Wednesday 3 April 2013

KETAHUI 5 PANTANG LARANG LELAKI

Lazimya pantang dikaitkan dengan keadaan berjaga-jaga mengikut adat selepas bersalin bagi golongan wanita. Tetapi tahukah anda lelaki juga mempunyai pantangnya tersendiri dan ada kalanya membuatkan wanita yang mendampigi lelaki tersebut makan hati. Ayuh kita lihat antara pantang larang lelaki terutama dalam soal hubungan bersama orang tersayang
Mengungkit
Biasanya golongan wanita mempunyai daya kemampuan mengingati peristiwa dengan lebih teperinci. Oleh itu, sekiranya wanita kerap mengomel malah membangkitkan isu-isu yang telah lepas, maka ia boleh menaikkan kemarahan lelaki terbabit. Lelaki dikenali dengan sikap kurang ambil peduli tentang kisah serta pengalaman yang tidak memberi kepentingan kepada mereka. Jadi, jangan mengungkit perkara yang lalu sekiranya ingin hubungan anda dengan lelaki tersayang kekal lama.
Banyak soal
Menyoal banyak perkara bagi mencari kepastian sudah menjadi kebiasaan bagi golongan wanita. Ia tidak ubah seperti seorang inspektor polis. Tapi tidak semua lelaki ingin mendekati wanita seperti ini. Lelaki sebenarnya kurang selesa apabila ditanya dengan pelbagai soalan remeh yang menjengkelkan dan merimaskan. Tahukah wanita, lelaki cukup pantang ditanya apa yang dilakukan, kemana dia pergi, kenapa buat itu dan ini?? Oleh itu, sekiranya wanita sayangkan hubungan mereka, berpada-padalah dalam menyoal sesuatu perkara, takut nanti lelaki itu angkat kaki pula.
Berperangai kebudak-budakan
Sikap wanita yang berkelakuan seperti kebudak budakan juga menjadi pantang golongan lelaki. Umum mengetahui, lelaki mempunyai ego yang tinggi dan tesendiri. Kalau boleh, biarlah apa yang dilakukan atas kerelaan sendiri tanpa memrlukan seorang 'penjaga' atau 'ibu' untuk memberikan sebarang kebenaran. Lelaki sebenarnya lebih selesa wanita merelakan mereka menjadi diri mereka sendiri.
Mengongkong
Awas wanita sekiranya anda mempunyai sikap seperti ini. Ini kerana ramai lelaki memerlukan ruang serta masa untuk menyendiri. Mereka juga kadangkala memerlukan sesi berinteraksi dengan golongan sejenis mengenai perkara perkara yang hanya mereka sahaja yang faham. Maka, golongan wanita perlu ingat sebuah perhubungan tidak hanya tertumpu pada kisah anda berdua sahaja. Ia sebenarnya lebih daripada itu. Jadi beri masa untuk melakukan perkara yang disukai bersama teman temannya.
Tidak tahu simpan rahsia
Lelaki juga tekenal dengan sikap yang suka berahsia dan majoriti daripada mereka tidak suka menyibuk hal orang lain. Namunapabila mereka mula bercerita tentang sesuatu perkara dengan anda, ia menunjukkan mereka mempercayai anda sepenuhnya. Jadi, simpanlah amanah tersebut dan jangan sesekali berceita tentang perkara tersebut kepada orang lain. Oleh kerana lelaki amat mementingkan privasi teutama sekali dalam perihal hubungan,ada perkara tertentu yang tidak perlu didedahkan walaupun dianggap lucu oleh golongan wanita.

Lagi pantang larang lelaki
- Pantang apabila dompetnya diselongkar tanpa kebenaran
- Pantang diajak bersembang atau bantuan ketika sedang asyik menonton televisyen teutama perlawanan bola sepak.
- Pantang tidurnya diganggu
- Pantang diminta buat sesuatu yang tidak disukai.
- Pantang kenderaanya bersepah-sepah dan tidak kemas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment