Thursday 13 June 2013

CATATAN KEHAMILAN - PERUT MAKIN MEMBESAR TIDUR MALAM ASYIK TERGANGGU

Tidur malam ibu hamil selalu terganggu terutama sekali bila perut makin membesar. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Ikuti tip yang diberi.
Ada kalangan wanita hamil mengalami insomnia selama tempoh kehamilan mereka. Keadan ini disebabkan beberapa faktor iaitu perut semakin membesar, gerakan janin yang aktif dalam kandungan, pedih ulu hati, kaki kejang, posisi tidur tidak selesa.
Lebih memburukkan keadaan bila ibu hamil kerap ke tandas. Akibatnya ibu hamil di peringkat ini sukar untuk tidur. Malah, ada sesetengah mereka turut mengalami mimpi-mimpi berkaitan bayi dalam kandungan.
Beberapa tip boleh diamalkan untuk membantu ibu hamil tidur lebih nyaman. Tidak perlu mengambil ubat hanya cuma amalkan tip berikut.

1. Cari posisi tidur terbaik
Faktor penting untuk mendapat tidur yang selesa adalah mencari posisi tidur yang terbaik. Posisi tidur terbaik yang dianjurkan ketika hamil adalah mengiring ke kiri. Posisi ini dapat membantu mengoptimumkan aliran darah oksigen dan nutrien ke plasenta.
2. Mandi dengan air panas
Mandi dengan air panas dan sabun yang wangi serta segar akan membantu ibu hamil tisur lena.
3. Jangan makan terlalu banyak
Hindari mengambil makanan yang banyak atau terlalu kenyang sebelum tidur. Gantikan dengan makanan ringan atau segelas susu panas. Ini dapat mengurangi rasa tidak enak di hulu hati atau bahagian perut yang akan mempengaruhi waktu tidur.
4. Minum segelas susu
Minum segelas susu panas akan membantu anda untuk tidur. Susu mengandungi asam amino trytophan yang dapat meningkatkan kadar serotonin dalam otak sekaligus membantu ibu hamil tidur.
5. Dengar muzik
Mendengar muzik dapat memberi ketenangan dan perasaan relak pada tubuh. Pilihlah muzik yang dapat memberikan ketenangan dan ia pasti memudahkan anda tidur lebih nyaman.
6. Hubungan intim
Lakukan hubungan intim dengan pasangan kerana ia dapat memberikan rasa relak dan santai pada anda. Namun jika ibu tidak merasa ingin melakukannya, mintalah pasangan memberikan urutan lembut agar anda berasa santai dan bahagia kerana dimanjakan.
7. Latihan menarik nafas
Latihan menarik nafas dalam dengan teratur dapat menolong ibu hamil mengurangkan ketegangan otot. Carilah posisi yang selesa sama ada duduk, berdiri ataupun baring. Kemudian tarik nafas melalui hidung secara perlahan lalu tahan nafas seketika. Keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan. Lakukan beberapa kali dalam sehari.

Monday 10 June 2013

SEGARDAN SERIKAN WAJAH BIARPUN SEDANG BERPUASA

Seharian berpuasa tidak bermakna anda boleh mengabaikan penampilan dir. Jangan biarkan wajah tampak lesu dan tidak bermaya. Jangan menjadikan berpuasa alasan untuk cantik dan bertenaga seperti biasa. Hindari melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kulit wajah anda terjejas. Mungkin kesalahan itu nampak kecil dan anda sendiri tidak perasan, namun ia boleh menyebabkan kesan buruk pada kulit wajah andai dilakukan berterusan. Antaranya adalah merokok.
Selain risiko kesihatan yang sudah jelas, merokok juga boleh membuat anda kelihatan lebih tua. Setiap kali anda menghisap rokok, anda menghidu racun-racun yang menyebabkan kerosakan radikal bebas. Akibatnya, kulit mudah berkedut dan kendurdari waktu ke waktu. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan timbulnya garis-garis di sekitar mulut.

1. Kontraksi otot wajah
Ekspresi wajah tidak akan nampak secara terus, sebaliknya gerakan yang berterusan akan menciptakan garis kedutan seiring dengan usia. Pergerakan otot wajah menyebabkan kulit di sekitarnya terdorong, tertarik dan mengerut. Banyak garis kedutan di bahagian atas wajah timbul disebabkan gerakan berulang-ulang. Justeru, untuk menghindari, kaedahnya cukup mudah. Yang penting anda harus lebih relaks, memakai kaca mata hitam dan mengelak daripada membaca dibawah pencahayaan.
2. Tidur di sisi wajah yang sama
Ketika tidur, kita tidak dapat mengawal pengerakan dan mungkin disebabkan selesa dengan satu sisi tdur, maka gaya itu akan kita amalkan sehingga tidak sedar ia memberi kesan negatif pada kulit wajah. Antara lain akan membantu mempercepatkan timbulnya garis-garis halus. Ini berlaku apabila wajah melekat pada bantal dan akan bergesel dengannya dalam tempoh yang panjang. Lama kelamaan ia akan menyebabkan kedutan pada kulit wajah. Justeru untuk mengatasinya pilih bantal yang mengembang. Letakkan bantal berbentuk bulan ke atas bantal biasa, kaedah ini akan menyebabkan keseluruhan wajah tersentuh pada bantal dan tidak hanya tempat tertentu sahaja.
3. Membilas wajah dengan air panas
Mencuci muka dengan menggunakan air panas memang bagus bagi membuka pori-pori. Pun begitu jangan terlalu panas kerana ia berbahaya kepada kulit. Sebaiknya, untuk menjaga kulit tetap seimbang, bersihkan ia dengan air suam.
4. Pemakaian pelembap berlebihan
Disebabkan cuaca yang kering dan kulit wajah kekurangan air memandangkan bulan puasa ini, mungkin ada antara anda memilih untuk menyapu pelembap lebih daripada kebiasaannya. Tetapi, sedarkah anda berlebihan dalam memakai pelembap boleh mendatangkan kesan negatif pada kulit. Ini kerana krim yang disapu secara berlebihan tidak akan menyerap keseluruhan. Ia akan menyebabkan kulit tidak bernafas seperti biasa. Lebih memburukkan keadaan apabila pori-pori tersumbat. Sebaiknya,memadailah dengan menyapu pelembap yang secukupnya. Jika kulit terlalu kering, anda boleh membasuh atau menyemburkan air pada kulit wajah demi mengembalikan kesegaran.
5. Menggosok mata
Kulit di sekitar mata merupakan salah satu bahagian yang paling halus. Gosokan lembut sesekali mungkin tidak apa-apa bagi kulit di sekitar mata. Namun, jika anda berterusan menggosoknya secara agresif akan menyebabkan iritasi kulit dan merosakkan pembuluh darah (yang akan meninggalkan kesa merah kekal dan hanya dapat dirawat dengan rawatan laser jika terlalu kronik). Justeru, hindari menggosok dan sebaiknya gunakan krim dengan kandungan peptida dan retinol ringan boleh membantu jika mata anda menghadapi sebarang masalah.
6. Minum air menggunakan straw
Minum air menggunakan straw memang kelihatan sopan dan anggun. Tetapi tahukah anda ia juga boleh menyebabkan kedutan pada kulit. Tidak percaya, cuba anda ingatkan kembali bagaiman anda menyedut air. Ekspresi wajah tatkala bibir menyedut air menggunakan straw akan membantu garis-garis halus timbul terutama di bahagian sekitar mulut. Sebaiknya minum terus dari botol mahupun gelas.
7. Mencuci muka sebelum mencuci rambut
Kebiasaannya anda mencuci muka terlebih dahulu sebelum mencuci rambut. Namun, bagi anda yang akan memakai masker rambut, sebaiknya cuci rambut telebih dahulu, ini kerana masker tersebut mengandungi banyak minyak yang akan melekat sekali gus meresap ke dalam kulit. Justeu menyebabkan pori-pori tesumbat dan akhirnya muncul masalh kulit seperti jerawat dan sebagainya. Untuk menghindari masalah tersebut, pastikan anda membersihkan rambut terlebih dahulu.

Sunday 9 June 2013

PSIKOLOGI PERKAHWINAN - KEISTIMEWAAN WANITA LAMBAT KAHWIN

Siapa kata perempuan lewat usia kutang peminat? Menyentuh perihal nikah kahwin, semua ini tak boleh dijangka. Ada yang berkahwin dalam usia muda, malah tidak kurang juga yang masih hidup membujang walau usia makin meningkat. Senario lelaki memilih pasangan berusia bukanlah sesuatu yang menjengkelkan. Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian mereka lantaran memilih calon isteri sebegini. Hendak tahu apa keistimewaannya? Berikit adalah beberapa rumusannya.

Penampilan lebih menyakinkan
Kebanyakan lelaki percaya bahawa wanita yang mencapai usia 30 tahun ke atas mempunyai tahap kecantikan yang tinggi, terutamanya selepas mendirikan rumah tangga. Ini kerana kemahiran berdandan, berhias serta bijak membawa diri menjadikan personaliti mereka sering dengan gaya yang ditampilkan.
Mahir urus rumah tangga
Faktor utama yangmembuatkan para suami memlih calon isteri berusia adalah kerana mereka ini cukup matang atau berpengalaman dalam hal-hal rumah tangga. Walaupun ada diantaranya masih berstatus anak dara sewaktu diijabkabulkan, tetapi cara mereka membawa diri dalam suasana baru selain bijak melayan kemahuan suami menjadikan wanita-wanita seperti ini cukup diminati. Lagipun tidak dinafikan bahawa rata-rata lelaki masa kini gemarkan wanita yang tahu serba serbi berbanding anak dara yang hanya mahir sesetengah perkara sahaja.
Berfikiran terbuka
Lazimnya, wanita yang sedikit berusia mempunyai fikiran yang lebih terbuka. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai pendengar serta sahabat yang baik selain bijak mengeluarkan pendapat serta nasihat sekiranya suami berhadapan kekusutan. Di samping itu, wanita yang lebih matang ini juga sangat mengambil berat, lebih memahami sekali gus tidak banyak ragamnya. Sebagai contoh, semasa bercerita mengenai sesuatu perkara itu sahaja, malah ia akan menjadi lebih meluas melalui pandangan serta idea-idea yang disampaikan. Maklum sahajalah, banyak pengalaman.
Senang hidup berdikari
Mungkin banyak yang menyedari bahawa wanita yang telah berumur lebih bijak berdikari, feminin serta sabar menghadapi kerenah pasangannya. Malah pasti ada tetapi mereka bijak menanganinya dengan cara yang paling baik. Barangkali dengan gurauan, memberi hadiah sebagai tanda terima kasih atau pujukan serta macam-macam lagi. Kreativiti serta idea sebeginilah membuatkan suami terus lekat dengan mereka malah tidak keterlaluan perkara-perkara yang dilakukan cukup menyenangkan hati. Itu belum masuk hal memasak lagi. Pasti menjilat jari.
Sifat keibuan yang tinggi
Menjadi kebiasaan, wanita berumur lebih tinggi naluri keibuannya. Mereka bijak tangani kerenah anak-anak sekiranya dikurniakan dalam tempoh waktu yang terdekat selepas mendirikan rumah tangga. Kesabaran serta kematangan mereka membuatkan suami lebih yakin untuk hidup bahagia bersama. Malah tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa wanita-wanita ini juga bijak beraksi di ranjang. Tak perlu diajar, semuanya sudah ada dalam tangan.

KETERAMPILAN - GAYA SELUAR PENGARUHI SIFAT LELAKI

Tahukah anda bahawa seluar memainkan peranan dalam mempengaruhi penampilan seorang lelaki. Sekkranya mereka mengenakan seluar yang tidak sesuai, kemungkinan ia akan memberikan kesan yang negatif dari sudut pandangan orang sekeliling. Justeru, pemakaian seliar sangat penting dalam kehidupan seseorang lelaki dalam menjadikan gaya hidup seseorang lelaki itu tampil lebih segak.

JENIS-JENIS SELUAR

1. Seluar baggy
Seluar jenis ini ada peminatnya tersendiri namun hanya lelaki yang berani sahaja mahu mencubanya. Selalunya lelaki yang meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu-ragu dalam mengambil keputusan dan bersifat lemah lembut.
2. Seluar gantung/hanger
Seluar jenis ini jarang digayakan dan selalunya hanya menjadi pilihan golongan lelaki yang 'lain dari yang lain'. Kebiasaannya lelaki yang sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yang mang isteri, seleranya sukar diramal serta seorang yang perahsia dalam banyak perkara.
3. Seluar jean
Seluar jean memang mudah dilihat digayakan oleh kebanyakan lelaki dan menjadi pilihan utama golongan ini. Selalunya, lelaki yang menggemari seluar jeans adalah seorang lelaki yang optimis dan tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi orang yang disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap dalam membuat serta mengambil keputusan.
4. Seluar warna terang
Seluar jenis ini bukan pilihan utama kebanyakan lelaki. Namun bagi mereka yang bersifat terbuka, pemakaian seluar jenis ini mendatangkan aura tersendiri. Warna terang seluar yang digayakan pastinya mengundang perhatian orang yang memandang. Selalunya lelaki yang lebih suka memakai seluar yang berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang dalam menyelesaikan masalah.
5. Seluar ketat
Seluar ketat makin diminati golongan lelaki yang pentingkan peredaran zaman. Namun ia perlu disesuaikan dengan majlis-majlis tertentu. Selalunya pemakaian seluar jenis ini digayakan dengan lebih santai oleh mereka yang mementingkan kelainan dan mengikuti fesyen terkini. Lelaki yang gemar menggayakan seluar ketat selalunya dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, mempunyai ego yang tinggi tetapi baik hati.
Ia juga memperlihatkan penampilan lelaki yang cukup berkarisma dan yakin dengan penampilan mereka. Potongan yang lurus juga bukan saja mampu menonjolkan rekaan lebih moden, malah memperlihatkan bentuk kaki lebih panjang.

Saturday 8 June 2013

KLINIK LELAKI - LELAKI BERJANGGUT DAN BERMISAI AWET MUDA

Ada segelintir yang menyatakan lelaki menyimpan janggut dan misai akan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Meski kajian mengenainya belum dapat disahkan namun jika dilihat secara rambang memang ada benarnya.
Tahukah anda kebanyakan selebriti Hollywood yang menyimpan janggut dan misai berjaya menyembunyikan usia sebenar? Nama seperti George Clooney, Ben Affleck dan Bradley Cooper kelihatan sepuluh tahun lebih muda daripada usia mereka sebenar.
Selain kekal awet muda, kebaikan menyimpan janggut dan misai dapat menghindarkan diri dari penyakit. Ayuh kita lihat antara kebaikannya.

Perlindungan daripada cahaya matahari
Janggut dikatakan mampu menghindari diri daripada terkena kanser kulit. Hal ini terbukti apabila para penyelidik berpendapat janggut dan misai yang rata boleh melindungi kulit dari sinaranUV berbahaya.
Mencegah lelah
Pesakit lelah senang jatuh sakit apbila terdedah dengan kawasan berhabuk. Oleh kerana itu, misai yang tubuh di sekitar bawah hidung bokeh menghindarkan habuk tersebut dari memasuki rongga hidung.
Lambatkan proses penuaan
Nah, rerambut yang terdapat di kulit wajah mampu menyimpan lembapan. Dengan lembapan tersebut, kulit akan kelihatan muda dan berkeadaan baik. Namun lelaki harus memastikan keadaan janggut dan misai anda dijaga dengan kemas dan rapi.
Melawan batuk
Tahukah anda janggut yang tumbuh lebat di sekitar kawasan dagu dan leher mampu menaikkan suhu leher? Ia sekaligus dapat mencegah penyakit selsema dan batuk.
Menghalang ruam di muka
Ruam sering diakibatkan oleh kaedah mencukur yang tidak dilakukan dengan berhati hati. Bagi mengelakkan berlakunya masalah tersebut, adalah lebih elok untuk menyimpan janggut sahaja seterusnya menyelesaikan masalah ruam di muka.

DUNIA LELAKI - 6 CIRI LELAKI HIDUNG BELANG

Wajahyang kacak belum tentu hatinya bik. Boleh jadi si hidung belang. Berkawan dengan lelaki bimbang terjerat golongan lelaki sedemikian yang berhasrat mempermainkan hati wanita. Sebelum terkena mari telitikan ciri-ciri lelaki berhidung belang.

1. Berlagak seperti orang kaya
Bagi menjerat wanita, lelaki hidung belang akan memastikan penampilan sentiasa kemas seperti orang berada. Namun sebenarnya habuk pun tiada. Jadi, berhati hati dengan taktik memujuk rayu seperti meminta wang atas alasan berhadapan masalh kewangan padahal usia perkenalan masih hijau.
2. Jadi lelaki paling 'baik'
Awal perkenalan, dialah insan paling baik. Semua kehendak wanita akan dipenuhi. Minta apa saja, ia pasti ditunaikan. Pun begitu, selepas sebulan atau mungkin kurang, si lelaki itu mula menunjukkan belangnya. Silap hari bulan wanita itu pula yang menjadi 'bank' lelaki tersebut.
3. Tidak tepati janji
Lelaki kasanova atau hidung belang ini terkenal dengan sikap tidak menepati janji. Perhatikan setiap kali kamu berdua berjanji keluar bersama, siapa yang terlebih dahulu tiba di destinasi yang dijanjikan? Lelaki seperti ini akan memberikan seribu satu alasan yang tidak munasabah supaya kesilapannya tidak dapat dikesan.
4. Berani pegang tangan
Bagi yang beragama Islam, sentuhan kepada bukan muhrim adalah berdosa, namun masih ramai yang berani mencubanya. Cuba perhatikan jika lelaki tersebut baru seminggu dua mengenali kamu tetapi sudah berani menyentuh pada bahagian tubuh itu bermakna si dia sengaja mahu menggoda kamu. Jangan sampai bergadai tubuh ya. Jka berhadapan dengan situasi seperti ini, tidak rugi wanita tersebut menjauhkan diri.
5. Pergunakan wajah tampan
Lelaki hidung belang biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan. Nah, apa lagi ketampanannya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menggoda si gadis dan membuatkan kamu mudah cair terutama apabila si dia memujuk rayu. Jangan sesekali kamu mudah percaya dengan wajah yang tampan itu sebaliknya selami dahulu isi hatinya.
6. Rahsiakan hal keluarga
Selalunya lelaki hidung belang tidak akan bercerita tentang asal usulnya dan perihal keluarga. Kadi, jangan berharap si dia akan membawa kamu berjumpa dengan kedua ibu bapanya apatah lagi mengajak kamu pulang ke kampung.
Mereka mungkin mempelawa tetapi hanya ajak ajak ayam sahaja. Bila tiba masanya, pelbagai alasan yang akan diberikan kepada kamu. Ingat, lelaki yang serius mempunyai hubungan dengan kamu pasti akan membawa kamu berjumpa orang tuanya.

SEKS HANGAT SELEPAS MELAHIRKAN

Ramai suami merungut setelah isteri melahirkan anak, dirinya diabaikan. Masa lebih banyak untuk mengurus anak dan rumah tangga hingga tiada lagi untuk dirinya. Saat-saat romantik yang pernah dilalui dahulu seakan direntap apabil isteri punyai orang baru untuk dibelai manja.
Jangan teruskan sikap sebegini. Pastikan masa untuk anak dan suami diseimbangkan selepas menerima cahaya mata. Seharusnya kehadiran cahaya mata lebih membahagiakan anda berdua bukan sebaliknya.
Penulis buku The Moninatrix's Guide to Sex, Kristen Chase menyarankan sebaiknya tambahkan lebih usaha untuk menjaga kehidupan seks selepas menimang cahaya mata. Antara pendekatan yang boleh dipratikkan ialah :

Jaga hubungan emosi
Kesibukan mengurus rumahtangga adalah rutin yang tidak mampu dielakkan. Baik suami mahupun isteri, keduanya perlu berkerjasama bagi memastikan kelancaran perjalanannya. Oleh itu, berilah sepenuh tumpuan dan perhatian antara satu sama lain setiap hari.
Suami isteri perlu wujudkan hubungan emosi yang baik walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Sebagai contoh, sesibuk manapun mereka, rutin senyuman, kucupan, berpegangan tangan, pelukan dan bertentangan mata harus dibiasakan.
Tidak semestinya dipratikkan ketika berangkat ke tempat kerja sahaja malah pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai untuk dilakukan. Meskipun nampak ringkas tetapi ia seenarnya membuatkan suami isteri beraa tenang, berteman dan diperlukan.
Kualiti asmara dibantu oleh anak-anak
Pasangan yang bahagia membuatkan anak-anaknya merasai peraaan yang sama. Bagi mengekalkan kebahagian tersebut, pastikan hubungan seks antara anda dan pasangan menjadi fokus utama.
Sebenarnya, anak-anak boleh dijadikan sumber kekuatan untuk anda dan pasangan kembali ghairah. Memikirkan mereka menjadikan anda semakain bersemangat untukmencipta hubungan asmara dengan lebih baik lagi bagi mendapatkan aura positif. Penghasilan aura tersebut secara tidak langsung membuatkan seisi rumah berasa aman, harmoni dan selesa.
Kemas kini jadual dating
Lazimnya dating bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga adalahkeluar makan malam bersama. Bagi mereka, cara ini mampu mengeratkan hubungan sedia ada. Tetapi yang buruknya, anak -anak harus ditinggalkan di bawah jagaan ibu bapa. Bukankah itu bemaksud menyusahkan orang lain demi kepentingan sendiri.
Apa yang disarankan, cuba berdating di rumah saja, sebaik anak-anak masuk tidur. Mungkin anda boleh mandi bersama, bermain games, menonton filem romantis yang menjadi kegemaran sambil berpelukan dan berkongsi minuman serta macam macam lagi. Sesudah itu, lanjutkan aktiviti ke kamar tidur.
Jangan putus komunikasi
Pasti sukar mencapai keserasian seandainya anda dan pasangan kurang bekomunikasi sekaligus bermasalah untuk mengenal peribadi masing-masing. Oleh itu, banyakkan komunikasi dengan pasangan termasuklah ketika melakukan hubungan intim.
Jelaskan padanya mengenai perkara yang membuatkan anda ghairah atau tidak bagi memudahakan 'kerja'. Begitu juga sewaktu menguruskan tugasan rumah. Luahkan kepada suami bahawa anda telalu letih dan minta dibantu.
Meskipun, pasangan sedikit malas namun percayalah, lambat laun dia akan terpanggil untuk meringankan kerja-kerja yang anda lakukan. Lagipun, seks sukar dilakukan apabila salah seorang atau keduanya berada dalam keadaan letih dan tiada mood. Bimbangkan hal itu maka pasangan terpaksalah menjadi seorang pembantu rumah yang baik

TIP SIHAT

AWASI TIGA PERKARA BURUK UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT

Mengekalkan gaya hidup sihat bukanlah sesuatu yang mhal atau sukar dilakukan sebaliknya kita boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat tinggal dan suasan kerja kita sehari-hari. Tak perlu memaksa diri dengan mengikuti pelbagai program yang boleh mengganggu metabolisme tubuh. Amalkan tiga panduan untuk membantu anda memperoleh hidup yang lebih sihat.

1. Hindari garam dan lemak berlebihan
Terlalu banyak garam dan lemak dalam makanan dapat menyebabkan tekanan darah tinggi dan kemungkinan kejadian strok mahupun diabetes. Biasakan makan lima sajian buah buahan dan sayur sayuran setiap hari.
Pakar kesihatan mengatakan bahawa makan sekurang kurangnya 400 gram buah dan sayuran setiap hari boleh menurunkan risiko masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan obesiti.
2. Kawal berat badan
Banyak manfaat kesihatan dari berolahraga untuk menjaga keseimbangan berat badan. Kegiatan-kegiatan harian seperti berjalan, berbasikal mahupun kerja-kerja di rumah dn tempat kerja boleh menurunkan risiko penyakit kronik utama seperti penyakit jantung koroner, strok dan diabetes sehingga 50 peratus. Mulakan aktiviti-aktiviti menyenangkan dan praktis untuk membantu tubuh begerak sekaligus menggalakkan pembakaran lemak secara semulajadi.

3. Jauhi alkohol
Tabiat buruk ini hanya memberi pelbagai masalah kesihatan jangka panjang, teutama kanser. Mereka yang sering minum alkohol juga tededah dengan risiko serangan strok lebih awal. Justeru, jauhi sama sekali minuman ini sebaliknya minum lebih banyak air putih.

Friday 7 June 2013

DUNIA LELAKI - PETANDA LELAKI SEDANG MERINDU

Rindu satu perkataan yang mampu menggambarkan keseluruhan perasaan manusia. Jika wanita mudah melafazkan rasa rindu dengan kata-kata, lelaki juga sama. Tetapi bukan dlam bentuk kata-kata, sebaliknya dengan perbuatan yang mempunyai maksud tersirat. Jadi bagaimana mahu mentafsir lelaki yang sedang merindu ini. Mari kita semak ciri-ciri di bawah.

Tidak sabar bertemu
Selalunya apabila wanita yang dicintai keluar bekerja di luar daerah dalam jangka masa melebihi dua hari, si lelaki akan jadi tidak tentu arah. Namun tidak sesekali menonjolkannya. Selain ego, memang lumrah lelaki tidak pandai mempamerkan perasaan mereka.
Selepas pulang, si dia pasti akan meminta anda meluangkan masa untuk bersamanya. Ketika itu, cuba anda perhatikan layanannya. Tentu lain daripada yang lain jika dia tidak sabar untuk bertemu anda, itu tandanya dia sangat merindui anda. Melihat wajahnya akan berseri-seri.
Tiba-tiba jadi cemburu
Tahukah anda, golongan wanita, sekiranya si jejaka idaman anda tiba-tiba menjadi mudah cemburu, itu tandanya si dia sedang merindu. Tetapi bagaimana untuk mengetahui? Tatkala berjauhan dan kamu berdua hanya bolen berbual melalui telefon serta di laman sosial peribadi, cuba nada bercerita tentang saat anda terserempak dengan seorang lelaki kaitu rakan lama anda di sana. Sekiranya nada suaranya berubah, nah itu petanda dia memang sedang merindui anda
Mudah marah
Baru dua hari menghabiskan masa bersama, tiba-tiba si lelaki menjadi marah-marah. Cuba anda ingat semula apa yang anda kongsi bersama si dia semasa anda meluangkan masa bersama? Mungkinkah anda ada bercerita tentang seseorang yang boleh membuatkan dia cemburu atau pernah melakukan perkara yang anda berdua sukai tetapi tidak melibatkan dirinya. Jika ada, itu tandanya si dia sedang rindu. Ada kalanya, lelaki menjadi marah-marah apabila terlalu, merindui wanita yang dicintainya.
Berkecil hati
Jika selalunya anda berdua ibarat belangkas. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam bersama, tiba-tiba sejak kebelakangan ini, anda terlalu sibuk hingga kerap kali mebatalkan temu janji bersamanya.
Apabila anda kembali kepada rutin dan keluar bersama si dia, anda akan lihat perubahan sikapnya yang tiba-tiba menjadi pendiam. Itu tanda si dia sedang berkecil hati. Semasa anda sibuk, si dia sedang menanggung rindu kerana tiada anda di sisinya seperti kebiasaannya. Jika ini berlaku, luahkan kata-kata cinta kepadanya. Ia diharap mampu membuatkan si dia kembali ceria.
Membuat kejutan
Ada lelaki yang tidak suka wanita kesayangannya mengharapkan sesuatu pada tarikh-tarikh tertentu seperti hari jadi anda. Sebenarnya, bila anda mengharapkan sesuatu, ia tidak lagi boleh dipanggil kejutan. Pernahkan anda berhadapan dengan situasi yang mana ketika anda kelihatan biasa-biasa sahaja saat temu janji makan malam, tiba-tiba si dia menghadiahkan anda sejambak bunga ros merah yang tidak pernah berlaku sepanjang hubungan kalian. Jika itu berlaku, maknanya dia memang sedang merindui anda. Kesibukan mungkin membuatkan si dia selalu tidak dapat bersama sebelum itu.
Bersikap pelik
Ada lelaki meskipun kerap bertemu, tapi tidak dapat menahan rasa rindu walaupun berjauahan sekejap saja. Itulah kuasa cinta. Bila si dia sudah terlalu banyak membuat kejutan kepada anda, pasti si dia akan bersikap pelik bagi menggambarkan rasa rindunya. Bersikap pelik seperti menyanyikan lagu buat anda atau mungkin menyuapkan makanan yang sebelum ini tidak pernah si dia lakukan.

KELAB DIET - AWAS 7 KAEDAH DIET BERBAHAYA! !

Memang untuk memiliki tubuh langsing dan berat badan yg ideal merupakan impian wanita. Taksub untuk mencapai impian ini, ramai sanggup melakukan apa sahaja termasuk dengan menggunakan kaedah yang paling ekstrem sekalipun, asalkan impian mereka terlaksana.
Bagi yang terfikir untuk meneruskan diet ekstrem sebegini, apa kata anad baca entri ini selanjutnya. Fikir semasak-masaknya risiko dan mudarat yang bakal dihidapi sekiranya anda mencuba diet berisiko seperti di bawah :

Diet Atkins
Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat dan tinggi protein seperti daging merah, telur, ikan dan kadangkala kulit gandum. Diet ini diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins yang juga merupakan seorang kardiologi.
Bahayanya diet ini adalah makanan berprotein tinggi boleh menurunkan kadar kalsium yang menyebabkan berlakunyaosteoporosis. Selain itu, ia juga menimbulkan masalah sembelit, usus besar, buah pinggang atau kenaikan kadar kolestrol tubuh.
Diet cuka epal
Cuka epal dipercayai boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan mengurangi selera makan. Diet ini menyarankan mereka yang mengamalkan untuk minum tiga sudu teh cuka epal setiap kali sebelum makan. Ini bagi membantu meraka menurunkan selera makan, sekali gus makan dengan sedikit.
Bahayanya diet seperti ini adalah cuka epal mengandungi asid yang sangat tinggi. Minum cuka secara terus boleh membuatkan saluran perut dan tekak mudah luka.
Diet cairan
Diet jenis ini menurunkan berat badan sehingga 24.5 kg dalam sembilan minggu. Caranya, hanya dengan mengambil cairan sahaja sama ada berbentuk sup, bubur cair sehingga minuman berprotein. Untuk aktiviti pula, diet inimencadangkan pengamalnya berjalan di treadmill tiga jam setiap hari.
Bahayanya diet ini  adalah apabila hanya mengambil minuman sahaja, tubuh akan mengambil lemak dan jaringan tubuh sebagai cadangan hidangan. Akibatnya, organ tubuh berisiko untuk mendapat kesan yang mudarat kerana digunakan sebagai cadangan tenaga agar tubuh boleh melakukan aktiviti harian.
Diet lemon
Dikenali dengan Lemonade Diet atau Maple Syrup Diet, diet ini menyarankan pengamalnya hanya minum campuran jus lemon, sirap maple, serbuk cili dan air putih selama 10 hingga 40 hari. Bahayanya mengikuti program diet ini membuatkan kadar gula dalam darah di dalam tubuh terganggu serta boleh menyebabkan kekurangan vitamin. Selain itu, ia boleh menyebabkan kehilangan jaringan otot.
Diet sup kubis
Diet ini merupakan salah satu diet ekstrem yang boleh menurunkan berat badan secara drastik dengan hanya mengambil sup kubis sebanyak banyaknya setiap hari selama tujuh hari berturut-turut.
Bahayanya diet ini adalah, ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi dalam jumlah yang besar selain menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral. Malahan, ia juga boleh menyebabkan kerosakan rambut, kuku dan kulit.
Diet biskut
Dieti ni diperkenalan oleh Dr. Sanford Siegal. Ia merupakan diet rendah kalori yang menggunakan biskut khas untuk diet sebagai pengganti makanan harian. Pengamal diet ini perlu mengambil antara 4-6 keping biskut setiap hari.
Bahayanya menjalani diet ini menyebabkan anda kekurangan kalori kerana biskut diet hanya memenuhi sebanyak 800 kalori setiap hari. Ini bermakna, tenaga anda hanya kuat untuk mengunyah biskut diet ini.
Diet cacing pita
Diet ini adalah diet yang palimg ekstrem. Det cacing pita dilakukan dengan cara memakan daging yang mengandungi telur cacing pita (yang dikatakan sudah disterilkan) . Cacing ini boleh membesar sehingga sembilan meter di dalam perut manusia.
Kehadiran cacing di dalam perut boleh mengurangi selera makan dan mengganggu sistem percernaan di samping mengganggu penyerapan nutrisi makanan sehingga dipercayai bolehmembanti dalam menurunkan berat badan dengan cepat.
Setelah mencapai berat badan yang diingini, pengamalnya perlu minum ubat antibiotik bagi membunuh cacing tersebut. Bahayanya cacing pita menyebabkan rasa sakit pada perut, cirit birit, sembelit malahan boleh menyebabkan radang pada dubur.

ETIKA GUNA TANDAS DI PEJABAT

Anda bukan satu-satunya orang yang menggunakan tandas di tempat kerja. Terdapat pekerja lain juga yang menggunakannya bersama. Etika tandas pejabat merujuk kepada set peraturan individu perlu diikuti semasa menggunakan tandas pejabat.
Apakah etikanya? Berikut adalah aturan yang perlu anda patuhi.

Jangan berbincang dalam tandas
Biarkan rakan sekerja anda melakukan perkara mereka sendiri dengan keselesaan mereka. Jangan berbual-bual di dalam tandas. Sesetengah orang akan bercakap mengenai perkara yang tidak baik di dalam tandas. Kadang kala perbualan anda sedang diperhatikan oleh orang yang anda sendiri tidak sedari yang berada di dalam ruangan tandas yang bersebelahan.
Pastikan bersih
Tiada siapa yang mahu untuk berada di dalam keadaan yang kotor. Ya, biasanya terdaoat pencuci pejabat tetapi adalah terlalu biadab untuk memberikan mereka sahaja mengendalikan pembersihan tandas.
Buanglah sampah anda, lap sehingga air yang berlebihan pada countertops, dan lakukannya dengan hati yang baik. Lakukan bilasan dan periksa untuk memastikan segala-galanya bersih sebelum keluar. Lakukannya tanpa berkata apa-apa.
Jangan ambil masa
Jika orang lain sedang menunggu di luar, selesaikan urusan dengan cepat, terutama apabila di dalam situasi tandas dan singki berada di dalam satu bilik sahaja. Saya tidak pasti mengapa, wanita sering kali menggunakan tandas yang berasingan dan mereka mengambil masa yang lama untuk menggunakan tandas. Apa yang mereka sedang lakukan disana? Sebagai seorang wanita, saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa ia perlu mengambil masa lebih daripada satu minit atau lebih ataupun dengan terlalu lama.
Jika anda perlu mengenakan gincu, lakukanlah dengan segera jika hanya ada sebuah cermin sahaja di tandas. Ini bukan masanya untuk menukar gaya rambut, memeriksa jerawat, menilai semua pakaian anda untuk hari itu, dan lain lain.
Elakkan bau kurang menyenangkan
Dapatkan udara yang cukup untuk menjaga tandas di pejabat anda dan selalu mengenakan semburan wangian.
Perkongsian ruang
Di dalam bilik air rumah anda, anda mempunyai kelonggaran untuk meninggalkan keadaan tidak bersih dan boleh untuk membersihkan kemudian. Tetapi tidak begitu di tandas pejabat. Hormati pengguna seterusnya.
Sebelum meninggalkan tandas, tolehlah ke belakang untuk memastikan anda sudah mengepam tandas. Elakkan menyimbah air ke atas lantai untuk licin. Bagi wanita, buang tuala wanita ke dalam tong sampah untuk mengelakkan tandas daripada tersumbat.
Jagalah adab-adab
Bersikap sopanlah sementara anda menunggu giliran anda menggunakan tandas. Jangan mengetuk pintu tandas dan jangan menolak pintu untuk melihat sama ia kosong atau tidak. Rakan-rakan anda juga inginkan persekitaran yang tenang ketika di tandas pejabat, jadi bersikap sopan.
Penyelenggaraan
Sebaiknya beritahu rakan-rakan sekerja atau pihak pengurusan apabila mendapati tandas rosak. Anda mungkin kehilangan beberapa minit masa kerja. Tetapi ia boleh mengelakkan kemalangan dan menjimatkan air. Tinggalkan amaran untuk tandas yang rosak kepada rakan-rakan kerja yang lain.
Jangan bercakap di telefon bimbit
Tiada yang lebih janggal daripada mendengar bunyi tandas di pam ketika seang bercakap di telefon. Ia bukan sahaja kurang sopan tapi tidak menghormati rakan yang berada dalam tandas.
Basuh tangan
Cuci tangan selepas menggunakan tandas di pejabat. Dalam dunia perniagaan, anda akan berjabat tangan dengan kadar yang banyak sekali, tanpa mencuci tangan anda boleh menyebarkan kuman di seluruh pejabat.

Kesimpulannya, penggunaan tandas pejabat boleh menjadi satu pengalaman yang biasa atau bururk berdasarkan bagaimana pekerja menggunakan kemudahan tersebut. Perbuatan yang tidak bertimbang rasa boleh membuatkan tandas itu satu tempat yang menjijikan. Dengan mempamerkan etika tandas pejabat yang betul,ia bukan sahaja dapat membantu untuk mengekalkan kebersihan yang lebih baik serta dalam suasana yang selesa. Ia juga dapat menggalakkan kakitangan lain untuk menghormati antara satu sama lain untuk menggunakan ruangan yang dikongsi bersama.

TIP CANTIK - URAT TIMBUL JEJAS KECANTIKAN KAKI

Malu dan sakit, inilah dua perkataan yang tepat menggambarkan perasaan wanita yang mengalami masalah urat timbul di kaki.
Malah lebih menyakitkn apabila urat yang timbul ini bersimpul menyebabkan seseorang itu menanggung kesakitan dalam jangka masa panjang. Dalam istilah perubatan masalah urat kaki yang timbul dan bersimpul dikenali sebagai vena varikos.
Masalah ini terjadi apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah. Urat tersebut berwarna kebiruan atau kehijauan, ia biasanya timbul di bahagian betis, belakang paha dan buku lali. Bagi wanita yang berkulit cerah, urat yang bersimpul dan timbul akan lebih menyerlah atau tampak dengan jelas.
Masalah urat timbul sering berlaku bukan sahaja kepada wanita malah lelaki tidak terkecuali. Ia bukanlah sesuatu yang serius namun jika tidak diatasi dengan penjagaan diri yang betul, masalah tersebut boleh mengundang pelbagai masalah seperti menyukarkan pengerakan dan menyebabkan kesakitan.
Namun usah terlalu bimbang,dibawah dikongsi tip mencegah dan mengatasi urat timbul. Semoga panduan ini dapat membebaskan anda daripada masalah yang boleh menjejaskan penampilan dan keanggunan diri anda.

1. Jika anda terpaksa berdiri atau duduk terlalu lama dek kerana tuntutan kerja, selang selikan dengan senaman ringan seperti menggerakkan kaki dan jari kaki agar perjalanan darah lancar. Senaman ini juga dapat mengelakkan bahagian kaki menjadi kebas.
2. Bagi wanita yang berusia, berehat secukupnya dan sapu minyak angin atau krim panas sebelum tidur sebagai usaha mengurangkan masalah tersebut.
3. Lakukan senaman secara rutin, selain baik untuk kesihatan ia juga membantu anda memiliki berat badan yang ideal.
4. Bagi wanita hamil, lapik kaki dengan bantal agar kedudukan lebih tinggi ketika anda berehat dan tidur. Ia akan membantu merelakskan badan dan mengurangkan tekanan di bahagian kaki.
5. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi terlalu lama terutama yang mempunyai tumit halus. Rekaan kasut sebegini memberi tekanan yang tinggi pada bahagian kaki.
6. Anda juga boleh menggunakan stoking khas terutama ketika penerbangan jarak jauh. Ia amat sesuai untuk wanita hamil. Stoking tekanan ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, ia membantu mengurangkan tekanan di bahagian kaki dan meningkatkan aliran darah.
7. Selain itu, anda juga boleh melakukan urutan badan dan urutan refleksologi. Dua rawatan ini meberi kelegaan pada tubuh dan membantu melancarkan perjalanan darah.
8. Jika masalah semakin serius, dapatkan nasihat doktor.

Info - kasut tumit tinggi boleh jadi punca
1. Berdiri atau duduk terlalu lama menyebabkan urat dan otot menjadi tegang.
2. Faktor usia yang semakin meningkat. Ia lebih mudah menyerang golongan berusia 40 tahun ke atas.
3. Lebihan berat badan menyebabkan kaki menanggung lebih banyak beban terutama ketika berjalan.
4. Kehamilan juga menyebabkan berlakunya urat kaki timbul.
5. Keturunan
6. Memakai kasut tumit tinggi terlalu lama.