Tuesday 21 May 2013

KLINIK LELAKI - SUMBER MAKANAN PENUHI KEPERLUAN NUTRISI LELAKI

Dalam memenuhi tuntutan selera harian, anda sebagai lelaki perlu bijak membuat pilihan tepat dalam pengambilan makanan supaya memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan, seimbang dan tidak memudaratkan.
Walaupun terdapat beberapa makanan yang disyorkan perlu diambil setiap hari, keperluan pemakanan adalah berbeza mengikut jantina sekaligus membawa kepada kepelbagaian makanan. Berikut disenaraikan makanan yang perlu diambil oleh lelaki.

Tomato
Buah yang popular ini memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung. Kajian menunjukkan lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat.
Kacang Brazil
Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil dangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolestrol selain sebagai meningkatkan mood.
Kubis
Kubis dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Telur
Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaian adalah mudah iaitu telur. Ini kerana telur merupakan sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut. Malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik. Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.
Beri biru
Beri biru mempunyai kaitan dengan penuruna  risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori  berkaitan usia dan diabetes jenis 2nyang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.
Delima
Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan kolestrol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki. Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.
Bawang putih
Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Jurnal Institut Kanser Nasional menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.
Salmon
Ikan laut ini adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kolestrol LDL atau kolestrol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Bijirin
Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat, baik untuk lelaki dan wanita namun vitamin B di dalamnya memberi manfaat kepada lelaki. Vitamin B9 (folat) memastikan kesihatan sperma, vitamin B7 (biotin) mengurangkan keguguran rambut dan silika membantu pertumbuhan rambut sihat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment