Sunday 9 June 2013

PSIKOLOGI PERKAHWINAN - KEISTIMEWAAN WANITA LAMBAT KAHWIN

Siapa kata perempuan lewat usia kutang peminat? Menyentuh perihal nikah kahwin, semua ini tak boleh dijangka. Ada yang berkahwin dalam usia muda, malah tidak kurang juga yang masih hidup membujang walau usia makin meningkat. Senario lelaki memilih pasangan berusia bukanlah sesuatu yang menjengkelkan. Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian mereka lantaran memilih calon isteri sebegini. Hendak tahu apa keistimewaannya? Berikit adalah beberapa rumusannya.

Penampilan lebih menyakinkan
Kebanyakan lelaki percaya bahawa wanita yang mencapai usia 30 tahun ke atas mempunyai tahap kecantikan yang tinggi, terutamanya selepas mendirikan rumah tangga. Ini kerana kemahiran berdandan, berhias serta bijak membawa diri menjadikan personaliti mereka sering dengan gaya yang ditampilkan.
Mahir urus rumah tangga
Faktor utama yangmembuatkan para suami memlih calon isteri berusia adalah kerana mereka ini cukup matang atau berpengalaman dalam hal-hal rumah tangga. Walaupun ada diantaranya masih berstatus anak dara sewaktu diijabkabulkan, tetapi cara mereka membawa diri dalam suasana baru selain bijak melayan kemahuan suami menjadikan wanita-wanita seperti ini cukup diminati. Lagipun tidak dinafikan bahawa rata-rata lelaki masa kini gemarkan wanita yang tahu serba serbi berbanding anak dara yang hanya mahir sesetengah perkara sahaja.
Berfikiran terbuka
Lazimnya, wanita yang sedikit berusia mempunyai fikiran yang lebih terbuka. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai pendengar serta sahabat yang baik selain bijak mengeluarkan pendapat serta nasihat sekiranya suami berhadapan kekusutan. Di samping itu, wanita yang lebih matang ini juga sangat mengambil berat, lebih memahami sekali gus tidak banyak ragamnya. Sebagai contoh, semasa bercerita mengenai sesuatu perkara itu sahaja, malah ia akan menjadi lebih meluas melalui pandangan serta idea-idea yang disampaikan. Maklum sahajalah, banyak pengalaman.
Senang hidup berdikari
Mungkin banyak yang menyedari bahawa wanita yang telah berumur lebih bijak berdikari, feminin serta sabar menghadapi kerenah pasangannya. Malah pasti ada tetapi mereka bijak menanganinya dengan cara yang paling baik. Barangkali dengan gurauan, memberi hadiah sebagai tanda terima kasih atau pujukan serta macam-macam lagi. Kreativiti serta idea sebeginilah membuatkan suami terus lekat dengan mereka malah tidak keterlaluan perkara-perkara yang dilakukan cukup menyenangkan hati. Itu belum masuk hal memasak lagi. Pasti menjilat jari.
Sifat keibuan yang tinggi
Menjadi kebiasaan, wanita berumur lebih tinggi naluri keibuannya. Mereka bijak tangani kerenah anak-anak sekiranya dikurniakan dalam tempoh waktu yang terdekat selepas mendirikan rumah tangga. Kesabaran serta kematangan mereka membuatkan suami lebih yakin untuk hidup bahagia bersama. Malah tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa wanita-wanita ini juga bijak beraksi di ranjang. Tak perlu diajar, semuanya sudah ada dalam tangan.

No comments:

Post a Comment