Wednesday, 22 May 2013

PERKAHWINAN - DILEMA BILA SUAMI TIDAK MATANG

Perkahwinan sangat dituntut dalam agama. Sebagai ketua keluarga, suami haruslah matang dan bersedia untuk membuat sebarang keputusan. Peranan suami dalam mengemudi rumahtangga perlu bersandarkan kepada beberapa perkara seperti kewajipan memberi nafkah atau sara hidup kepada isteri dan anak-anak. Sara hidup ini berupa makanan, minuman, pakaian seta tempat tinggal yang sesuai dan munasabah menurut kemampuannya.
Kenali ciri lelaki keanak-anakan

Mungkin ada yang masih ragu sma ada pasangan itu matang atau segaliknya. Jadi, bolehkah dikesan suami yang bersikap begini? Sebenarnya, ia dapat dilihat melalui perlakuan suami mereka sendiri. Maklum sahajalah, tinggal serumah sudah tentu banyak perkara yang dapat dikenal pasti. Antaranya ialah :-

a) Tidak mampu berdikari dan banyak bergantung kepada orang lain untuk membuat sesuatu perkara.
b) Tidak pandai menguruskan diri seperti memilih pakaian yang sesuai dengannya.
c) Kurang pembersih dan tidak pandai menjaga pakaian, tempat tidur, tempat kerja dan sebagainya.
d) Kurang pandai bergaul dengan orang lain. Suka menyendiri dan seperti berada dalam dunianya shaja tanpa mempedulikan orang lain.
e) Tiada perancangan untuk masa depan yang lebih cerah. Pentingnya perancangan ini adalah sebagai motivasi untuk dirinya untuk berusaha sebaik mungkin agar impiannya mampu tercapai.
f) Tidak bijak berbelanja dan banyak menghabiskan wang pada perkara yang tidak bermanfaat.
g) Tidak dapat mengawal emosi dalam perkara kecil mahupun besar.
h) Kurang serius apabila menangani permasalahan yang boleh dianggap serius.

Terdapat beberapa cara untuk mengubah perwatakan suami yang tidak matang dan keanak-anakannya. Antaranya ialah :-

Perhatikan tahap keanak-anakannya
Jangan terlalu risau dan bimbang jika suami menunjukkan sifat keanak-anakannya pada masa lapangnya seperti hobi bermain permainan komputer, PS3, alat kawalan jauh dan sebagainya. Berilah gambaran dari aspek positif bahawa setiap insan perlu miliki aktiviti yang digemari bagi mengisi masa yang terluang. Hal ini mungkin lebih menarik jika isteri melakukan aktiviti tersebut bersamanya dan memaham mintanya. Namun, jika sifat keanak-anakanya ini berlebihan hingga mengabaikan tugasan dan nafkah keluarga, maka wajar bagi si isteri meminta bantuan kaunselor untuk memberikan tip dan nasihat kepada suaminya secara langsung.
Berikan tugasan dan tanggungjawab
Mungkin sikap tidak matang dan keanak-anakannya ini timbul disebabkan kurangnya tanggungjawab pada diinya. Biarpuntelah berumahtangga,sesetengah suami masih tidak dapat menentukan tugas yang perlu dilaksanakan. Berkemungkinan urusan rumah sebelum ini diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapanya, maka si isteri wajar melatih dan memberikan agihan tugasan tersebut kepada suami satu persatu mengikut kemampuannya.
Beri kepercayaan sepenuhnya
Berikan kepercayaan sepenuhnya kepada si suami. Sekiranya masih kekal sifat keanak-anakannya pada dirinya, maka bimbinglah agar dia boleh menjadi seorang suami yang matang dan mampu membuat keputusan dan tidak terlalu bergantung pada orang lain. Berikan keyakinan bahawa dia adalah ketua keluarga yang paling hebat. Mungkin dengan kata-kata dorongan dan pujian yang sering diberikan, mampu membuat si suami lebih seronok untuk berubah.
Banyakkan toleransi
Jangan berputus asa dalam memberi nasihat kepada suami dalam situasi santai dan kecindan, suasana ini amat perlu agar tidak timbul rasa tidak puas hati dan akhirnya berlaku perselisihan faham. Berbincanglah secra baik mengenai sikapnya yang keanak-anakan itu dan cuba cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang diutarakan kerana komunikasi yang baik mampu mengubah seseorang dalam masa yang singkat.
Berbincang mengenai kematangan yang diinginkan
Cara masa sesuai dan santai untuk berbincang dalam perkara ini. Jelaskan padanya keinginan untuk memiliki seorang suami yang dewasa dan mampu menjadi pelindung ahli keluarga. Sekiranya si suami mampu berubah maka doronglah dia dan berilah perhatian terhadap perubahan yang cuba dilakukannya.
Jangan sesekali pinggirkan suami
Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan si suami faham tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya. Jangan sesekali memingirkannya biarpun dalam urusan memasak, membasuh dan membersihkan rumah.
Rajin berdoa
Setiap usah yang dilakukan untuk mengubah sikap suami yang kurang matang ini harus diiringi dengan doa kepada Allah Taala. Berkat dari doa yang bersungguh sungguh ini pasti akan menjadi kenyataan dan agar semua usaha ini mendapat redha dan diberkatinya. Insya-Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

DIET - AMALAN LANGSING 24 JAM

Bagi kebanyakan wanita, keinginan bertubuh langsing amat tinggi. Tidak hairanlah ada sahaja di antara kita yang tidak pernah puas dengan keadaan tubuh sebenarnya sudah pun langsing dan kurus. Apa kata, ikuti panduan pemakanan di bawah...

6.30pagi
Ketika bangun tidur, jangan terburu-buru memulakan hari anda dengan aktiviti. Bertenang dan relaks seketika di atas katil sambil membuat beberapa regangan mudah. Dalam keadaan duduk, rapatkan lutut ke dada dan peluk kaki selama beberapa saat. Selain membuat tubuh jadi lebih tenang, regangan ringan di pagi hari berguna untuk mengembalikan posisi saluran percernaan anda pada tempatnya.
7.00pagi
Minumlah segelas air putih sebelum memulakan aktiviti harian anda. Lebih-lebih lagi untuk melancarkan pencernaan. Jangan gunakan straw untuk menyedut minuman kerana tidak dapat menolak sisa-sisa makanan masuk ke dalam tubuh. Pastikan anda memenuhi keperluan cairan tubuh dengan minum lebih banyak air putih.
7.30pagi - bersenam
Untuk menjaga tubuh agar kekal sihat dan cergas malah boleh membantu konsistensi kelangsingan tubuh, anda perlu mengimbanginya dengan melakukan senaman secara teratur. Setidak-tidaknya lakukan gerakan senaman antara 30 hingga 60 minit selama tiga kali seminggu. Pilihlah jenis olahraga yang sesuai dengan usia serta keadaan kesihatan diri.
8.00pagi - sarapan
Jumlah makanan yang baik untuk bersarapan adalah sebanyak 25 peratus dari kuantiti makan dalam sehari. Menu makan pagi perlulah yang memenuhi keperluan protein dan karbohidrat agar tubuh tidak lemah dan lesu sepanjang melakuakan aktiviti harian.
10.00 pagi - minum pagi
Anda perlu tahu bahwa minum pagi di waktu senggang di antara waktu makan utama sarapan dan waktu makan tengah hari) boleh membantu mengawal kuantiti makanan yang anda makan. Pun begitu, anda tidak boleh mengambil lebih dari 10 peratus daripada jumlah pengambilan makanan seharian. Sebaliknya, pilih makanan yang sihat yang tidak mengandungi lemak jahat. Yugort biasanya sesuai dinikmati kerana mengandungi probiotik yang baik untuk sistem pencernaan.
1.00petang - makan tengah hari
Jumlah kuantiti di waktu makan tengah hari adalah jumlah yang paling besar iaitu sebanyak 35 peratus sehingga 45 peratus. Disarankan anda mengambil menu lengkap misalnya nasi, ayam/daging, tauhu/tempe da n sayur. Jika anda memilih daging,pilih daging yang mengandungi lemak yang minimum dan perbanyakan mengambil sayur dan buah yang tinggi serat. Hindari sayur yang merangsang gas di dalam tubuh seperti brokoli atau kubis. Kurangi juga pemakanan yang berminyak, berlemak atau bersantan kerana ia mengandungi kolestrol yang tinggi.
4.00petang-minum petang
Anda boleh minum petang bagi memastikan gula dalam darah stabil dan anda masih cergas meski seharian beraktiviti. Ingat, anda tidak boleh ambil lebih dari 10 peratus jumlah kuantiti makanan anda sehari. Pilih makanan yang mengenyangkan seperti badam atau buah buahan. Buah epal kaya serat, vitamin dan mineral yang membantu mengekalkan bentuk badan tetap ideal. Juahi makanan bergoreng yang mengandungi lemak jahat. Atau, anda boleh menikmati semangkuk sup hangat bagi mengurangkan rasa lapar. Pilihan lain pula adalah seperti salad sayuran atau salad buah buahan yang tidak menggunakan 'dressing' tinggi kalori.
6.00petang -makan malam
Untuk menjaga tubuh agar tetap ramping, biasakan makn sebelum jam 7.00 malam atau selewat-lewatnya jam 8.00 malam. Kadar makanan yang boleh diambil untuk waktu ini adalah sebanyak 25 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan makanan anda sehari. Pilihan yang sesuai adalah beras merah, ikan rebus dan sayur tumis. Hindari menu berat di waktu malam terutama yang berkolestrol seperti burger, makanan ringan atau makanan laut. Elakkan juga minuman beralkohol yang berpotensi tinggi menyebabkan gangguan kesihatan.
9.00 malam
Segelas air putih atau secawan teh herba boleh menjadi pilihan yang tepat untuk diminum sebelum tidur. Ini akan membantu merangsang sistem pencernaan agar boleh bekerja sepanjang malam. Malah, ia juga boleh membantu membersihkan sisa-sisa makanan di dalam tubuh ketika pagi tiba.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 21 May 2013

TIP CANTIK - BEDAK ASAS, RAHSIA WAJAH TAMPIL MULUS DAN GEBU

Mata terpaku saat menatap kejelitaan artis kesayangan yang muncul di permaidani merah. Wajah kelihatan begitu mulus dan berseri. Ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan selebriti.
Sebenarnya orang popular banyak dibantu oleh kuasa solekan, pemilihan bedak asas yang tepat dan sentuhan jurusolek profesional membuatkan mereka tampil sempurna seperti bidadari. Jika tahu teknik solekan yang betul, wanita biasa juga boleh tampil anggun dan menawan. Kini kita kongsikan informasi mengenai bedak solekan yang bukan sahaja mampu menutup cela malah membuatkan wajah tampil mulus dan gebu.

JENIS BEDAK ASAS

Cecair
Bedak asas jenis ini sangat popular dan menjadi kegemaran wanita. Ia mudah digunakan dan memberi kesan semula jadi kepada kulit. Didatangkan dalam dua jenis iaitu berasaskan air dan minyak, bedak asas cecair sesuai untuk semua jenis kulit.
Krim
Jurusolek sering memilih bedak asas krim kerana ia memberi liputan yang baik dan mudah digunakan. Bedak jenis ini dapat menutup cela dengan lebih sempurna. Ia mempunyai dua kategori iaitu padat dan batang. Istimewanya, bedak asas krim membuatkan wajah lebih kelihatan licin dan tahan lama. Ia amat sesuai untuk solekan fotografi.
Dua dalam satu
Bedak asas dua dalam satu iaitu bedak dan bedak asas memberikan liputan menyeluruh pada wajah dengan sekali sapuan saja. Ia amat sesuai untuk wanita yang berkerjaya sibuk atau tiada masa bersolek

CARA PILIH BEDAK ASAS YANG TEPAT
1. Pilih warna yang terdekat dengan warna kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit anda, bermakna anda sudah memilih warna yang betul. Pemilihan bedak yang terlalu cerah membuatkan anda kelihatan seperti tepung gomak.
2. Ketika memilih bedak, uji pada kulit wajah bukannya kulit tangan. Cara ini lebih tepat.
3. Sapukan bedak asas menggunakan span ataupun hujung jari.
4. Bagi yang memiliki kulit wajah yang kering,anda boleh mencampurkan bedak asas dengan beberapa titik pelembap di tapak tangan sebelum menyapukannya di muka. Ia membuatkan bedak meresap lebih sempurna pada kulit wajah.
5. Usah memakai bedak asas berlebihan kerana ia membuatkan anda kelihatan tidak semulajadi.  Sekiranya bedak asas berlebihan pada wajah, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span.

TIP CARA GUNA BERUS
1. Cari berus yang diperbuat daripada bahan sintetik supaya ia tidak terlalu menyerap bedak.
2. Pilih bentuk bulu yang nipis di bahagian hujungnya agar bedak asas kebih mudah disapu pada wajah.
3. Basuh berus dengan sabun dan air suam seminggu sekali. Jika kerap digunakan, anda boleh basuh dua kali seminggu.
4. Sapukan bedak secara gerakan sehala agar sapuan lebih rata dan licin. Sapuan bedak juga mengikut liang roma, usah lawan liang roma kerana ia membuatkan pori-pori tersumbat dan bedak menjadi tidak sekata.

Published with Blogger-droid v2.0.10

KLINIK LELAKI - SUMBER MAKANAN PENUHI KEPERLUAN NUTRISI LELAKI

Dalam memenuhi tuntutan selera harian, anda sebagai lelaki perlu bijak membuat pilihan tepat dalam pengambilan makanan supaya memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan, seimbang dan tidak memudaratkan.
Walaupun terdapat beberapa makanan yang disyorkan perlu diambil setiap hari, keperluan pemakanan adalah berbeza mengikut jantina sekaligus membawa kepada kepelbagaian makanan. Berikut disenaraikan makanan yang perlu diambil oleh lelaki.

Tomato
Buah yang popular ini memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung. Kajian menunjukkan lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat.
Kacang Brazil
Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil dangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolestrol selain sebagai meningkatkan mood.
Kubis
Kubis dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Telur
Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaian adalah mudah iaitu telur. Ini kerana telur merupakan sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut. Malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik. Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.
Beri biru
Beri biru mempunyai kaitan dengan penuruna  risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori  berkaitan usia dan diabetes jenis 2nyang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.
Delima
Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan kolestrol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki. Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.
Bawang putih
Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Jurnal Institut Kanser Nasional menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.
Salmon
Ikan laut ini adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kolestrol LDL atau kolestrol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Bijirin
Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat, baik untuk lelaki dan wanita namun vitamin B di dalamnya memberi manfaat kepada lelaki. Vitamin B9 (folat) memastikan kesihatan sperma, vitamin B7 (biotin) mengurangkan keguguran rambut dan silika membantu pertumbuhan rambut sihat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

AWAS LELAKI, JAUHI SIKAP INI

Dalam mendampigi dan menambat hati wanita pujaan anda, kaum lelaki harus menjauhi sikap ini. Ia bukan sahaja tidak disukai oleh mereka malah boleh melukakan hati. Jika anda mempunyai sikap ini maka belajarlah untuk mengikisnya bermula dari sekarang.

Panas baran
Jarang sekali sikap ini dikaitkan dengan wanita. Tidak cukup dengan kata-kata biasanya sikap panas baran ini meliputi dengan perbuatan seperti menampar, memukul, menerajang dan sebagainya. Kebanyakan perbuatan begini membuatkan wanita trauma dan fobia malah timbul rasa benci. Sebaiknya kawal diri kerana pasangan adalah untuk disayangi dan bukannya menjadi mangsa sepak terajang.
Terlalu mengongkong
Mungkin kita pernah mendengar cerita bahawa lelaki suka mengongkong. Baik dari segi pengerakan, pengaulan, pakaian dan sebagainya. Sikap begini membuatkan wanita cepat bosan dan mungkin anda ditinggalkan.
Egoistik
Tidak hanya panas baran tetapi lelaki juga dikenali dengan sikap egonya. Biasanya sikap ini terserlah apabila memberi pendapat. Lelaki ego merasakan idea mereka adalah hebat manakala idea orang lain semuanya tidak berguna. Begitu juga kalau bergaduh, lelaki ego biasanya tidak mahu mengalah atau memujuk sebaliknya merasakan diri mereka betul selalu.
Pantang melihat wanita cantik
Pasti anda pernah bergaduh dengan pasangan anda perihal yang satu ini. Lelaki umumnya tidak pernah puas dengan satu pasangan. Biar sudah ada pasangan yang cantik, mereka tetap akan melirik pada yang lebih cantik.
Curang
Perbuatan ini sukar dimaafkan. Ramai yang curang pada pasangan baik ketika sedang bercinta mahu pun sesudah perkahwinan. Tidak kira lelaki mahu pun perempuan, perbuatan yang satu ini sukar dimaafkan dan ia lebih sukar jika dilakukan oleh lelaki yang sudah berkahwin.
Tidak sensitif
Ramai pasangan yang bergadun kerana ketidaksefahaman. Kata mereka, lelaki biasanya kurang sensitif dan kurang memahami kehendak wanita. Sebaiknya apabila anda sudah bertemu Mrs. Right, jagalah ia sebaik mungkin kerana anda mungkin tidak boleh bertemu yang lebih baik darinya.
Lebihkan kawan-kawan
Jom tengok bola. Jom memancing. Itu antara hobi lelaki dan biasanya mereka jarang menolak ajakan kawan-kawan yang 'sekepala'. Yang makan hati biasanya pasangan mereka. Demi menjaga hubungan, sebaiknya tolenrasilah hal ini dengan pasangan kerana tidak rugi jika anda berbuat demikian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

KLINIK LELAKI - PERUT BUNCIT BUKAN SEKSI TAPI TANDA PENYAKIT MENDEKATI

Buncit pada bahagian perut memang sinonim dengan lelaki. Meski golongan wanita turut sama berhadapan dengan perkara yang sama, namun peratusan lebih terarah kepada golongan lelaki lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumahtangga. Bak kata orang, apabila sudah ada yang menjaga, mudah perut ke depan kerana senang hati.
Awas lelaki! Perut buncit meski kelihatan seksi pada segelintir pihak, ia sebenarnya petanda awal bakal berhadapan penyakit bahaya.

TAKRIFAN
- Perut buncit dalam kalangan lelaki dipanggil 'Apple Type Obesity' iaitu keadaan perut yang berbentuk seperti epal. Jenis obesiti ini memang khusus untuk lelaki dan cenderung mendapatnya disebabkan pengumpulan lemak di satu selaput pada perut yang dinamakan ornental bursa.
- 'Apple Type Obesity' juga disebut Central Obesity iaitu kegemukan yang dilihat di bahagian tengah badan. Ia boleh menyebabkan lemak terkumpul di bahagian jantung dan menggalakkan terjadinya pengerasan dan sumbatan arteri dan meningkatkan kemungkinan diserang sakit jantung.
- Lemak yang terkumpul dibahagian tengah badan ini boleh menghasilkan beberapa hormon yang bahaya kepada badan dalam situasi tertentu. Antaranya ialah adipokines (hormon lemak) yang terdiri daripada visfatin, leptin, adiponectin dan resistin.
- Resistin misalnya boleh menyebabkan rintangan badan kepada insulin. Individu yang mempunyai lemak di abdomen akan menghadapi kurang sensitiviti terhadap insulin, seterusnya mengakibatkan kencing manis.

JENIS LEMAK PERUT BUNCIT
1. Lemak Subkutaneus iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit.
2. Lemak Viseral iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut.
- Lemak viseral yang berada di sekelilingi perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal iaitu vena besar yang membawa darah dari usu ke hati.
- Lemak ini tahan dengan kesan insulin iaitu hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat.
- Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, maka semakin buncitlah orang itu.
- Semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin. Keadaan ini boleh membawa kepada beberapa penyakit. Antara penyakit yang mudah dihidapi ialah sakit jantung, strok, beberapa jenis kanser, diabetes jenis 2 seatkekebalan insulin.

TIP PENCEGAHAN
1. Makan lemak sihat
Berhenti makan nasi dan makanlah makanan rendah lemak seprti roti gandum murni, avokado danminyak zaitun. Jika sukar untuk mengelak makan nasi, ada makanan pengganti yang lain seperti roti, jagung dan sagu.
2. Kurangkan saiz hidangan
Kalau biasanya anda makan nasi dan menambah, kurangkan kepada sepinggan sahaja, jangan tambah. Kajian menunjukkan sekiranya berjaya, berat badan akan turun.
3. Banyakkan senaman kardio.
Apakah senaman kardio? Senaman kardio adalah senaman yang melibatkan seluruh badan dan jantung anda akanberdegup dengan laju. Bila latihan mengangkat beban dapat menguatkan otot anda, lakukan senaman kardio, seperti jogging, berbasikal untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Cara senaman kardio yang lain sepertinberlari dan senamrobik dapat membakar lemak berlebihan dengan syarat anda mesti hentikan pengambilan lemak.
4. Pastikan tidur mencukupi
Kurang tidur akan menyebabkan kadar metabolisme menurun dan sukar bagi badan anda membakar lemak. Manakala terlebih tidur akan menyebabkan badan anda menjadi pasif dan kurang bergerak. Pastikan tidur mencukupi.
5. Berhenti minum minuman bersoda
Minum minuman soda akan menyebabkan anda gemuk dengan cepat kerana pemanis tiruan dalam soda akan membuatkan anda cepat terasa lapar, gantikan air soda dengan air kosong ataupun lemon.

Published with Blogger-droid v2.0.10

SARAT...TIPS KURANGKAN SAKIT BELAKANG

Apabila perut kian membesar, tidak dinafikan akan timbul rasa tidak selesa, malah ada sesetengah ibu hamil mula merasakannya pada peringkat awal kehamilan. Keadaan ini berlaku disebabkan kandungan yang sedang membesar menyebabkan otot abdomen meregang dan berlaku pwrubahan pada postur badan. Ia sekaligus memberi tekanan ke atas bahagian belakang yang menjadi punca kepada rasa sakit. Antara punca lain sakit belakang ialah pertambahan berat badan yang keterlaluan ketika hamil.

TIPS KURANGKAN SAKIT BELAKANG
1. Pastikan postur badan betul ketika berdiri dan berjalan bagi mengelakkan tekanan pada tulang belakang. Postur ini membantu anda untuk meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagiaan perut dan punggung. Anda juga lebih relaks pada bahagian bahu.
2. Elakkan berdiri terlalu lama dan sehari. Jika anda perlu dududuk terlalu lama di pejabat, pastikan anda bangun dan berjalan di sekitar ruanb pejabat setiap jam.
3. Gunakan bantal kecil untuk diletakkan pada bahagian bawah belakang bagi mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan.
4. Berjalan dengan betul iaitu elakkan berjalan dengan menolak perut ke hadapan kerana lengkungan lumbar yang terhasil pada bahagian bawah sendi belakang badan akibat postur ini akan menyakitkan.
5. Pastikan anda mengenakan pakaian dalam yang selesa. Begitu juga dengan pakaian secara keseluruhannya. Pastikan ia tidak ketat, sebaliknya longgar di bahagian depan.
6. Melakukan senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan dan berjalan.
7. Pastikan posisi tidur yang betul bagi mendapatkan rehat yang mencukupi
8. Elakkan mengangkat benda yang berat dan kurangkan membongkok.

Published with Blogger-droid v2.0.10