Thursday 13 June 2013

CATATAN KEHAMILAN - PERUT MAKIN MEMBESAR TIDUR MALAM ASYIK TERGANGGU

Tidur malam ibu hamil selalu terganggu terutama sekali bila perut makin membesar. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Ikuti tip yang diberi.
Ada kalangan wanita hamil mengalami insomnia selama tempoh kehamilan mereka. Keadan ini disebabkan beberapa faktor iaitu perut semakin membesar, gerakan janin yang aktif dalam kandungan, pedih ulu hati, kaki kejang, posisi tidur tidak selesa.
Lebih memburukkan keadaan bila ibu hamil kerap ke tandas. Akibatnya ibu hamil di peringkat ini sukar untuk tidur. Malah, ada sesetengah mereka turut mengalami mimpi-mimpi berkaitan bayi dalam kandungan.
Beberapa tip boleh diamalkan untuk membantu ibu hamil tidur lebih nyaman. Tidak perlu mengambil ubat hanya cuma amalkan tip berikut.

1. Cari posisi tidur terbaik
Faktor penting untuk mendapat tidur yang selesa adalah mencari posisi tidur yang terbaik. Posisi tidur terbaik yang dianjurkan ketika hamil adalah mengiring ke kiri. Posisi ini dapat membantu mengoptimumkan aliran darah oksigen dan nutrien ke plasenta.
2. Mandi dengan air panas
Mandi dengan air panas dan sabun yang wangi serta segar akan membantu ibu hamil tisur lena.
3. Jangan makan terlalu banyak
Hindari mengambil makanan yang banyak atau terlalu kenyang sebelum tidur. Gantikan dengan makanan ringan atau segelas susu panas. Ini dapat mengurangi rasa tidak enak di hulu hati atau bahagian perut yang akan mempengaruhi waktu tidur.
4. Minum segelas susu
Minum segelas susu panas akan membantu anda untuk tidur. Susu mengandungi asam amino trytophan yang dapat meningkatkan kadar serotonin dalam otak sekaligus membantu ibu hamil tidur.
5. Dengar muzik
Mendengar muzik dapat memberi ketenangan dan perasaan relak pada tubuh. Pilihlah muzik yang dapat memberikan ketenangan dan ia pasti memudahkan anda tidur lebih nyaman.
6. Hubungan intim
Lakukan hubungan intim dengan pasangan kerana ia dapat memberikan rasa relak dan santai pada anda. Namun jika ibu tidak merasa ingin melakukannya, mintalah pasangan memberikan urutan lembut agar anda berasa santai dan bahagia kerana dimanjakan.
7. Latihan menarik nafas
Latihan menarik nafas dalam dengan teratur dapat menolong ibu hamil mengurangkan ketegangan otot. Carilah posisi yang selesa sama ada duduk, berdiri ataupun baring. Kemudian tarik nafas melalui hidung secara perlahan lalu tahan nafas seketika. Keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan. Lakukan beberapa kali dalam sehari.

No comments:

Post a Comment