Thursday 23 May 2013

5 CARA MENAMBAT CINTA WANITA

Tahun tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan ramai lelaki berusia 40-an masih kekal berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin. Kajian juga menunjukkan ramai wanita berusia 30-an masih belum mempunyai pasangan.
Antara sebab situasi ini berlaku ialah ketakutan si wanita untuk mempercayai si lelaki dan si lelaki pula rasa ragu dan bimbang untuk memikat wanita. Ramai lelaki melabelkan wanita senang ditawan terutama dengan rupa dan harta.
Biarpun wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah emosi terdapat lima tip utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.

Jadilah lelaki sejati
Paling utama anda perlu menjadi seorang lelaki sejati. Tak perlu tampil gagah perkasa tetapi sejati idaman wanita ialah anda berpewatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati.
Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tak boleh menjadi tetapi berpada-pada. Asasnya, katakan dan luahkan yang benar, bukan menyembunyikan fakta hingga akhir nanti yang dusta dan mewujudkan duka. Sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua, bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi. Fitrah wanita ingin dijaga kebajikan dirinya dan bukan dia yang perlu dijaga. Wanita juga ingin didominasi oleh lelakui, bukan wanita yang perlu tentukan segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukan sampai hak wanita untuk bersuara dikesampingkan. Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan daripada wanita juga.
Jangan berdusta
Buka saja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didusta. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau ayat yang lebih hormat bohong sunat. Elakkan bohong sunat ini tetapi secara berhikmah ucapkanlah kebenaran. Biar kenyataan itu terlalu pahit nyatakanlah kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi takkan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan perdustaan. Lantas, wahai lelaki sentiaslah amalkan sikap jujur dan berterus terang. Dalam perhubungan perkahwinan ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar ini. Ramai yang memegang prinsip daripada katakan yang benar boleh lukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar bila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab isteri percaya ; jika suami benar ikhas dan sayang ; suami perlu berterus terang. Sama juga dalam isu khianat kasih bila si suami mempunyai orang ketiga. Istei yang mengetahu secara tulus daripada suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakannya dalam diam.
Ambil berat dan prihatin
Wanita akan mengetepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuat wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatannya, emosinya, ujian kehidupannya, perkara kegemarannya malah cerita-cerita kelakarnya. Dia tak perlukan nasihat bagai kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya. Wanita ideal tidak dambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.
Komunikasi unggul
Wanita ingin sentiasa didampingi, bukan berdampingan daripada aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu jawapan khabar dari anda. Penantian tanpa sebarang maklum balas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan lagi. Komunikasi unggul yang perlu dipratikkan sebagai jaminan hati wanita ditakluki ialah wujudkan komunikasi tanpa batas. Seringlah berhubung walau sekadar satu mesej ringkas menanyakan khabar, juga sentiasa berterus terang. Jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana tika itu, anda perlu lakuakan sesuatu yang lebih penting. Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberi kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh buatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.
Terima dia seadanya
Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh dubah, lafazkan dengan penuh hikmah, bukanmencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik. Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tida, suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri. Jika anda sanggup menerima wanita pilihan anda seadanya, anda akan jadi manusia paling bahagia dalam menjalani kehidupan ini, Insya-Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment