Saturday 8 June 2013

KLINIK LELAKI - LELAKI BERJANGGUT DAN BERMISAI AWET MUDA

Ada segelintir yang menyatakan lelaki menyimpan janggut dan misai akan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Meski kajian mengenainya belum dapat disahkan namun jika dilihat secara rambang memang ada benarnya.
Tahukah anda kebanyakan selebriti Hollywood yang menyimpan janggut dan misai berjaya menyembunyikan usia sebenar? Nama seperti George Clooney, Ben Affleck dan Bradley Cooper kelihatan sepuluh tahun lebih muda daripada usia mereka sebenar.
Selain kekal awet muda, kebaikan menyimpan janggut dan misai dapat menghindarkan diri dari penyakit. Ayuh kita lihat antara kebaikannya.

Perlindungan daripada cahaya matahari
Janggut dikatakan mampu menghindari diri daripada terkena kanser kulit. Hal ini terbukti apabila para penyelidik berpendapat janggut dan misai yang rata boleh melindungi kulit dari sinaranUV berbahaya.
Mencegah lelah
Pesakit lelah senang jatuh sakit apbila terdedah dengan kawasan berhabuk. Oleh kerana itu, misai yang tubuh di sekitar bawah hidung bokeh menghindarkan habuk tersebut dari memasuki rongga hidung.
Lambatkan proses penuaan
Nah, rerambut yang terdapat di kulit wajah mampu menyimpan lembapan. Dengan lembapan tersebut, kulit akan kelihatan muda dan berkeadaan baik. Namun lelaki harus memastikan keadaan janggut dan misai anda dijaga dengan kemas dan rapi.
Melawan batuk
Tahukah anda janggut yang tumbuh lebat di sekitar kawasan dagu dan leher mampu menaikkan suhu leher? Ia sekaligus dapat mencegah penyakit selsema dan batuk.
Menghalang ruam di muka
Ruam sering diakibatkan oleh kaedah mencukur yang tidak dilakukan dengan berhati hati. Bagi mengelakkan berlakunya masalah tersebut, adalah lebih elok untuk menyimpan janggut sahaja seterusnya menyelesaikan masalah ruam di muka.

No comments:

Post a Comment