Tuesday 21 May 2013

KLINIK LELAKI - PERUT BUNCIT BUKAN SEKSI TAPI TANDA PENYAKIT MENDEKATI

Buncit pada bahagian perut memang sinonim dengan lelaki. Meski golongan wanita turut sama berhadapan dengan perkara yang sama, namun peratusan lebih terarah kepada golongan lelaki lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumahtangga. Bak kata orang, apabila sudah ada yang menjaga, mudah perut ke depan kerana senang hati.
Awas lelaki! Perut buncit meski kelihatan seksi pada segelintir pihak, ia sebenarnya petanda awal bakal berhadapan penyakit bahaya.

TAKRIFAN
- Perut buncit dalam kalangan lelaki dipanggil 'Apple Type Obesity' iaitu keadaan perut yang berbentuk seperti epal. Jenis obesiti ini memang khusus untuk lelaki dan cenderung mendapatnya disebabkan pengumpulan lemak di satu selaput pada perut yang dinamakan ornental bursa.
- 'Apple Type Obesity' juga disebut Central Obesity iaitu kegemukan yang dilihat di bahagian tengah badan. Ia boleh menyebabkan lemak terkumpul di bahagian jantung dan menggalakkan terjadinya pengerasan dan sumbatan arteri dan meningkatkan kemungkinan diserang sakit jantung.
- Lemak yang terkumpul dibahagian tengah badan ini boleh menghasilkan beberapa hormon yang bahaya kepada badan dalam situasi tertentu. Antaranya ialah adipokines (hormon lemak) yang terdiri daripada visfatin, leptin, adiponectin dan resistin.
- Resistin misalnya boleh menyebabkan rintangan badan kepada insulin. Individu yang mempunyai lemak di abdomen akan menghadapi kurang sensitiviti terhadap insulin, seterusnya mengakibatkan kencing manis.

JENIS LEMAK PERUT BUNCIT
1. Lemak Subkutaneus iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit.
2. Lemak Viseral iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut.
- Lemak viseral yang berada di sekelilingi perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal iaitu vena besar yang membawa darah dari usu ke hati.
- Lemak ini tahan dengan kesan insulin iaitu hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat.
- Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, maka semakin buncitlah orang itu.
- Semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin. Keadaan ini boleh membawa kepada beberapa penyakit. Antara penyakit yang mudah dihidapi ialah sakit jantung, strok, beberapa jenis kanser, diabetes jenis 2 seatkekebalan insulin.

TIP PENCEGAHAN
1. Makan lemak sihat
Berhenti makan nasi dan makanlah makanan rendah lemak seprti roti gandum murni, avokado danminyak zaitun. Jika sukar untuk mengelak makan nasi, ada makanan pengganti yang lain seperti roti, jagung dan sagu.
2. Kurangkan saiz hidangan
Kalau biasanya anda makan nasi dan menambah, kurangkan kepada sepinggan sahaja, jangan tambah. Kajian menunjukkan sekiranya berjaya, berat badan akan turun.
3. Banyakkan senaman kardio.
Apakah senaman kardio? Senaman kardio adalah senaman yang melibatkan seluruh badan dan jantung anda akanberdegup dengan laju. Bila latihan mengangkat beban dapat menguatkan otot anda, lakukan senaman kardio, seperti jogging, berbasikal untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Cara senaman kardio yang lain sepertinberlari dan senamrobik dapat membakar lemak berlebihan dengan syarat anda mesti hentikan pengambilan lemak.
4. Pastikan tidur mencukupi
Kurang tidur akan menyebabkan kadar metabolisme menurun dan sukar bagi badan anda membakar lemak. Manakala terlebih tidur akan menyebabkan badan anda menjadi pasif dan kurang bergerak. Pastikan tidur mencukupi.
5. Berhenti minum minuman bersoda
Minum minuman soda akan menyebabkan anda gemuk dengan cepat kerana pemanis tiruan dalam soda akan membuatkan anda cepat terasa lapar, gantikan air soda dengan air kosong ataupun lemon.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment