekerja di luar daerah dalam jangka masa melebihi dua hari, si lelaki akan jadi tidak tentu arah. Namun tidak sesekali menonjolkannya. Selain ego, memang lumrah lelaki tidak pandai mempamerkan perasaan mereka.
Selepas pulang, si dia pasti akan meminta anda meluangkan masa untuk bersamanya. Ketika itu, cuba anda perhatikan layanannya. Tentu lain daripada yang lain jika dia tidak sabar untuk bertemu anda, itu tandanya dia sangat merindui anda. Melihat wajahnya akan berseri-seri.
Tiba-tiba jadi cemburu
Tahukah anda, golongan wanita, sekiranya si jejaka idaman anda tiba-tiba menjadi mudah cemburu, itu tandanya si dia sedang merindu. Tetapi bagaimana untuk mengetahui? Tatkala berjauhan dan kamu berdua hanya bolen berbual melalui telefon serta di laman sosial peribadi, cuba nada bercerita tentang saat anda terserempak dengan seorang lelaki kaitu rakan lama anda di sana. Sekiranya nada suaranya berubah, nah itu petanda dia memang sedang merindui anda
Mudah marah
Baru dua hari menghabiskan masa bersama, tiba-tiba si lelaki menjadi marah-marah. Cuba anda ingat semula apa yang anda kongsi bersama si dia semasa anda meluangkan masa bersama? Mungkinkah anda ada bercerita tentang seseorang yang boleh membuatkan dia cemburu atau pernah melakukan perkara yang anda berdua sukai tetapi tidak melibatkan dirinya. Jika ada, itu tandanya si dia sedang rindu. Ada kalanya, lelaki menjadi marah-marah apabila terlalu, merindui wanita yang dicintainya.
Berkecil hati
Jika selalunya anda berdua ibarat belangkas. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam bersama, tiba-tiba sejak kebelakangan ini, anda terlalu sibuk hingga kerap kali mebatalkan temu janji bersamanya.
Apabila anda kembali kepada rutin dan keluar bersama si dia, anda akan lihat perubahan sikapnya yang tiba-tiba menjadi pendiam. Itu tanda si dia sedang berkecil hati. Semasa anda sibuk, si dia sedang menanggung rindu kerana tiada anda di sisinya seperti kebiasaannya. Jika ini berlaku, luahkan kata-kata cinta kepadanya. Ia diharap mampu membuatkan si dia kembali ceria.
Membuat kejutan
Ada lelaki yang tidak suka wanita kesayangannya mengharapkan sesuatu pada tarikh-tarikh tertentu seperti hari jadi anda. Sebenarnya, bila anda mengharapkan sesuatu, ia tidak lagi boleh dipanggil kejutan. Pernahkan anda berhadapan dengan situasi yang mana ketika anda kelihatan biasa-biasa sahaja saat temu janji makan malam, tiba-tiba si dia menghadiahkan anda sejambak bunga ros merah yang tidak pernah berlaku sepanjang hubungan kalian. Jika itu berlaku, maknanya dia memang sedang merindui anda. Kesibukan mungkin membuatkan si dia selalu tidak dapat bersama sebelum itu.
Bersikap pelik
Ada lelaki meskipun kerap bertemu, tapi tidak dapat menahan rasa rindu walaupun berjauahan sekejap saja. Itulah kuasa cinta. Bila si dia sudah terlalu banyak membuat kejutan kepada anda, pasti si dia akan bersikap pelik bagi menggambarkan rasa rindunya. Bersikap pelik seperti menyanyikan lagu buat anda atau mungkin menyuapkan makanan yang sebelum ini tidak pernah si dia lakukan.

No comments:

Post a Comment