Thursday, 23 May 2013

KEHAMILAN - 5 SITUASI MEMERLUKAN BED REST

Tujuan bedrest ini adalah agar tubuh ibu bersedia sepenuhnya dengan perkembangan janin. Walaupun, bakal ibu perlu berada di atas katil sepanjang hari, mereka masih boleh melakukan aktiviti asalkan ia bersesuaian seperti yang disarankan oleh doktor yang merawat.
Dalam keadaan tertentu sememangnya bakal ibu perlu menjalani bedrest secara sepenuhnya yang mana mereka perlu berada di atas tempat tidur. Arahan yang diberikan doktor ini perlu dipatuhi agar proses pemulihan kesihatan berjalan dengan baik.
Wanita hamil yang berada dalam keadaan ini dilarang baring menelentang kerana ia boleh membuatkan pembuluh darah utama tetindih oleh rahim. Justeru, bakal ibu perlu baring secara mengiring agar darah bergerak ke uri dengan lebih lancar

Situasi bed rest
- Berhadapan dengan risiko pramatang boleh menyebabkan bakal ibu perlu menjalani bed rest. Tandanya apabila bakal ibu mula merasakan kontraksi sebelum tempoh bersalin.
- Masalah yang dihadapi berkaitan dengan pintu rahim juga memerlukan bakal ibu perlu berehat di atas katil. Keadaanpintu rahim yang lemah menyebabkan ia mudah terbuka akibat tekanan janin. Posisi baring akan mengurangkan tekanan pada pintu rahim. Selain menggunakan ubat-ubatan untuk mengurangkan risiko kontraksi kehamilan sehingga menyebabkan bersalin awal, bedrest adalah kaedah lain yang akan digunakan. Begitu juga sekiranya bakal ibu berhadapan dengan pendarahan atau uri kebawah. Namun tempoh bedrest itu bergantung kepada keadaan pendarahan yang dialami oleh bakal ibu. Begitu juga sekiranya ibu mengalamikeadaan pecah air ketuban sebelum waktunya. Bakal ibu akan dinasihatkan agar tidak meninggalkan tempat tidur malah posisi tidur yang disarankan adalah secara mengiring dengan meletakkan kepala lebih rendah dan kedua-dua kaki lebih tinggi dari badan.
- Terdapat juga bedrest yang membolehkan waniata hamil melakukan aktiviti ringan. Antara komplikasi kehamilannya adalah wanita hamil yang mengalami morning sickness yang teruk. Bagi mengurangkan loya yang keterlaluan, wanita hamil disarankan berehat agar tidak mengalami tekanan akibat tekanan fizikal mahupun mental.
- Wanita hamil yang berhadapan dengan masalah perubatan akibat akibat jangkitan kuman sperti demam, serangan asma, juga mungkin perlu kaedah rawatan bedrest untuk mengurangi masalah yang berlaku.
- Mereka yang berhadapan dengan tekanan darah tinggi (preeklamsia) juga perlu menjalani bedrest. Jika kes mereka masih ringan, mereka masih boleh melakukan aktiviti ringan.
- Kehamilan kembar juga mempunyao risiko untuk kelahiran pramatang. Sekiranya risiko telalu besar, doktor akan menyarankan agar bakal ibu menjalani bedrest.

Lakukan ini
- Walaupun dalam keadaan istirehat yang panjang, bakal ibu masih boleh melakukan aktiviti bermanfaat dan terselamat untuk mengelakkan kebosanan di sepanjang hari.
- Bakal ibu boleh meluangkan waktu untuk membaca novel yang digemari. Setelah itu, cuba lakukan membaca majalah atau bahan bacaan berkaitan dengan kehamilan. Pastinya anda akan lebih teruja dan memahami proses kehamilan yang sedang anda lalui ketika ini. Bagibakal ibu yang kemampuan dan mempunyai teknologi terkini boleh melayari novel online melalui tablet mahupun telefon pintar anda.
- Bakal ibu juga boleh mengambil peluang untuk berbual dengan rakan-rakan mahupun teman terdekat untuk berkongsi apa yang anda alami ketika ini. Melalui kaedah ini, anda dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung dan mengurangkan tekanan yang dialami.
- Tidak salah untuk menggunakan teknologi yang ada misalnya belajar menulis blog, berbelanja secara talian mahupun membalas e-mel daripada teman-teman. Cara ini, anda tidaklah bosan setelah seharian perlu berbaring di atas katil. Jika tidak memiliki kemudaha  teknologi, bakal ibu masih boleh mempraktikkan cara tradisional iaitu menulis diari. Mencatat setiap kejadian yang dialami akan membuatkan anda lebih menghargai kenangan itu selepas janin anda selamat dilahirkan.
- Jangan jadikan bedrest sebagai alasanuntuk anda tidak tampil cantik kala mengandung. Cubalah kenakan beberapa jenis solekan agar kelihatan segar dan menawan. Siapa tahu ia akan menjadi hobi anda kelak.
- Bagi mereka yang mempunyai bakat atau mahir menyulam, boleh gunakan peluang ada untuk menyulam pakaian untuk si kecil. Tidak mengapa jika tidak begitu cantik, asalkan anda mempunyai niat untuk menghadiahkan buat si kecil anda.

Published with Blogger-droid v2.0.10

JANGAN RAMBANG MATA BELI BARANGAN BAYI

Bagi anda yang bergelar ibu bapa, tentunya ghairah untuk membuat persediaan untuk menyambut orang baru. Tidak sukar untuk mendapatkan kelengkapan bayi hari ini. Jika tidak mengunjungi pusat membeli belah untuk berbelanja, anda boleh sahaja menjenguk begitu banyak laman web yang menawarkan produk bayi. Kemudahan ini sudah tentunya memberi anda banyak pilihan dan membuat anda rambang mata.
Bagi mengelakkan pembaziran, ikuti tip berikut agar barangan yang dibeli dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan pembelian tersebut berdasarkan kemahuan anda semata-mata kerana ia akan menjadi sia-sia dan akhirnya tidak terpakai.

1. Info mengenai kedai barangan
Sebelum berbelanja, cari informasi dari keluarga atau teman yang sudah berpengalaman. Utamakan mencari kedai yang menjual barang yang berkualiti dan menawarkan harga berpatutan. Jika anda memilih untuk berbelanja secara online, pastikan ia boleh dipercayai.
2. Kelengkapan yang diperlukan
Kenal pasti keperluan yang mesti ada atau boleh ditunda. Sebelum berbelanja, sediakan semua senarai barangan yang diperlukan oleh bayi anda. Kemudian, tentukan sama ada ia keperluan yang penting dan mesti dibeli atau sekadar memenuhi kperluan anda. Membuat senarai ini penting untuk membantu anda fokus ketika berbelanja dan tidak sesekali terpengaruh apabila melihat barangan yang ada di kedai peralatan bayi. Dahulukan barangan yang ada di dalam senarai anda.
3. Catat harga
Jangan lupa mencatat harga pasaran untuk barangan yang akan anda beli agar anda mendapat gambaran harga dan setiap kedai. Bandingkan harga dan beberapa kedai kerana kerana terdapat beberapa penjual yang menawarkan harga yang lebih murah untuk beberapa barang tertentu.

TELITI SEBELUM MEMBELI

Pakaian bayi
Kaum wanita selalu kalah bila melihat baju yang comel. Sering kali faktor tersebut mempengaruhi pembelian anda. Sebaiknya pilih fabrik yang lembut dan mudah menyerap peluh. Dalam keghairahan anda membeli pakaian bayi, jangan lupa bahawa tubuh bayi cepat membesar. Hanya sempat dipakai untuk beberapa bulan sahaja.
Lampin
Lampain menjadi satu keperluan yang wajib ada. Terdapat banayak pilihan sama ada lampin kain, pkaai buang mahupun lampinmoden yang bersifat mesra alam. Setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Tepuk dada, tanya selera.
Kelengkapan penyusuan
Hari ini, penyusuan susu ibu amat digalakkan. Dengan bantuan kelengkapan sperti pam susu, pakaian dan coli khas akan memudahkan lagi penyusuan terutamanya di tempat awam. Peruntukan wang untuk tujuan ini agar bayi anda mendapat khasiat terbaik dari susu ibu.
Kerusi bayi
Ini keperluan yang tidak kurang pentingnya terutamanya jika anda menghantar bayi ke rumah pengasuh atau pusat jagaan. Dapatkan kerusi bayi yang boleh digunakan seawal usia kelahiran hingga berusia empat tahun agar pembelian tesebut berbaloi. Utamkan keselamatan bayi anda.
Permainan
Jika anda berhasrat untuk membeli permainan, pilih yang sesuai untuk bayi seperti tiada bahagian kecil yang boleh menyebabkan tertelan dan tidak mengandungi bahan berbahaya. Cari permainan yang sesuai dengan umur bayi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

5 CARA MENAMBAT CINTA WANITA

Tahun tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan ramai lelaki berusia 40-an masih kekal berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin. Kajian juga menunjukkan ramai wanita berusia 30-an masih belum mempunyai pasangan.
Antara sebab situasi ini berlaku ialah ketakutan si wanita untuk mempercayai si lelaki dan si lelaki pula rasa ragu dan bimbang untuk memikat wanita. Ramai lelaki melabelkan wanita senang ditawan terutama dengan rupa dan harta.
Biarpun wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah emosi terdapat lima tip utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.

Jadilah lelaki sejati
Paling utama anda perlu menjadi seorang lelaki sejati. Tak perlu tampil gagah perkasa tetapi sejati idaman wanita ialah anda berpewatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati.
Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tak boleh menjadi tetapi berpada-pada. Asasnya, katakan dan luahkan yang benar, bukan menyembunyikan fakta hingga akhir nanti yang dusta dan mewujudkan duka. Sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua, bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi. Fitrah wanita ingin dijaga kebajikan dirinya dan bukan dia yang perlu dijaga. Wanita juga ingin didominasi oleh lelakui, bukan wanita yang perlu tentukan segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukan sampai hak wanita untuk bersuara dikesampingkan. Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan daripada wanita juga.
Jangan berdusta
Buka saja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didusta. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau ayat yang lebih hormat bohong sunat. Elakkan bohong sunat ini tetapi secara berhikmah ucapkanlah kebenaran. Biar kenyataan itu terlalu pahit nyatakanlah kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi takkan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan perdustaan. Lantas, wahai lelaki sentiaslah amalkan sikap jujur dan berterus terang. Dalam perhubungan perkahwinan ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar ini. Ramai yang memegang prinsip daripada katakan yang benar boleh lukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar bila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab isteri percaya ; jika suami benar ikhas dan sayang ; suami perlu berterus terang. Sama juga dalam isu khianat kasih bila si suami mempunyai orang ketiga. Istei yang mengetahu secara tulus daripada suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakannya dalam diam.
Ambil berat dan prihatin
Wanita akan mengetepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuat wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatannya, emosinya, ujian kehidupannya, perkara kegemarannya malah cerita-cerita kelakarnya. Dia tak perlukan nasihat bagai kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya. Wanita ideal tidak dambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.
Komunikasi unggul
Wanita ingin sentiasa didampingi, bukan berdampingan daripada aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu jawapan khabar dari anda. Penantian tanpa sebarang maklum balas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan lagi. Komunikasi unggul yang perlu dipratikkan sebagai jaminan hati wanita ditakluki ialah wujudkan komunikasi tanpa batas. Seringlah berhubung walau sekadar satu mesej ringkas menanyakan khabar, juga sentiasa berterus terang. Jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana tika itu, anda perlu lakuakan sesuatu yang lebih penting. Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberi kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh buatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.
Terima dia seadanya
Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh dubah, lafazkan dengan penuh hikmah, bukanmencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik. Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tida, suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri. Jika anda sanggup menerima wanita pilihan anda seadanya, anda akan jadi manusia paling bahagia dalam menjalani kehidupan ini, Insya-Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

10 TIPS IBU HAMIL SELESA BEKERJA

Tiada sebab mengapa seorang ibu yang hamil perlu berhenti dari meneruskan kerjayanya. Benar, mereka perlu banyak berehat tetapi tidaklah sampai meletakkan jawatan hanya kerana masalah alahan. Sekiranya kehamilan anda berisiko rendah dan normal ditambah pula dengan persekitaran kerja yang selamat dan menyeronokkan jadi mengapa perlu anda mengundur diri.
Dianggarkan lebih 60-90 peratus wanita berhadapan dengan masalah loya atau mabuk sewaktu hamil. Malah keadaan itu akan berterusan biarpun berada di tempat kerja. Jika ia bukan kehamilan kali pertama, sudah pasti anda mengetahui sama anda tergolong di kalangan wanita yang mudah muntah dan tidak bertenaga atau sebaliknya.
Sekiranya ya, maka simpanlah beberapa jenis minyak angin, kain lap mulut atau makanan yang boleh mengurangkan masalah tersebut,. Beritahulah majikan mengenai kehamilan anda kerana di situ nanti akan ada budi bicara atau kelonggaran untuk anda.
Akan tetapi sesetengah ibu, kehamilan adalah sesuatu yang peribadi. Bagi mereka, ia terlalu istimewa untuk dikongsi bersama teman-teman mahupun saudara mara. Jadi, usah hairanlah jika ada yang mengunci mulut sewaktu soalan mengenai alahan atau usia kandungan diajukan kepada mereka. Berikut adalah beberapa tip yang perlu dipraktikkan bagi memastikan kehamilan anda sentiasa selamat meskipun terikat dengan jadual kerja yang padat
1. Sewaktu duduk menaip di hadapan komputer, pastikan kaki anda ditinggikan sedikit sama ada diletakkan di atas kotak ataupun bangku kecil yang dibawa dari rumah. Ia penting bagi mengelakkan masalah lenguh atau kejang.
2. Prihatin terhadap kasut yang digunakan. Pastikan ia selesa dan tidak menyakitkan. Mungkin anda boleh mengenakan stoking sendat atau jenis yang dikhaskan untuk ibu-ibu hamil.
3. Pakaian yang anda gunakan ke pejabat harus selesa. Benar, anda ingin mengikut perkembangan fesyen semasa tetapi jauhkan dari menyeksa diri dengan baju, skirt atau seluar yang sendat. Dewasa ini, semakin banyak pakaian hamil di pasaran jadi usah risau denganpenampilan anda selepas ini.
4. Kemajuan teknologi membuatkan manusia tidak lagi keseorangan. Di internet, terdapat pelbagai jenis informasi berkaitan kehamilan, begitu juga blog-blog yang dibina bagi memudahkan ibu-ibu ini berforum. Adanya kumpulan sokongan seperti ini maka tidak hairanlah anda menjadi lebih bersemangat danteruja untuk mengandung dan melahirkan.
5. Ingat, anda sedang hamil jadi banyak perkara yang membatasi pergerakan. Jika sebelum ini, anda mampu menghadap komputer dalam tempoh masa yang lama tetapi kali ini tidak lagi. Cuba ambil sedikit masa untuk berehat dari semasa ke semasa. Berdiri sebentar dan lakukan senaman regangan bagi melancarkan peredaran darah.
6. Banyakkan mengambil air suam sebagai minuman utama. Ia penting bagi mengelakkan anda keletihan dan masalah dehidrasi.
7. Bukanlah sesuatu yang membahyakan bagi ibu hamil yang bekerja di hadapan komputer,. Bagaimanapun, ia boleh mengundang risiko untuk mendapat 'sindrom'. Terowong karpus (kebas dan sakit di bahagian jari). Oleh itu, sebelum memulakan tugas, perhatikan persekitaran kerja terlebih dahulu. Ambil langkah berjaga-jaga untuk menyusun kerusi mahupun meja bekerja seselesa yang mungkin.
8. Jauhi individu yang merokok di pejabat anda. Ini kerana, asap rokok yang pasif berupaya menambah rasa mual dan mabuk ketika mengandung. Secara tidak langsung mengundang bahaya kepada anda serta bayi yang dikandung.
9. Tekanan sentiasa ada tetapi cubalah kurangkan. Mungkin dengan melakukan perkara-perkara yang anda gemari seperti berehat sebentar dari kerja sambil membaca blog kehamilan,  melakukan senaman pernafasan yang ringkas atau berjalan-jalan ke tempat rakan.
10. Masyarakat cukup prihatin dengan wanita-wanita yang hamil. Mungkin situasi ini juga berlaku di tempat kerja anda. Sekiranya ada tawaran bantuan daripada mereka maka terima sajalah. Sedarlah bahawa anda tidak sekuat sebelumnya. Anggap saja anda tergolong sebagai individu yang bertuah kerana dikelilingi teman-teman yang baik hati.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 22 May 2013

SEKS LEPAS BERSALIN, ISTEI MOHON PRIHATIN SUAMI

Melahirkan ada satu pengalaman getir yang perlu dilalui oleh setiap wanita bergelar ibu. Namun, sebagai isteri tanggungjawab kepada suami harus dilaksanakan sebaik mungkin. Baik dari segi keprluan zahir mahupun batin. Semuanya harus berlangsung seperti biasa. Bagaimanapun, boleh dikatakan rata-rata wanita kurang 'bersemangat' untuk beraksi di ranjang selepas bersalin. Pelbagai alasan diberi, tetapi bukan semua memuaskan hati para suami. Bagi mereka, seks adalah satu aktiviti yang perlu dilakukan dalam perkahwinan.
Sebnarnya isteri meghadapi pelbagai implikasi selepas bersalin. Kerana itulah para suami harus prihatin dan bertanggungjawab untuk lebih bertolak ansur. Mengikut tradisi Melayu lama, ibu yang baru melahirkan perlu berpantang selama 44 hari atau sebaik-baiknya 100 hari. Pantang yang dimaksudkan termasuklah makanan, aktiviti harian serta tidak berintimasi dengan pasangan. Kerana itu, para suami haruslah menegtahu perkara yang biasa berlaku ke atas isteri selepas kelahiran bayi bagi mengelakkan ketegangan

Dihantui trauma
Kebiasaannya ibu yang baru pertama kali melahirkan akan berhadapan dengan situasi trauma. Ini kerana kelahiran secara normal (melalui vagina) secara langsungnya mengakibatkan tisu vagina yang lembut terluka. Lebih lebih lagi sekiranya perlu digunting atau dijahit. Tentunya 'menakutkan' . Sudah tentu mengambil masa yang diambil untuk memulihkan luka berkenaan lama. Sebagai suami prihatin, bersabar dan sokonglah isteri anda. Lagipun, masa yang di tunggu akan tiba.
Hormon dan emosi yang tidak menentu
Bukan mudah menjaga bayi yang baru dilahirkan. Apatah lagi dalam tempoh berpantang, banyak cabarannya. Sudah tentu ia membawa perubahan yang besar dalam diri ibu itu sendiri. Tidak banyak, sedikit pasti si ibu akan berhadapan dengan tekanan menyesuaikan diri dengan keadaan. Ditambah pula, dengan perubahan hormon yang tidak menentu, secara langsung mempengaruhi keinginan untuk berintimasi.
Rasa diri tidak menarik
Selepas bersalin, tubuh pasti beubah bentuknya sama sekali. Mungkin lebih berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan macam-macam lagi. Disokong oleh perkara-perkara tersebut, para ibu akan berasa kurang yakin untuk beraksi denganpasangan kerana fizikal tidak seperti sebelumnya. Jadi untuk mengembalikan keinginan mereka, sentiasalah menyokong dan beri galakan mahupun nasihat yang mampu menaikkan semangat mereka,.
Adalah penting setiap pasangan bersiap sedia menghadapi masalah seksual yang tentunya berlaku dalam tempoh enam bulan  pertama selepas kelahiran. Paling penting, terapkan kesabarran yang tinggi dan sokonglah antara satu dengan yang lain. Kepada suami, ingatlah pengorbanan isteri mengandung dan melahirkan zuriat. Usahlah terlalu menyalahkan sebaiknya berbincanglah bagi mendapatkan 'waktu intimasi' yang sesuai.

Published with Blogger-droid v2.0.10

DUNIA LELAKI - KELEBIHAN LELAKI NAKAL

Dalam dunia perkahwinan, suami yang 'nakal' pasti memeningkan pasangannya. Lelaki sebegini selalunya pantang melihat wanita cantik, terus memasang strategi mendekati. Namun begitu, ada juga yang berkata lelaki nakal ada kelebihannya yang tersendiri. Benarkah begitu?

Lelaki nakal lebih menyakinkan
Lelaki nakal biasanya akan tampil dengan gaya menyakinkan. Selain itu mereka pandai bergurau senda dan memanjakan pasangannya. Atas sebab inilah mereka ini juga ramai peminat.
Komunikasi berjalan lancar
Ada pasangan berkahwin bercerai kerana kurangnya komunikasi. Ia fakta benar. Lelaki lurus biasanya hanya mengikut apa orang katakan tetapi yang nakal lebih tahu berkomunikasi. Perhubungan tanpa komunikasi adalah "kehancuran" bagi wanita.
Sukakan cabaran
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau anda menyukai seseorang itu, tentu anda berusaha mendapatkannya. Itulah kelebihan lelaki nakal kerana mereka akan berusaha mendapat apa yang mereka hajatkan.
Lebih romantik
Perhubungan dengan lelaki yang 'nerd' tentu membosankan. Agak skema dan lama kelamaan menjemukan. Lelaki nakal biasanya tahu bagaimana hendak mengambil hati pasangan dan bersikap lebih romantik.
Pandai bergaya
Lihat perbezaan lelaki di kalangan anda. Biasanya lelaki skema akan mengenakan gaya biasa yang membosankan, sebaliknya lelaki nakal tahu melakukan suai padan apa yangmahu dipakai.

JANGAN BINCANGKAN PERKARA INI DENGAN LELAKI!!
Pantang saya ialah.....? Mungkin anda biasa mendengar hal ini. Sememangnya setiap individu itu mempunyai kepantangan dalam hidupnya. Tapi tahukan anda, apa perkara yang lelaki tidak suka?

Cerita lelaki lain
Bukan cerita cinta di kaca tv atau pawangam sebaliknya lelaki tidak suka kalau menceritakan ada lelaki lain meminati anda yang sudah menjadi pasangannya. Ego lelaki akan tercabar.
Mengutuk ibunya
Mana-mana individu pasti akan tercabar kalau orang lain mengata ahli keluarganya. Jadi awas pada sang kekasih, kalau anda mendengar dia bercerita pastikan anda tidak mengata ibunya. Alamatnya, hubungan boleh putus.
Ceritakan kecurangan lama
Memang tidak sesuai. Jangan sesekali membuka pekung anda sendiri. Bukan semua orang boleh menerima hal-hal panas sebegini.
Bandingkan sikapnya
Apa yang sensitif khususnya tentang sikap, jangan sesekali anda membuat perbandingan. Saja nak cari nahas.
Jangan menekannya
Lelaki pantang kalau orang menidakkan apa yang dikatakannya. Baginya, sanggahan anda itu hanya akan menurunkan egonya sahaja. Sebaiknya dengarlah keluhan lelaki dan berilah kata-kata semangat berbanding anda menghentamnya.

Published with Blogger-droid v2.0.10

KECANTIKAN - MASKER DARI BAHAN SEMULAJADI

Selain penggunaan solekan, anda juga boleh memelihara kulit agar tampak awet muda dan menarik dengan penggunaan bahan-bahan semulajadi sebagai masker wajah. Ini kaedah terbaik untuk anda yang kurang gemar ke spa untuk membuat rawatan wajah.

Masker pisang
Selain menambahkan tenaga dalam tubuh seseorang, pisang juga membantu membuatkan kulit wajah lebih cerah. Caranya adalah dengan mencampurkan bersama avokado dan timun. Pisang berfungsi sebagai pelembap semulajadi bagi wajah. Manakala avokado pula membantu menjadikan wajah lebih sihat dan terasa kenyal kerana ia mengandungi vitamin E.
Masker putih telur
Kaedah ini membantu dalam mengecikan pori-pori pada wajah. Caranya cukup mudah, anda hanya perlukan dua biji  telurkan. Asingkan putih telur dari kuning telur. Kemudian,pukul putih telur. Setelahnya, sapukan ke wajah secara rata. Setelah 20 minit, bilas dengan air suam. Ia membantu membuatkan kulit menjadi lebih tegang.
Masker santan dan madu
Selain berfungsi dalam masakan, campuran bahan-bahan ini boleh dijadikan sebagai penyegar atau toner semulajadi selain bertindak sebagai agen antibakteria untuk mengurangkan masalah peradangan di sekitar kulit wajah. Selain itu, campuran bahan ini membantu mengurangkan masalah bintik-bintik hitam di wajah.
Masker tomato dan yogurt
Campuran kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai masker untuk mengurangkan masalah kulit. Caranya kisar tomato segar sehingga lumat kemudian tambahkan yogurt, minyak zaitun dan sedikit cuka. Tomato sangat baik dalam membantu membuka pori-pori wajah, manakala cuka bertindak sebagai pembersih alami, yogurt pula berperanan dalam membersihkan dan menghilangkan noda-noda hitam seterusnya melembutkan kulit. Manakala minyak zaitun pula menjadikan kulit lebih lembap.
Masker almond dan nenas
Almond bertindak membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati. Manakala nenas akan membantu membuang kulit mati setelah wajah dibersihkan. Caranya, campurkan nenas yang dihancurkan dengan serbuk almond. Kemudian aplikasikan ke wajah selama beberapa minit. Setelah itu, bilas dengan air suam dan lihatlah hasilnya.
Masker limau dan kuning telur.
Ambil dua kuning telur dan satu sudu perahan limau. Campurkan kedua bahan tersebut dan ratakan ke wajah selama lebih kurang 10 minit. Kuning telur merupakan kaedah terbaik untuk membantu masalah jerawat. Manakala perahan limau yang mengandungi vitamin C pula bertindak sebgai pembersih semula jadi.
Masker minyak zaitun dan almond
Kaedah ini membantu mengurangkan masalah kulit yang kering. Caranya, campurkan minyak zaitun dengan serbuk almond. Sapukan ke wajah selama 10 minit, biarkan hingga minyak meresap.

Published with Blogger-droid v2.0.10