Thursday 4 April 2013

PEMAKANAN PERSEDIAAN HAMIL. .... 17 TIPS BUAT SUAMI ISTERI

Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat. Sebelum itu, amat penting untuk anda dan suami memastikan pemakanan yang diambil saban hari adalah sihat. Hal ini kerana kesuburan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan sihat.

PERBAIKI GAYA MAKAN?
Anda dan suami perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan. Seelok-eloknya, makanan itu kurang lemak tetapi banyak serat. Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan buah buahan, sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti yogurt, susu dan keju. Ketahuilah kekurangan sumber nutrien dalam tubuh bolen mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan anda sukar meramal hari subur. Dalam pada itu, sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
AMBIL SUPLEMEN TAMBAHAN
Biarpun beranggapan diri telah mendapat zat pemakanan mencukupi menerusi diet yang seimbang, anda tetap disarankan untuk mengambil vitamin tambahan. Dengan cara ini, ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan.
MAKAN ASID FOLIK
Nutrien ini terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida. Ia juga dapat dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis. Kajian menunjukkan selain penting dalam tiga bulan pertama kehamilan, asid folik juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan peluang anda untuk hamil. Anda disarankan mengambil asid folik sekurang kurangnya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan. Jika mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kecacatan saraf, anda dinasihatkan untuk mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi. Rujuk kepada doktor untuk mengetahu dos yang bersesuaian.
Asid folik merupakan vitamin larut air. Jadi, tubuh anda akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan. Jika memasak sayuran yang kaya dengan folat, anda hanya perlu menggunakan sedikit air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.
DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL
Mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambah sedikitbberat badan jika anda terlalu kurus sangat penting. Iaperlu dilakukan agar kandungan anda nanti tidak bermasalah. Golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan. Manakala bagi yang telalu kurus pula dkhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat atau kelahiran pramatang. Bagi yang bersaiz besar, mulakan rutin senaman secara teratur dan cuba kurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu. Namun ingatlah, pengurangan berat badan secra drastik boleh menyebabkan ovulasi tidak berlaku.
HINDARI TABIAT BURUK
Tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat ubatan melainkan dengan nasihat doktor. Kurangkan juga pengambilan minuman yang berkafein. Jauhi daripada rokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.
PEMAKANAN ISTERI
Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan
Asid folik
Ia boleh diperolehi daripada sayuran hijau, buahan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam.
Zat besi dan protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi. Manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya daripada makanan tenusu,  telur dan soya.
Makanan lain
Antara jenis makanan lain yang dipercayai boleh menggalakkan kesuburan wanita ialah tauge, kacang dal dan kacang botol.
DIET SUAMI,MAKANAN MENGANDUNGI ZINK
Fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat. Zink dapat meningkat paras testosteron dan jumlah semen lelaki. Jmlah keperluan harian ialah 11mg. Contoh makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram. Selain itu, terdapat juga vitamin-vitamin yang mengandungi zink.antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate.
Jika suami anda mengambil suplemen zink, elakkan daripada memakannya secara serentak bersama kalsium atau susu. Ini kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink dalam tubuh.
Betik
Ia mengandungi vitamin C. Jadi ia baik untuk meningkatkan kualiti sperma. Adalah baik untuk mengamalkan vitamin C untuk pengeluaran sperma yang sihat. Asid folik, kalsium dan vitamin D, ketiga tiga nutrein ini baik untuk meningkatkan penghasilan sperma.
Kopi
Ia dipercayai meningkatkan keaktifan sperma. Namun, jangan mengambilnya secra berlebihan.

PERLU DIELAKKAN
Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan jika anda cuba untuk hamil
Kafein
Satu kajian di amerika mendapati pengambilan kafein lebih daripada tiga cawan kopi sehari akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi.
Alkohol
Cuba elakkan daripada pengambilan alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil. Di pihak suami, pengambilan dalam jumlah berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron. Untuk jangka masa panjang, buah zakar akan menjadi lemah
Rokok
Perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan. Satu kajian Finland mendapati bahawa 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul. Malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlakunya ejakulasi. Si perokok harus berhenti  merokok sekurang kurangnya tiga bulan sebelum cuba hamil
Ikan mengandungi merkuri
Tedapat beberapa jenis ikan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi. Merkuri boleh berkumpul di dalam badan dan boleh memudaratkan bayi yang bakal dikandungi. Elakkan memakan ikan mengandungi merkuri yang tinggi seperti jerung, todak dan makerel semasa cuba hamil. Sebaliknya, makan ikan yang rendah kalori seperti salmon dan tuna.
Makanan tertentu
Daging yang diproses(daging dalam tin,rendang segera, daging salai) ,sushi mentah, dan produk tenusu yang tidak dipasteur (keju lembut) harus dielakkan. Ia berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang boleh menyebabkan listeriosis. Jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pramatang. Pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul bagi mengelakkan listeriosis.

INFO
Perkara utama yang perlu diambil peduli sekiranya merancang untuk hamil ialah mengelakkan daripada menjalani rutin diet yang keterlaluan. Berat badan yang tidak ideal akan menganggu proses penghasilan telur. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan peluang anda untuk hamil.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 3 April 2013

BENTUK BADAN PAIR,STAIL DAN WARNA APA YANG SESUAI?

BENTUK BADAN PIR ATAU BENTUK A.
Wanita dalam kategori ini memiliki bahagian atas yang lebih kecil daripada bahagian bawah. Secara amnya, jika anda menggunakan measuring tape untuk mengukur keliling payudara dan pinggul, jika perbezaan ukuran adalah lebih 12cm berkemungkinan besar anda mungkin mempunyai badan bentuk pir atau bentuk a. Maknanya anda tidak mempunyai payudara yang besar, manakala bahagian peha atau pinggul mengumpul lemak. Secara tidak langsung, ia menyebabkan pinggang anda kelihatan kecil dan ramping.
Cara memilih pakaian
Perlu ditegaskan bahawa apa yang penting adalah untuk memastikan bahagian atas perlu dipanjangkan atau diperluaskan supaya dapat mengimbangi pinggul yang besar. Stail yang anda boleh pilih :
-gunakan pelapik bahu. Ini adalah cara yang paling mudah untuk memastikan bahu tampak luas.
-pilih blaus yang berleher boat neck, kerana ia akan memberi ilusi bahagian bahu anda lebih lebar.
-gunakan aksesori untuk mengalih pandangan ke atas. Contohnya rantai leher, kerongsang dan pasangan anting anting yang menarik
-jaket, vest atau kardigan jenis bolero sesuai dipakai untuk menambah volum di bahgian atas.
-pada bahgian bawah, jangan kenakan skirt labuh atau skirt jenis 'A cut' atau yang jenis fabriknya tebal. Anda akan kelihatan besar di bawah. Pilihlah skirt yang berbentuk pensil.
-blaus yang anda pakai pula jangan dibiarkan jatuh di garisan pinggul anda kerana ia menyebabkan bahagian tertumpu dibahgian tersebut.
-jenis tali pinggang hipster yang dipakai sekeliling pinggul tidak sesuai dipakai untuk wanita berbentuk A.
-seluar panjang berpotongan boot cut dan mempunyai corak bergaris vertikal akan memberi ilusi tubuh yang tinggi dan langsing.
-elakkan seluar skinny yang ketat di bahagian hujung. Kerana pandangan akan tertumpu di bahgian pinggul anda.
-pakailah kasut tumit tinggi kerana ia akan membantu anda kelihatan tinggi.
Warna
-cara yang paling mudah memakai warna yang cerah untuk bahgian atas dan warna gelap di bahagian bawah sama ada skirt arau seluar panjang, supaya mata memandang ke atas  ,bukannya ke bahagian bawah dan pinggang.
-elakkan motif yang terlalu sarat dan besar pada bahgian bawah tubuh.

Published with Blogger-droid v2.0.10

5 MANFAAT KOPI

Kopi bukan sahaja mempunyai aroma yang khas dan enak, tetapi juga bermanfaat. Namun, apabila diambil secara berlebihan, kopi boleh menyebabkan mudarat pada kesihatan. Berikut adalah beberapa fakta mengenai kopi yang telah dikemukakan oleh SCHOOL OF PUBLIC HEALTH
1. Kandungan kafein memang boleh meningkatkan aliran darah. Jadi, jika anda memiliki keluhan hipertensi, ada baiknya ada kurangkan pemgambilan kopi.
2. Kafein juga dapatmengurangi rasa mengantuk. Jika anda memiliki kesulitan tidur, apatah lagi insomnia, jauhi minuman ini.
3. Pengambilan secawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes sehingga 25 peratus, kerana kopi mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai asid chlorogenic.
4. Kopi juga mampu menangkas penyakit parkinson, alzheimer dan kanser hati.
5. Kopi juga meningkatkan risiko stres, tegang, cemas dan gelisah akibat pengambilan yang berlebihan.
Banyak manfaat yang didapati dari pengambilan minuman kopi ini. Namun, amat merugikan pula bagi yang mengambil minuman ini berlebihan. Penyelidik menyarankan ada baiknya anda mengambil kopi secara bijak. Cukup meminumnya satu atau dua cawan kecil setiap hari. Jangan lupa perhatikan juga tambahan perasa lain seperti gula, krim ataupun pemanis lain yang boleh mengundang kesan negatif.

Published with Blogger-droid v2.0.10

7 CARA MEMPERBAIKI IMEJ LELAKI

Jika beberapa tahun yang lepas produk penjagaan lelaki terlalu kurang di pasaran, tetapi hari ini sudah terdapat bermacam jenis produk penjagaan diri untuk kaum adam. Ia sekali gus menunjukkan aspek ini semakin penting buat lelaki. Ia bukan hanya untuk menarik perhatian kaum wanita tetapi juga untuk meningkatkan keyakinan dan supaya rasa lebih bersemangat

PENJAGAAN KULIT
Ramai lelaki yang menganggap penjagaan kulit itu melecehkan dan tidak penting. Sebenarnya tidak susah hendak menjaga kulit sendiri. Hanya gunakan produk sabun yang bersesuaian dan guna pelembap yang mengandungi ciri perlindungan daripada cahaya matahari kerana sinaran matahari adalah punca utama wajah nampak lebih berusia. Produk kulit yang mengandungi retinol juga mampu mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah.
PENJAGAAN WAJAH
Lelaki yang mempunyai jerawat di wajah mempunyai keyakinan yang rendah berbanding mereka yang mempunyai wajah bersih. Kembalikan keyakinan dengan menggunakan produk yang mampu merawat masalah jerawat ini. Jika masih tidak berhasil, cuba berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Doktor akan memberi ubat ubatan agar wajah bebas jerawat. Ini kerana sesetengah punca jerawat adalah berpunca daripada bakteria.
BAU BADAN
Jika anda kerap berpeluh, amalkan mandi sekerap yang mungkin. Pastikan juga anda menggunakan deodoran dan bedak talkum supaya Dapat mengurangkan bau badan. Ini penting kerana anda tidak dapat menghidu bau badan sendiri, tetapi orang sekeliling pasti menghidunya.
PENJAGAAN RAMBUT
Rambut itu ibarat mahkota bukan sahaja wanita tapi juga lelaki, jadi jangan kedekut mengeluarkan sedikit wang untuk penjagaan rambut. Jika selalu pergi ke kedai gunting rambut yang biasa, cuba pergi ke salun pula untuk mendapatkan potongan rambut yang sesuai untuk anda. Amalkan membasuh rambut sekurang kurangnya seminggu sekali.
DIET
Badan kurus bukan bermakna sihat. Amalkan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan yang tidak mempunyai khasiat serta mengandungi kolestrol dan lemak yang tinggi. Lebihkan makan sayur dan buah buahan. Diet yang betul membuatkan rambut dan kulit anda lebih sihat.
PASTIKAN CUKUP BERSENAM
Sekurang kurangnya tiga kali seminggu untuk 20 minit. Bukan saja mampu membuatkan tubuh sihat, tetapi juga mampu menghilangkan stres. Jika anda kurang berat badan, elakkan melakukan senaman seperti jogging. Lebihkan angkat berat dan tekan tubi. Jika berat badan anda berlebihan, tidak jadi masalah untuk melakukan kedua duanya. Pastikan jika berjogging anda menggunakan kasut khas untuk berlari dan bukannya kasut jalan.
PEMAKAIAN
Untuk pemakaian, apa yang penting pastikan ianya nampak kemas, bersih dan segak. Jangan pakai pakaian berbau teutama stokin serta baju sama yang dipakai berulang kali.

Published with Blogger-droid v2.0.10

KETAHUI 5 PANTANG LARANG LELAKI

Lazimya pantang dikaitkan dengan keadaan berjaga-jaga mengikut adat selepas bersalin bagi golongan wanita. Tetapi tahukah anda lelaki juga mempunyai pantangnya tersendiri dan ada kalanya membuatkan wanita yang mendampigi lelaki tersebut makan hati. Ayuh kita lihat antara pantang larang lelaki terutama dalam soal hubungan bersama orang tersayang
Mengungkit
Biasanya golongan wanita mempunyai daya kemampuan mengingati peristiwa dengan lebih teperinci. Oleh itu, sekiranya wanita kerap mengomel malah membangkitkan isu-isu yang telah lepas, maka ia boleh menaikkan kemarahan lelaki terbabit. Lelaki dikenali dengan sikap kurang ambil peduli tentang kisah serta pengalaman yang tidak memberi kepentingan kepada mereka. Jadi, jangan mengungkit perkara yang lalu sekiranya ingin hubungan anda dengan lelaki tersayang kekal lama.
Banyak soal
Menyoal banyak perkara bagi mencari kepastian sudah menjadi kebiasaan bagi golongan wanita. Ia tidak ubah seperti seorang inspektor polis. Tapi tidak semua lelaki ingin mendekati wanita seperti ini. Lelaki sebenarnya kurang selesa apabila ditanya dengan pelbagai soalan remeh yang menjengkelkan dan merimaskan. Tahukah wanita, lelaki cukup pantang ditanya apa yang dilakukan, kemana dia pergi, kenapa buat itu dan ini?? Oleh itu, sekiranya wanita sayangkan hubungan mereka, berpada-padalah dalam menyoal sesuatu perkara, takut nanti lelaki itu angkat kaki pula.
Berperangai kebudak-budakan
Sikap wanita yang berkelakuan seperti kebudak budakan juga menjadi pantang golongan lelaki. Umum mengetahui, lelaki mempunyai ego yang tinggi dan tesendiri. Kalau boleh, biarlah apa yang dilakukan atas kerelaan sendiri tanpa memrlukan seorang 'penjaga' atau 'ibu' untuk memberikan sebarang kebenaran. Lelaki sebenarnya lebih selesa wanita merelakan mereka menjadi diri mereka sendiri.
Mengongkong
Awas wanita sekiranya anda mempunyai sikap seperti ini. Ini kerana ramai lelaki memerlukan ruang serta masa untuk menyendiri. Mereka juga kadangkala memerlukan sesi berinteraksi dengan golongan sejenis mengenai perkara perkara yang hanya mereka sahaja yang faham. Maka, golongan wanita perlu ingat sebuah perhubungan tidak hanya tertumpu pada kisah anda berdua sahaja. Ia sebenarnya lebih daripada itu. Jadi beri masa untuk melakukan perkara yang disukai bersama teman temannya.
Tidak tahu simpan rahsia
Lelaki juga tekenal dengan sikap yang suka berahsia dan majoriti daripada mereka tidak suka menyibuk hal orang lain. Namunapabila mereka mula bercerita tentang sesuatu perkara dengan anda, ia menunjukkan mereka mempercayai anda sepenuhnya. Jadi, simpanlah amanah tersebut dan jangan sesekali berceita tentang perkara tersebut kepada orang lain. Oleh kerana lelaki amat mementingkan privasi teutama sekali dalam perihal hubungan,ada perkara tertentu yang tidak perlu didedahkan walaupun dianggap lucu oleh golongan wanita.

Lagi pantang larang lelaki
- Pantang apabila dompetnya diselongkar tanpa kebenaran
- Pantang diajak bersembang atau bantuan ketika sedang asyik menonton televisyen teutama perlawanan bola sepak.
- Pantang tidurnya diganggu
- Pantang diminta buat sesuatu yang tidak disukai.
- Pantang kenderaanya bersepah-sepah dan tidak kemas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

ORGAN YANG BEKERJA SEMASA HAMIL

Sepanjang kehamilan ada beberapa organ dalam tubuh yang akan bekerja lebih keras. Antara organ tubuh itu adalah :

Jantung
Bekerja dengan lebih kuat dengan adanya dua liter darah extra di dalam tubuh. Semasa di akhir trimester ke dua, aktiviti jantung meningkat sebanyak 40 peratus. Walaupun ketika in jantung bekerja keras, namun denyutannya adalah tetap. Pada saat ini, jantung akan mengalirkan ekstra darah ke rahim, ginjal dan kulit
Paru-paru
Bagi membolehkan ekstra darah mengandungi oksigen yang mencukupi, paru paru perlu bekerja dengan lebih masa. Justeru, lakukan senaman dan menghirup udara segar supaya bekalan darah ke paru paru berjalan lancar.
Ginjal
Perlu menyaring dan membersihkan jumlah darah yang semakin meningkat. Misalnya, lebihan zat seperti urea dan asid urik dekeluarkan dengan lebih cepat. Sayangnya, ginjal tidak boleh membezakan yang mana satu lebihan zat dan yang mana satu zat gizi, sampailah zat gizi seperti glukosa, vitamin dan mineral turut dibuang. Oleh sebab itulah bakal ibu digalakkan mengambil zat gizi dengan lebih banyak untuk menampung jumlah zat gizi yang terbuang.
Sendi
Ligamen yang keras di dalam tubuh berfungsi menghubung dan menguatkan sendi-sendi agar menjadi lebih stabil. Namun, sepanjang kehamilan, ligamen akan mengendur. Janin yang semakin berat menyebabkan regangan otot dan ligamen di berada di bahagian bawah tulang punggung sehingga menyebabkan pedih punggung. Justeru, awasi postur tubuh sepanjang kehamilan dengan memakai kasut atau sandal yang sesuai selain melakukan senaman yang sesuai.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 1 April 2013

6 CIRI LELAKI BERKUALITI

Dalam membuat pilihan hidup, tentu saja lelaki inginkan yang terbaik dari pasangannya iaitu akhlaknya, keturunannya, sikap dan sebagainya. Jika anda ada kriteria memilih pasangan, wanita juga begitu, memilih lelaki yang berkualiti. Justeru itu bagaimana menjadi lelaki berkualiti

Mempunyai kerjaya tetap
Kerjaya lelaki adalah asas utama wanita memilih anda. Lebih tinggi kerjaya, pendapatan dan masa depan yang konsisten, lebih bernilai anda di mata wanita. Jangan cepat mengalah jika tidak mendapat pendapatan tinggi sebaliknya usahakan segala kudrat kerana anda sememangnya dilahirkan sebagai khalifah untuk memimpin wanita.
Berfikiran matang
Waniata tidak suka lelaki yang tidak mampu memberi buah fikiran terbaik saat mereka memerlukan anda. Dalam hal ini anda harus matang, bermakna anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas khususnya dalam perkara membuat suatu keputusan.
Mampu menyelesaikan pelbagai masalah
Masalah memang menyemakkan kepala tapi lelaki berkualiti mampu menyelesaikan dan mendepani masalah dan menanganinya dengan sangat bijak. Lari daripada masalah bukan penyelesaian, sebaliknya cara anda menanganinya membuatkan saham anda di mata wanita sangat tinggi.
Urus masa dengan baik
Ramai lelaki tidak mampu mengurus masa sendiri. Banyak masa dibuang begitu sahaja dengan melepak, borak kosong, mengganggu di jalanan dan sebagainya. Ia adalah satu tindakan kurang bijak. Agar anda lihat berkualiti di mata wanita maka sikap ini perlu dibuang jauh.
Setia
Anda mungkin biasa mendengar lelaki golongan yang sukar setia dan sering bermata keranjang. Namun untuk memilih yang terbaikdalamhidup seterusnya, masa depan anda yang masih panjang (perkahwinan, anak anak dan hari tua ) kesetiaan amat perlu. Banyak rumah tangga runtuh dan puncanya kerana lelaki tidak setia pada pasangan.
Tidak bertindak ganas
Lelaki sering dikaitkan dengan sikap panas baran. Namun memukul wanita adalah perkara yang anda tidak boleh lakukan. Kalau tangan dan kaki sudah naik ke tubuh, alamatnya hubungan anda tidak akan kekal lama.

Published with Blogger-droid v2.0.10

HINDARI 4 PUNCA PEDIH ULU HATI

Pernahkah anda rasa dada anda seakan pedih, sakit dan rasa sesak pada perut bahagian atas, dekat dengan diafragma. Rasanya seperti terbakar. Situasi ini dinamakan sebagai pedih ulu hati dan ia memang sesuatu yang tidak menyelesakan.
Selain dikenali sebagai pedih ulu hati ia juga dikenali sebagai gastroesophageal reflux yang boleh menyebabkan komplikasi yang serius. Oleh itu, berbanding mencari ubat ubatan untuk mengatasinya, lebih baik hindarinya daripada berlaku kepada diri anda. Ikuti tip di bawah

Merokok
- Selain pedih ulu hati, merokok adalah salah satu penyebab utama sakit perut (stomach disorder). Merokok boleh melemahkan bahagian di antara perut dan kerongkong,membuat lemak mencerna garam hempedu ke usus kecil sehingga menyebabkan pedih ulu hati.
Makan berlebihan
- Terlalu banyak makan, terutamanya makanan berlemak. Piza berukuran besar dengan minuman bersoda mungkin dilihat sebagai makanan yang ideal sewaktu bersantai tetapi berhati hatilah. Ini kerana, gabungan makanan tersebut boleh menjadi salah satu sebab utama anda menghadapi pedih ulu hati. Tambah lagi dengan makanan berkalori, perut anda mungkin akan meregang.
Olahraga
- Jika anda mengalami pedih ulu hati jenis latihan seperti bangkit tubi (sit up) boleh memberikan tekanan tambahan pada perut anda sehingga mendorong asid pada bahagian perut kembali di kawasan kerongkong. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pedih ulu hati. Hindari juga latihan yang berhubungan dengan posisi tertentu seperti yoga yang membalik aliran semula jadi perut. Jangan pula berolahraga dengan perut kosong dan sekiranya anda sudah makan, tunggu dua jam sebelum anda memulakan olahraga.
Ubat ubatan
- Kadang kadang banyak mengambil ubata ubatan juga boleh menyebabkan masalah ini. Makan ubat ubatan rutin seperti aspirin dan nonsterodial anti-inflammatory drugs (NSAID), ibuprofen, naproxen dan celebres juga boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, jangan sembarangan minum ubat ubatan kecuali dengan nasihat doktor.

Published with Blogger-droid v2.0.10