Friday 7 June 2013

ETIKA GUNA TANDAS DI PEJABAT

Anda bukan satu-satunya orang yang menggunakan tandas di tempat kerja. Terdapat pekerja lain juga yang menggunakannya bersama. Etika tandas pejabat merujuk kepada set peraturan individu perlu diikuti semasa menggunakan tandas pejabat.
Apakah etikanya? Berikut adalah aturan yang perlu anda patuhi.

Jangan berbincang dalam tandas
Biarkan rakan sekerja anda melakukan perkara mereka sendiri dengan keselesaan mereka. Jangan berbual-bual di dalam tandas. Sesetengah orang akan bercakap mengenai perkara yang tidak baik di dalam tandas. Kadang kala perbualan anda sedang diperhatikan oleh orang yang anda sendiri tidak sedari yang berada di dalam ruangan tandas yang bersebelahan.
Pastikan bersih
Tiada siapa yang mahu untuk berada di dalam keadaan yang kotor. Ya, biasanya terdaoat pencuci pejabat tetapi adalah terlalu biadab untuk memberikan mereka sahaja mengendalikan pembersihan tandas.
Buanglah sampah anda, lap sehingga air yang berlebihan pada countertops, dan lakukannya dengan hati yang baik. Lakukan bilasan dan periksa untuk memastikan segala-galanya bersih sebelum keluar. Lakukannya tanpa berkata apa-apa.
Jangan ambil masa
Jika orang lain sedang menunggu di luar, selesaikan urusan dengan cepat, terutama apabila di dalam situasi tandas dan singki berada di dalam satu bilik sahaja. Saya tidak pasti mengapa, wanita sering kali menggunakan tandas yang berasingan dan mereka mengambil masa yang lama untuk menggunakan tandas. Apa yang mereka sedang lakukan disana? Sebagai seorang wanita, saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa ia perlu mengambil masa lebih daripada satu minit atau lebih ataupun dengan terlalu lama.
Jika anda perlu mengenakan gincu, lakukanlah dengan segera jika hanya ada sebuah cermin sahaja di tandas. Ini bukan masanya untuk menukar gaya rambut, memeriksa jerawat, menilai semua pakaian anda untuk hari itu, dan lain lain.
Elakkan bau kurang menyenangkan
Dapatkan udara yang cukup untuk menjaga tandas di pejabat anda dan selalu mengenakan semburan wangian.
Perkongsian ruang
Di dalam bilik air rumah anda, anda mempunyai kelonggaran untuk meninggalkan keadaan tidak bersih dan boleh untuk membersihkan kemudian. Tetapi tidak begitu di tandas pejabat. Hormati pengguna seterusnya.
Sebelum meninggalkan tandas, tolehlah ke belakang untuk memastikan anda sudah mengepam tandas. Elakkan menyimbah air ke atas lantai untuk licin. Bagi wanita, buang tuala wanita ke dalam tong sampah untuk mengelakkan tandas daripada tersumbat.
Jagalah adab-adab
Bersikap sopanlah sementara anda menunggu giliran anda menggunakan tandas. Jangan mengetuk pintu tandas dan jangan menolak pintu untuk melihat sama ia kosong atau tidak. Rakan-rakan anda juga inginkan persekitaran yang tenang ketika di tandas pejabat, jadi bersikap sopan.
Penyelenggaraan
Sebaiknya beritahu rakan-rakan sekerja atau pihak pengurusan apabila mendapati tandas rosak. Anda mungkin kehilangan beberapa minit masa kerja. Tetapi ia boleh mengelakkan kemalangan dan menjimatkan air. Tinggalkan amaran untuk tandas yang rosak kepada rakan-rakan kerja yang lain.
Jangan bercakap di telefon bimbit
Tiada yang lebih janggal daripada mendengar bunyi tandas di pam ketika seang bercakap di telefon. Ia bukan sahaja kurang sopan tapi tidak menghormati rakan yang berada dalam tandas.
Basuh tangan
Cuci tangan selepas menggunakan tandas di pejabat. Dalam dunia perniagaan, anda akan berjabat tangan dengan kadar yang banyak sekali, tanpa mencuci tangan anda boleh menyebarkan kuman di seluruh pejabat.

Kesimpulannya, penggunaan tandas pejabat boleh menjadi satu pengalaman yang biasa atau bururk berdasarkan bagaimana pekerja menggunakan kemudahan tersebut. Perbuatan yang tidak bertimbang rasa boleh membuatkan tandas itu satu tempat yang menjijikan. Dengan mempamerkan etika tandas pejabat yang betul,ia bukan sahaja dapat membantu untuk mengekalkan kebersihan yang lebih baik serta dalam suasana yang selesa. Ia juga dapat menggalakkan kakitangan lain untuk menghormati antara satu sama lain untuk menggunakan ruangan yang dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment