Tuesday 21 May 2013

SARAT...TIPS KURANGKAN SAKIT BELAKANG

Apabila perut kian membesar, tidak dinafikan akan timbul rasa tidak selesa, malah ada sesetengah ibu hamil mula merasakannya pada peringkat awal kehamilan. Keadaan ini berlaku disebabkan kandungan yang sedang membesar menyebabkan otot abdomen meregang dan berlaku pwrubahan pada postur badan. Ia sekaligus memberi tekanan ke atas bahagian belakang yang menjadi punca kepada rasa sakit. Antara punca lain sakit belakang ialah pertambahan berat badan yang keterlaluan ketika hamil.

TIPS KURANGKAN SAKIT BELAKANG
1. Pastikan postur badan betul ketika berdiri dan berjalan bagi mengelakkan tekanan pada tulang belakang. Postur ini membantu anda untuk meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagiaan perut dan punggung. Anda juga lebih relaks pada bahagian bahu.
2. Elakkan berdiri terlalu lama dan sehari. Jika anda perlu dududuk terlalu lama di pejabat, pastikan anda bangun dan berjalan di sekitar ruanb pejabat setiap jam.
3. Gunakan bantal kecil untuk diletakkan pada bahagian bawah belakang bagi mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan.
4. Berjalan dengan betul iaitu elakkan berjalan dengan menolak perut ke hadapan kerana lengkungan lumbar yang terhasil pada bahagian bawah sendi belakang badan akibat postur ini akan menyakitkan.
5. Pastikan anda mengenakan pakaian dalam yang selesa. Begitu juga dengan pakaian secara keseluruhannya. Pastikan ia tidak ketat, sebaliknya longgar di bahagian depan.
6. Melakukan senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan dan berjalan.
7. Pastikan posisi tidur yang betul bagi mendapatkan rehat yang mencukupi
8. Elakkan mengangkat benda yang berat dan kurangkan membongkok.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment