Friday 7 June 2013

KELAB DIET - AWAS 7 KAEDAH DIET BERBAHAYA! !

Memang untuk memiliki tubuh langsing dan berat badan yg ideal merupakan impian wanita. Taksub untuk mencapai impian ini, ramai sanggup melakukan apa sahaja termasuk dengan menggunakan kaedah yang paling ekstrem sekalipun, asalkan impian mereka terlaksana.
Bagi yang terfikir untuk meneruskan diet ekstrem sebegini, apa kata anad baca entri ini selanjutnya. Fikir semasak-masaknya risiko dan mudarat yang bakal dihidapi sekiranya anda mencuba diet berisiko seperti di bawah :

Diet Atkins
Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat dan tinggi protein seperti daging merah, telur, ikan dan kadangkala kulit gandum. Diet ini diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins yang juga merupakan seorang kardiologi.
Bahayanya diet ini adalah makanan berprotein tinggi boleh menurunkan kadar kalsium yang menyebabkan berlakunyaosteoporosis. Selain itu, ia juga menimbulkan masalah sembelit, usus besar, buah pinggang atau kenaikan kadar kolestrol tubuh.
Diet cuka epal
Cuka epal dipercayai boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan mengurangi selera makan. Diet ini menyarankan mereka yang mengamalkan untuk minum tiga sudu teh cuka epal setiap kali sebelum makan. Ini bagi membantu meraka menurunkan selera makan, sekali gus makan dengan sedikit.
Bahayanya diet seperti ini adalah cuka epal mengandungi asid yang sangat tinggi. Minum cuka secara terus boleh membuatkan saluran perut dan tekak mudah luka.
Diet cairan
Diet jenis ini menurunkan berat badan sehingga 24.5 kg dalam sembilan minggu. Caranya, hanya dengan mengambil cairan sahaja sama ada berbentuk sup, bubur cair sehingga minuman berprotein. Untuk aktiviti pula, diet inimencadangkan pengamalnya berjalan di treadmill tiga jam setiap hari.
Bahayanya diet ini  adalah apabila hanya mengambil minuman sahaja, tubuh akan mengambil lemak dan jaringan tubuh sebagai cadangan hidangan. Akibatnya, organ tubuh berisiko untuk mendapat kesan yang mudarat kerana digunakan sebagai cadangan tenaga agar tubuh boleh melakukan aktiviti harian.
Diet lemon
Dikenali dengan Lemonade Diet atau Maple Syrup Diet, diet ini menyarankan pengamalnya hanya minum campuran jus lemon, sirap maple, serbuk cili dan air putih selama 10 hingga 40 hari. Bahayanya mengikuti program diet ini membuatkan kadar gula dalam darah di dalam tubuh terganggu serta boleh menyebabkan kekurangan vitamin. Selain itu, ia boleh menyebabkan kehilangan jaringan otot.
Diet sup kubis
Diet ini merupakan salah satu diet ekstrem yang boleh menurunkan berat badan secara drastik dengan hanya mengambil sup kubis sebanyak banyaknya setiap hari selama tujuh hari berturut-turut.
Bahayanya diet ini adalah, ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi dalam jumlah yang besar selain menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral. Malahan, ia juga boleh menyebabkan kerosakan rambut, kuku dan kulit.
Diet biskut
Dieti ni diperkenalan oleh Dr. Sanford Siegal. Ia merupakan diet rendah kalori yang menggunakan biskut khas untuk diet sebagai pengganti makanan harian. Pengamal diet ini perlu mengambil antara 4-6 keping biskut setiap hari.
Bahayanya menjalani diet ini menyebabkan anda kekurangan kalori kerana biskut diet hanya memenuhi sebanyak 800 kalori setiap hari. Ini bermakna, tenaga anda hanya kuat untuk mengunyah biskut diet ini.
Diet cacing pita
Diet ini adalah diet yang palimg ekstrem. Det cacing pita dilakukan dengan cara memakan daging yang mengandungi telur cacing pita (yang dikatakan sudah disterilkan) . Cacing ini boleh membesar sehingga sembilan meter di dalam perut manusia.
Kehadiran cacing di dalam perut boleh mengurangi selera makan dan mengganggu sistem percernaan di samping mengganggu penyerapan nutrisi makanan sehingga dipercayai bolehmembanti dalam menurunkan berat badan dengan cepat.
Setelah mencapai berat badan yang diingini, pengamalnya perlu minum ubat antibiotik bagi membunuh cacing tersebut. Bahayanya cacing pita menyebabkan rasa sakit pada perut, cirit birit, sembelit malahan boleh menyebabkan radang pada dubur.

No comments:

Post a Comment