Thursday 23 May 2013

JANGAN RAMBANG MATA BELI BARANGAN BAYI

Bagi anda yang bergelar ibu bapa, tentunya ghairah untuk membuat persediaan untuk menyambut orang baru. Tidak sukar untuk mendapatkan kelengkapan bayi hari ini. Jika tidak mengunjungi pusat membeli belah untuk berbelanja, anda boleh sahaja menjenguk begitu banyak laman web yang menawarkan produk bayi. Kemudahan ini sudah tentunya memberi anda banyak pilihan dan membuat anda rambang mata.
Bagi mengelakkan pembaziran, ikuti tip berikut agar barangan yang dibeli dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan pembelian tersebut berdasarkan kemahuan anda semata-mata kerana ia akan menjadi sia-sia dan akhirnya tidak terpakai.

1. Info mengenai kedai barangan
Sebelum berbelanja, cari informasi dari keluarga atau teman yang sudah berpengalaman. Utamakan mencari kedai yang menjual barang yang berkualiti dan menawarkan harga berpatutan. Jika anda memilih untuk berbelanja secara online, pastikan ia boleh dipercayai.
2. Kelengkapan yang diperlukan
Kenal pasti keperluan yang mesti ada atau boleh ditunda. Sebelum berbelanja, sediakan semua senarai barangan yang diperlukan oleh bayi anda. Kemudian, tentukan sama ada ia keperluan yang penting dan mesti dibeli atau sekadar memenuhi kperluan anda. Membuat senarai ini penting untuk membantu anda fokus ketika berbelanja dan tidak sesekali terpengaruh apabila melihat barangan yang ada di kedai peralatan bayi. Dahulukan barangan yang ada di dalam senarai anda.
3. Catat harga
Jangan lupa mencatat harga pasaran untuk barangan yang akan anda beli agar anda mendapat gambaran harga dan setiap kedai. Bandingkan harga dan beberapa kedai kerana kerana terdapat beberapa penjual yang menawarkan harga yang lebih murah untuk beberapa barang tertentu.

TELITI SEBELUM MEMBELI

Pakaian bayi
Kaum wanita selalu kalah bila melihat baju yang comel. Sering kali faktor tersebut mempengaruhi pembelian anda. Sebaiknya pilih fabrik yang lembut dan mudah menyerap peluh. Dalam keghairahan anda membeli pakaian bayi, jangan lupa bahawa tubuh bayi cepat membesar. Hanya sempat dipakai untuk beberapa bulan sahaja.
Lampin
Lampain menjadi satu keperluan yang wajib ada. Terdapat banayak pilihan sama ada lampin kain, pkaai buang mahupun lampinmoden yang bersifat mesra alam. Setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Tepuk dada, tanya selera.
Kelengkapan penyusuan
Hari ini, penyusuan susu ibu amat digalakkan. Dengan bantuan kelengkapan sperti pam susu, pakaian dan coli khas akan memudahkan lagi penyusuan terutamanya di tempat awam. Peruntukan wang untuk tujuan ini agar bayi anda mendapat khasiat terbaik dari susu ibu.
Kerusi bayi
Ini keperluan yang tidak kurang pentingnya terutamanya jika anda menghantar bayi ke rumah pengasuh atau pusat jagaan. Dapatkan kerusi bayi yang boleh digunakan seawal usia kelahiran hingga berusia empat tahun agar pembelian tesebut berbaloi. Utamkan keselamatan bayi anda.
Permainan
Jika anda berhasrat untuk membeli permainan, pilih yang sesuai untuk bayi seperti tiada bahagian kecil yang boleh menyebabkan tertelan dan tidak mengandungi bahan berbahaya. Cari permainan yang sesuai dengan umur bayi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment