Tuesday 21 May 2013

AWAS LELAKI, JAUHI SIKAP INI

Dalam mendampigi dan menambat hati wanita pujaan anda, kaum lelaki harus menjauhi sikap ini. Ia bukan sahaja tidak disukai oleh mereka malah boleh melukakan hati. Jika anda mempunyai sikap ini maka belajarlah untuk mengikisnya bermula dari sekarang.

Panas baran
Jarang sekali sikap ini dikaitkan dengan wanita. Tidak cukup dengan kata-kata biasanya sikap panas baran ini meliputi dengan perbuatan seperti menampar, memukul, menerajang dan sebagainya. Kebanyakan perbuatan begini membuatkan wanita trauma dan fobia malah timbul rasa benci. Sebaiknya kawal diri kerana pasangan adalah untuk disayangi dan bukannya menjadi mangsa sepak terajang.
Terlalu mengongkong
Mungkin kita pernah mendengar cerita bahawa lelaki suka mengongkong. Baik dari segi pengerakan, pengaulan, pakaian dan sebagainya. Sikap begini membuatkan wanita cepat bosan dan mungkin anda ditinggalkan.
Egoistik
Tidak hanya panas baran tetapi lelaki juga dikenali dengan sikap egonya. Biasanya sikap ini terserlah apabila memberi pendapat. Lelaki ego merasakan idea mereka adalah hebat manakala idea orang lain semuanya tidak berguna. Begitu juga kalau bergaduh, lelaki ego biasanya tidak mahu mengalah atau memujuk sebaliknya merasakan diri mereka betul selalu.
Pantang melihat wanita cantik
Pasti anda pernah bergaduh dengan pasangan anda perihal yang satu ini. Lelaki umumnya tidak pernah puas dengan satu pasangan. Biar sudah ada pasangan yang cantik, mereka tetap akan melirik pada yang lebih cantik.
Curang
Perbuatan ini sukar dimaafkan. Ramai yang curang pada pasangan baik ketika sedang bercinta mahu pun sesudah perkahwinan. Tidak kira lelaki mahu pun perempuan, perbuatan yang satu ini sukar dimaafkan dan ia lebih sukar jika dilakukan oleh lelaki yang sudah berkahwin.
Tidak sensitif
Ramai pasangan yang bergadun kerana ketidaksefahaman. Kata mereka, lelaki biasanya kurang sensitif dan kurang memahami kehendak wanita. Sebaiknya apabila anda sudah bertemu Mrs. Right, jagalah ia sebaik mungkin kerana anda mungkin tidak boleh bertemu yang lebih baik darinya.
Lebihkan kawan-kawan
Jom tengok bola. Jom memancing. Itu antara hobi lelaki dan biasanya mereka jarang menolak ajakan kawan-kawan yang 'sekepala'. Yang makan hati biasanya pasangan mereka. Demi menjaga hubungan, sebaiknya tolenrasilah hal ini dengan pasangan kerana tidak rugi jika anda berbuat demikian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment