Monday 10 June 2013

SEGARDAN SERIKAN WAJAH BIARPUN SEDANG BERPUASA

Seharian berpuasa tidak bermakna anda boleh mengabaikan penampilan dir. Jangan biarkan wajah tampak lesu dan tidak bermaya. Jangan menjadikan berpuasa alasan untuk cantik dan bertenaga seperti biasa. Hindari melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kulit wajah anda terjejas. Mungkin kesalahan itu nampak kecil dan anda sendiri tidak perasan, namun ia boleh menyebabkan kesan buruk pada kulit wajah andai dilakukan berterusan. Antaranya adalah merokok.
Selain risiko kesihatan yang sudah jelas, merokok juga boleh membuat anda kelihatan lebih tua. Setiap kali anda menghisap rokok, anda menghidu racun-racun yang menyebabkan kerosakan radikal bebas. Akibatnya, kulit mudah berkedut dan kendurdari waktu ke waktu. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan timbulnya garis-garis di sekitar mulut.

1. Kontraksi otot wajah
Ekspresi wajah tidak akan nampak secara terus, sebaliknya gerakan yang berterusan akan menciptakan garis kedutan seiring dengan usia. Pergerakan otot wajah menyebabkan kulit di sekitarnya terdorong, tertarik dan mengerut. Banyak garis kedutan di bahagian atas wajah timbul disebabkan gerakan berulang-ulang. Justeru, untuk menghindari, kaedahnya cukup mudah. Yang penting anda harus lebih relaks, memakai kaca mata hitam dan mengelak daripada membaca dibawah pencahayaan.
2. Tidur di sisi wajah yang sama
Ketika tidur, kita tidak dapat mengawal pengerakan dan mungkin disebabkan selesa dengan satu sisi tdur, maka gaya itu akan kita amalkan sehingga tidak sedar ia memberi kesan negatif pada kulit wajah. Antara lain akan membantu mempercepatkan timbulnya garis-garis halus. Ini berlaku apabila wajah melekat pada bantal dan akan bergesel dengannya dalam tempoh yang panjang. Lama kelamaan ia akan menyebabkan kedutan pada kulit wajah. Justeru untuk mengatasinya pilih bantal yang mengembang. Letakkan bantal berbentuk bulan ke atas bantal biasa, kaedah ini akan menyebabkan keseluruhan wajah tersentuh pada bantal dan tidak hanya tempat tertentu sahaja.
3. Membilas wajah dengan air panas
Mencuci muka dengan menggunakan air panas memang bagus bagi membuka pori-pori. Pun begitu jangan terlalu panas kerana ia berbahaya kepada kulit. Sebaiknya, untuk menjaga kulit tetap seimbang, bersihkan ia dengan air suam.
4. Pemakaian pelembap berlebihan
Disebabkan cuaca yang kering dan kulit wajah kekurangan air memandangkan bulan puasa ini, mungkin ada antara anda memilih untuk menyapu pelembap lebih daripada kebiasaannya. Tetapi, sedarkah anda berlebihan dalam memakai pelembap boleh mendatangkan kesan negatif pada kulit. Ini kerana krim yang disapu secara berlebihan tidak akan menyerap keseluruhan. Ia akan menyebabkan kulit tidak bernafas seperti biasa. Lebih memburukkan keadaan apabila pori-pori tersumbat. Sebaiknya,memadailah dengan menyapu pelembap yang secukupnya. Jika kulit terlalu kering, anda boleh membasuh atau menyemburkan air pada kulit wajah demi mengembalikan kesegaran.
5. Menggosok mata
Kulit di sekitar mata merupakan salah satu bahagian yang paling halus. Gosokan lembut sesekali mungkin tidak apa-apa bagi kulit di sekitar mata. Namun, jika anda berterusan menggosoknya secara agresif akan menyebabkan iritasi kulit dan merosakkan pembuluh darah (yang akan meninggalkan kesa merah kekal dan hanya dapat dirawat dengan rawatan laser jika terlalu kronik). Justeru, hindari menggosok dan sebaiknya gunakan krim dengan kandungan peptida dan retinol ringan boleh membantu jika mata anda menghadapi sebarang masalah.
6. Minum air menggunakan straw
Minum air menggunakan straw memang kelihatan sopan dan anggun. Tetapi tahukah anda ia juga boleh menyebabkan kedutan pada kulit. Tidak percaya, cuba anda ingatkan kembali bagaiman anda menyedut air. Ekspresi wajah tatkala bibir menyedut air menggunakan straw akan membantu garis-garis halus timbul terutama di bahagian sekitar mulut. Sebaiknya minum terus dari botol mahupun gelas.
7. Mencuci muka sebelum mencuci rambut
Kebiasaannya anda mencuci muka terlebih dahulu sebelum mencuci rambut. Namun, bagi anda yang akan memakai masker rambut, sebaiknya cuci rambut telebih dahulu, ini kerana masker tersebut mengandungi banyak minyak yang akan melekat sekali gus meresap ke dalam kulit. Justeu menyebabkan pori-pori tesumbat dan akhirnya muncul masalh kulit seperti jerawat dan sebagainya. Untuk menghindari masalah tersebut, pastikan anda membersihkan rambut terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment