Thursday 23 May 2013

KEHAMILAN - 5 SITUASI MEMERLUKAN BED REST

Tujuan bedrest ini adalah agar tubuh ibu bersedia sepenuhnya dengan perkembangan janin. Walaupun, bakal ibu perlu berada di atas katil sepanjang hari, mereka masih boleh melakukan aktiviti asalkan ia bersesuaian seperti yang disarankan oleh doktor yang merawat.
Dalam keadaan tertentu sememangnya bakal ibu perlu menjalani bedrest secara sepenuhnya yang mana mereka perlu berada di atas tempat tidur. Arahan yang diberikan doktor ini perlu dipatuhi agar proses pemulihan kesihatan berjalan dengan baik.
Wanita hamil yang berada dalam keadaan ini dilarang baring menelentang kerana ia boleh membuatkan pembuluh darah utama tetindih oleh rahim. Justeru, bakal ibu perlu baring secara mengiring agar darah bergerak ke uri dengan lebih lancar

Situasi bed rest
- Berhadapan dengan risiko pramatang boleh menyebabkan bakal ibu perlu menjalani bed rest. Tandanya apabila bakal ibu mula merasakan kontraksi sebelum tempoh bersalin.
- Masalah yang dihadapi berkaitan dengan pintu rahim juga memerlukan bakal ibu perlu berehat di atas katil. Keadaanpintu rahim yang lemah menyebabkan ia mudah terbuka akibat tekanan janin. Posisi baring akan mengurangkan tekanan pada pintu rahim. Selain menggunakan ubat-ubatan untuk mengurangkan risiko kontraksi kehamilan sehingga menyebabkan bersalin awal, bedrest adalah kaedah lain yang akan digunakan. Begitu juga sekiranya bakal ibu berhadapan dengan pendarahan atau uri kebawah. Namun tempoh bedrest itu bergantung kepada keadaan pendarahan yang dialami oleh bakal ibu. Begitu juga sekiranya ibu mengalamikeadaan pecah air ketuban sebelum waktunya. Bakal ibu akan dinasihatkan agar tidak meninggalkan tempat tidur malah posisi tidur yang disarankan adalah secara mengiring dengan meletakkan kepala lebih rendah dan kedua-dua kaki lebih tinggi dari badan.
- Terdapat juga bedrest yang membolehkan waniata hamil melakukan aktiviti ringan. Antara komplikasi kehamilannya adalah wanita hamil yang mengalami morning sickness yang teruk. Bagi mengurangkan loya yang keterlaluan, wanita hamil disarankan berehat agar tidak mengalami tekanan akibat tekanan fizikal mahupun mental.
- Wanita hamil yang berhadapan dengan masalah perubatan akibat akibat jangkitan kuman sperti demam, serangan asma, juga mungkin perlu kaedah rawatan bedrest untuk mengurangi masalah yang berlaku.
- Mereka yang berhadapan dengan tekanan darah tinggi (preeklamsia) juga perlu menjalani bedrest. Jika kes mereka masih ringan, mereka masih boleh melakukan aktiviti ringan.
- Kehamilan kembar juga mempunyao risiko untuk kelahiran pramatang. Sekiranya risiko telalu besar, doktor akan menyarankan agar bakal ibu menjalani bedrest.

Lakukan ini
- Walaupun dalam keadaan istirehat yang panjang, bakal ibu masih boleh melakukan aktiviti bermanfaat dan terselamat untuk mengelakkan kebosanan di sepanjang hari.
- Bakal ibu boleh meluangkan waktu untuk membaca novel yang digemari. Setelah itu, cuba lakukan membaca majalah atau bahan bacaan berkaitan dengan kehamilan. Pastinya anda akan lebih teruja dan memahami proses kehamilan yang sedang anda lalui ketika ini. Bagibakal ibu yang kemampuan dan mempunyai teknologi terkini boleh melayari novel online melalui tablet mahupun telefon pintar anda.
- Bakal ibu juga boleh mengambil peluang untuk berbual dengan rakan-rakan mahupun teman terdekat untuk berkongsi apa yang anda alami ketika ini. Melalui kaedah ini, anda dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung dan mengurangkan tekanan yang dialami.
- Tidak salah untuk menggunakan teknologi yang ada misalnya belajar menulis blog, berbelanja secara talian mahupun membalas e-mel daripada teman-teman. Cara ini, anda tidaklah bosan setelah seharian perlu berbaring di atas katil. Jika tidak memiliki kemudaha  teknologi, bakal ibu masih boleh mempraktikkan cara tradisional iaitu menulis diari. Mencatat setiap kejadian yang dialami akan membuatkan anda lebih menghargai kenangan itu selepas janin anda selamat dilahirkan.
- Jangan jadikan bedrest sebagai alasanuntuk anda tidak tampil cantik kala mengandung. Cubalah kenakan beberapa jenis solekan agar kelihatan segar dan menawan. Siapa tahu ia akan menjadi hobi anda kelak.
- Bagi mereka yang mempunyai bakat atau mahir menyulam, boleh gunakan peluang ada untuk menyulam pakaian untuk si kecil. Tidak mengapa jika tidak begitu cantik, asalkan anda mempunyai niat untuk menghadiahkan buat si kecil anda.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment