Wednesday 3 April 2013

7 CARA MEMPERBAIKI IMEJ LELAKI

Jika beberapa tahun yang lepas produk penjagaan lelaki terlalu kurang di pasaran, tetapi hari ini sudah terdapat bermacam jenis produk penjagaan diri untuk kaum adam. Ia sekali gus menunjukkan aspek ini semakin penting buat lelaki. Ia bukan hanya untuk menarik perhatian kaum wanita tetapi juga untuk meningkatkan keyakinan dan supaya rasa lebih bersemangat

PENJAGAAN KULIT
Ramai lelaki yang menganggap penjagaan kulit itu melecehkan dan tidak penting. Sebenarnya tidak susah hendak menjaga kulit sendiri. Hanya gunakan produk sabun yang bersesuaian dan guna pelembap yang mengandungi ciri perlindungan daripada cahaya matahari kerana sinaran matahari adalah punca utama wajah nampak lebih berusia. Produk kulit yang mengandungi retinol juga mampu mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah.
PENJAGAAN WAJAH
Lelaki yang mempunyai jerawat di wajah mempunyai keyakinan yang rendah berbanding mereka yang mempunyai wajah bersih. Kembalikan keyakinan dengan menggunakan produk yang mampu merawat masalah jerawat ini. Jika masih tidak berhasil, cuba berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Doktor akan memberi ubat ubatan agar wajah bebas jerawat. Ini kerana sesetengah punca jerawat adalah berpunca daripada bakteria.
BAU BADAN
Jika anda kerap berpeluh, amalkan mandi sekerap yang mungkin. Pastikan juga anda menggunakan deodoran dan bedak talkum supaya Dapat mengurangkan bau badan. Ini penting kerana anda tidak dapat menghidu bau badan sendiri, tetapi orang sekeliling pasti menghidunya.
PENJAGAAN RAMBUT
Rambut itu ibarat mahkota bukan sahaja wanita tapi juga lelaki, jadi jangan kedekut mengeluarkan sedikit wang untuk penjagaan rambut. Jika selalu pergi ke kedai gunting rambut yang biasa, cuba pergi ke salun pula untuk mendapatkan potongan rambut yang sesuai untuk anda. Amalkan membasuh rambut sekurang kurangnya seminggu sekali.
DIET
Badan kurus bukan bermakna sihat. Amalkan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan yang tidak mempunyai khasiat serta mengandungi kolestrol dan lemak yang tinggi. Lebihkan makan sayur dan buah buahan. Diet yang betul membuatkan rambut dan kulit anda lebih sihat.
PASTIKAN CUKUP BERSENAM
Sekurang kurangnya tiga kali seminggu untuk 20 minit. Bukan saja mampu membuatkan tubuh sihat, tetapi juga mampu menghilangkan stres. Jika anda kurang berat badan, elakkan melakukan senaman seperti jogging. Lebihkan angkat berat dan tekan tubi. Jika berat badan anda berlebihan, tidak jadi masalah untuk melakukan kedua duanya. Pastikan jika berjogging anda menggunakan kasut khas untuk berlari dan bukannya kasut jalan.
PEMAKAIAN
Untuk pemakaian, apa yang penting pastikan ianya nampak kemas, bersih dan segak. Jangan pakai pakaian berbau teutama stokin serta baju sama yang dipakai berulang kali.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment