Sunday 31 March 2013

TIP PERKAHWINAN JARAK JAUH-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

Hubungan jarak jauh selepas berkahwin memang memeritkan dan banyak cabaran. Meski ramai yang tidak merelakan ia terjadi namun tuntutan kerja ada kala menyebabkan anda hidup terpisah suami isteri.
Bagi menjaga keharmonian rumah tangga ketika perkaraini harus dilalui maka anda perlu mengelakkan perkara berikut :

Cemburu buta
Cemburu dalam perkahwinan adalah perkara yang biasa tetapi jika keterlaluan, ia mampu mengundang bahaya. Lebih lebih lagi apabila anda dan pasangan tidak selalu bertentang mata. Oleh itu, cuba buang jauh-jauh perasaan cemburu seprti ini. Biasanya ia berpunca dari kurangnya rasa percaya terhadap pasangn ataupun diri sendiri. Oleh itu, perbaikilah kelemahan tersenpbut demi kesejahteraan keluarga anda.
Menyimpan rahsia
Perkahwinan seharusnya berlangsung secara telus. Dalam erti kata lain, tiada perkara yang perlu dirahsiakan, lebih lebih apabila anda dan pasangan anda berjauhan. Jangan sesekali menyembunyikan rahsia dari pasangan. Mungkin satu masa nanti apabula diketahui sendiri, anda juga terpaksa menahan telinga keran tercetusnya "perang dunia kedua."
Percaya khabar angin
Nama pun khabar angin jadi jangan terima bulat-bulat.  Timbang dengan baik sebelum membuat sebarang penilaian. Mungkin ia fitnah yang sengaja ditiup bagi menguji sejauh mana cinta dan kepercayaan anda terhadap pasangan. Jalan terbaik adalah melakukan sesikit penyiasatan. Mungkin anda boleh tanyakan pada pasangan sekiranya berita tersebut benar-benar menganggu kehidupan seharian anda.

Published with Blogger-droid v2.0.10

WASPADA BENGKAK KAKI BERPANJANGAN

Kaki bengkak semasa hamil biasa berlaku di kalangan bakal ibu. Perkara ini normal bagi mereka namun apabila ia berlaku, bakal ibu perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Jika ia berlarutan dikhuatiri ia mempunyai kesan sampingan yang lain. Pembengkakkan atau edema sepanjang kehamilan sering berlaku terutamanya pada akhir trimester. Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan wanita hamil yang mengalami keadaan bengkak ini pada usia kehamilannya lima bulan. Bagaimanakah pembengkakkan ini boleh berlaku? Wanita hamil akan menghasilkan darah dan cecair dalam tubuh mereka 30 peratus lebih banyak berbanding wanita biasa. Keadaan ini berlaku bagi memenuhi keperluan perkembangan janin di dalam kandungan.  Oleh dengan demikian, peningkatan cecair itulah yang memungkinkan berlakunya pembengkakkan pada bahagian-bahagian tubuh wanita hamil. Selain itu, gangguan pada kitaran darah juga boleh menyebabkan berlakunya pembengkakkan. Antara lain yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kanting rahim yang semakin membesar dan memberi tekanan kepada pembuluh darah di bahagian pinggul dan vena. Graviti bumi juga menjadi pemangkin menyebabkan tarikan ke bawah. Atas faktor ini, kebanyakan wanita hamil mengalami pembengkakkan di bahagian kaki. Bengkak yang dialami oleh wanita hamil akan menjadi bertambah teruk setelah memasuki penghujung hari iaitu pada sebelah petang atau malam. Ia siakibatkan aktiviti berdiri terlalu lama atau terdedah kepada terik mentari di sepanjang hari. Tidak dinafikan juga keadaan bengkak ini boleh berlaku di bahagian tangan, wajah anggota-anggota lain pada tubuh. Perlu diketahui, keadaan bengkak yang berlaku semasa hamil bukanlah satu masalah besar yang perlu dirisaukan. Walau bagaimanapun, keadaan ini tetap memberi ketidakselesaan kepada wanita hamil. Keadaan ini dapat dikurangkan dengan berehat seketika mahupun tidur pada sebelah malam. Namun bakal ibu perlu mengambil lagkah berjaga-jaga sekiranya mengalami pembengkakkan secara berpanjangan.  Mereka perlu mendapatkan rawatan daripada doktor kerana dikhuatiri keadaan yang berlaku menjadi tanda bahawa bakal ibu berisiko untuk mengalami komplikasi kehamilan yang dikenali sebagai pre-eklampsia.

TIGA KAEDAH ATASI BENGKAK
Kaki yang membengkak dan terasa berat akibat cecair dalam tubuh sepanjang kehamilan boleh dikurangkan dengan tiga langkah mudah ini. Pastinya latihan ini tidak memberi kemudaratan kepada bakal ibu. Sebaik sahaja melakukan senaman ini, naikkan kaki ke atas sofa dan minta bantuan suami melakukan urutan.
Ankle pump
Dekatkan diri anda pada tangga. Pegang tangga dengan tangan anda. Berdiri dengan tapak kaki diletakkan pada tepi tangga yang paling rendah. Kemudian turunkan tumit. Secara perlahan-lahan angkat tumit sehingga posisi menjinjit. Lakukan dua pusingan yang mana setiapnya diulang sebanyak 20 kali.
Toe circle
Bakal ibu duduk di kerusi, angkat satu kaki dan gerakkan seolah olah menggambarkan huruf-huruf di udara dengan jari kaki anda. Lakukan set menulis huruf A hingga Z pada jari kaki anda. Senaman seperti ini juga boleh dilakukan sambil berbaring.
Towel scrunches
Duduk di kerusi, bentangkan tuala kecil di atas lantai iaitu berdepan dengan kerusi. Ambil tuala kexil itu dengan jari jemari sebelah kaki dan gerakkan mendekati anda. Lakukan senaman in sebanyak empat pusingan pada setiap kaki.

MENGURANGKAN RISIKO PRE-EKLAMPSIA
Bengkak pada kaki berkemungkinan boleh mengundang risiko pre-eklampsia. Seharusnya bakal ibu harus mengambil langkah berjaga-jaga. Justeru, bakal ibu boleh mempraktikkan keadaan mudah di bawah untuk mengurangkan risiko yang bakal berlaku.
Ibu hamil perlu mengambil makanan tambahan seperti multivitamin untuk keperluan tubuhnya. Mengambil asid folik sepanjang kehamilan boleh mengurangkan peratus pre-eklampsia sehingga 50 peratus. Digalakkan juga mengambil makanan berserat. Ini kerana mengikut kajian memakan buah dan sayuran boleh mengurangkan risiko pre-eklampsia. Ibu hamil perlu mendapatkan raeatan pergigian. Hal ini kerana bakteria boleh merosakkan gigi boleh menjadi pemangkin pre-eklampsia. Justeru, mereka perlu menggosok gigi sekurang kurangnya dua kali sehari dan menggunakan flos. Bakal ibu perlu mempraktikkan amalan berjalan. Berdasarkan kajian, wanita hamil yang berjalan kaki secara teratur berisiko rendah untuk mengalami pre-eklampsia berbanding wanita hamil yang malas berjalan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 PENYAKIT SENYAP BAWA MUDARAT KEPADA LELAKI

Selagi sakit tidak teruk atau serius selagi itulah tidak akan berjumpa doktor, inilah pegangan ramai lelaki. Walaupun masalah kesihatan yang dihadapi itu memerlukan rawatan namun sesetengah lelaki tidak ambil kisah tentangnya. Contohnya seperti penyakit di bawah ini jika diabaikan boleh membawa masalah besar terhadap kesihatan mereka. Dapatkan rawatan sebelum terlambat.

Darah tinggi
Ia boleh membunuh secara perlahan kecualilah tekanan darah selalu diperiksa. Sekiranya dibiarkan, tekan darah tinggi akan menjejaskan sistem tubuh hingga mampu menyebabkan serangan jantung, kerosakan hati, buah pinggang, strok dan juga kerosakan otak. Aakah simptom tekan darah semakin tinggi? Tiada petanda dan anda sendiri mungkin tidak perasan tentangnya. Namun tekanan darah tinggi yang kronik akan menyebabkan keletihan, kekeliruan, kekaburan penglihatan, sakit dada dan sebagainya. Semua lelaki berpotensi untuk menghidap penyakit darah tinggi ini. Sehingga kini doktor mahupun saintis masih belum dapat memastikan penyebabnya secara jelas namun ia dipercayai oleh faktor keturunan, diet dan juga tekanan. Masalah berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
Ulser peptik
Ia disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori. Bakteria ini melemahkan mukus yang melindungi selaput perut daripada asid. Selepas ia melemahkan pendinding ini, ia akan menembusi bahagian selaput perut. Bakteria akan membiak di situ dan dalam masa yang sama asid dalamperut akan memakan tisu tisu yang sudah tidak dilindungi lagi. Disinilah ulser bermula. Selalunya satu daripada sepuluh orang akan mengalami ulser peptik namun ia bagaimanapun lebih biasa dihadapi oleh golongan lelaki berbanding wanita. Simptom untuk ulser peptik ini adalah terasa sakit di bahagian perut. Kesakitan akan berterusan selama beberapa hari ataupun beberapa minggu. Selalunya rasa sakit akan berlaku selepas dua atau tiga jam selepas makan dan juga pada waktu malam ketika perut kosong. Bagaimanapun semua simptom ini selalunya disamakan dengan masalah ketidakhadaman dan inilah yang kerap kali memuatkan masalah ulser selalu terabai.
Hiatal Hernias
Lelaki selalunya jarang mahu mengakui mereka mengalami sakit perut. Masalah ini menjejaskan imej kuat seorang lelaki. Itulah sebabnya mengapa hiatal hernia yang menyebabkan masalah pedih ulu hati selalu diabaikan. Ia sebenarnya adalah masalah mekanikal yang mana terdapat bahagian perut yang ditekan masuk ke dalam ruang diafragma ke dalam rongga dada. Ini akan menyebabkan asid refluk dan juga pedih ulu hati. Untuk mengenali masalah hiatal hernia mungkin agak mengelirukan. Ada hernia yang tidak mempunyai simptom manakala hernia yang serius pula boleh menyebabkan pedih ulu hati dan sakit dada. Simptom yang sama juga boleh disebabkan anda mengambil terlalu banyak makanan. Tapi rasa sakit berterusan maka ia mungkin menjurus kepada masalah hernia.
Carpal Tunnel Syndrome atau kecederaan stress berulang
60 peratus pekerjaan di dunia akan berkaitan dengan kecederaan stress berulang.  Ramai di antara kita bekerja di depan komputer, menaip menggunakan tangan dan juga jari jemari. Kesemua tugasan yang berterusan tanpa rehat akan menyebabkan tangan, pergelangan tangan, lengan dan bahu akan tertekan. Bagaimanapun kebanyakan lelaki lebih rela menahan rasa sakit tersebut daripada mengakui mereka berasa sakit akibat menaip. Apakah yang dimaksudkan dengan Carpal Tunnel? Ia adalah saluran kecil di bahagian pergelangan tangan yang mengandungi saraf median yang tugasnya menghantar dan menerima signal dari ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan jari hantu anda. Apabila saluran kebil ini mengalami iritasi, ia akan menjejaskan saraf menyebabkan rasa kebas, lemah dan sakit di bahagian jari. Wanita memang kerap berhadapan dengan masalah ini namun itu tidak bermakna lelaki tidak menghadapi kecederaan stress berulang ini ketika pertengahan usia apatah lagi ketika usia ini mereka masih melakukan kerja-kerja yang banyak menggunakan tenaga di bahagian tangan seperti, menggunakan gergaji elektrik, kerusi, penukul dan sebagainya.

Published with Blogger-droid v2.0.10

15 CARA KURANGKAN BAJET PERKAHWINAN

Setiap bakal pengantin mengimpikan majlis yang indah. Mungkin ada yang inginkan majlis yang penuh glamor dan mewah tetapi sudahnya menanggung hutang dan sengsara diri. Oleh itu, jika anda sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, rancanglah bajet perkahwinan mengikut kemampuan. Berikut dikongsi panduan untuk menjimatkan wang dalam kerja kahwin anda. Tentunya ia tetap meriah biarpun diadakan dengan penuh kesederhanaan.
1. Tetapkan jumlah tetamu supaya anda dapat merancang bajet perjkahwinan dengan baik. Ini memudahkan anda membuat anggaran hidangan makanan, cenderamata, persediaan kad perkahwinan dan lain lain.
2. Lebih baik sebenarnya jika majlis perkahwinan dilakukan secara gotong royong. Bukan sahaja menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah tetapi ia juga mengukuhkan ukhuwah di kalangan tetangga.
3. Elakkan membuat majlis perkahwinan ketika cuti sekolah. Sememangnya ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan ketika musim cuti sekolah kerana mahu ramai sanak saudara hadir. Namun anda harus sedar bahawa ketika ini harga barangan agak mahal.
4. Hantaran dan hiasan pelamin pada masa kini sering menggunakan bunga segar sebagai gubahan. Walaupun begitu, tidak salah jika anda terus menggunakan bunga tiruan sahaja kerana kosnya yang lebih murah dan tahan lama. Jika anda kreatif, tentunya bunga tiruan ini boleh digubah untuk digunakan sebagai hiasan kediaman.
5. Buat tempahan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan sewaktu promosi. Biasanya diskaun hebat diberikan ketika promosi dijalankan.
6. Elakkan dari menempah pakaian yang baru. Lebih menjimatkan jika anda menyewa sahaja yang telah siap dijahit. Ini kerana tempahan pakaian baru, biarpun anda pemakai pertama, ia lebih mahal kerana kos upah dan pembelian material. Ingatlah, anda hanya menggunakan untuk tempoh yang sekejap sahaja.
7. Elak berbalas hantaran dgn jumlah yang besar. Sekadar tujuh dibalas lima itu sudah cukup. Anda jga disarankan membeli barangan untuk hantaran ketika jualan murah diadakan. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik di mata sahaja dan kemudian terbiar di dalam almari.
8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan dalam satu hari. Misalnya akad nikah diadakan pada waktu pagi manakala persandingan pada tengah hari. Cara ini, boleh menjimatkan perbelanjaan untuk tujuan jamuan. Sekiranya anda tetap mahu melakukan dua acara berasingan, hadkan jumlah tetamu pada majlis akad nikah sebaliknya undang rakan taulan pada majlis persandingan.
9. Tidak menempah kad undangan terlalu mahal. Ini kerana fungsi kad undangan adalah untuk memaklumkan mengenai majlis tersebut dan tentunya ia akan dibuang selepas tetamu memenuhi jemputan anda. Anda boleh juga menggunakan saluran lain seperti laman sosial, telefon, e-mel ataupun pesanan ringkas.
10. Menjemput kumpulan muzik dan kugiran memerlukan kos tambahan. Tidak perlu berfikir panjang. Jimatkan wang anda dengan memasang CD lagu sahaja.
11. Mungkin ramai yang tidak tahu salah satu cara yang selamat untuk mengawal perbelanjaan anda dengan membuka satu akaun khas untuk perbelanjaan kerja kahwin sahaja. Ini dapat memastikan yang anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda.
12. Jadikan insan yang kreatif untuk mengubah sendiri hantaran perkahwinan, kamar beradu dan lain lain. Ada kalanya membuat sendiri jauh adalah lebih jauh menjimatkan wanb anda dan pastinya memberi kepuasan sebenar.
13. Lakukan tinjauan dan tanya rakan-rakan tentang perkhidmatan yang murah tetapi mampu membekalkan perkhidmatan yang baik.
14. Rajin-rajinlah menyelak akhbar mahupun majalah. Ringankan tangan anda untuk mengisi peraduan pakej berbulan madu misalnya. Mungkin rezeki anda untuk mendapat hadiah tersebut. Tidak sia-sia jika anda berbulan madu tanpa mengeluarkan wang.
15. Sediakan senarai semak. Ini penting dan perlu dilakukan sedari awal lagi. Melalui senarai semak ini, anda boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan ia juga memudahkan anda untuk mengenal pasti perkara yang belum atau telah anda lakukan mahupun sediakan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

6 CARA ROMANTIK DENGAN ISTERI

Wanita cukup terkenal dengan kecantikan, kelembutan dan kehalusan perlakuannya. Pastinya sifat-sifat inilah yang membuatkan lelaki tergoda dan lemah bila bertentangan mata.
Oleh itu tidak hairanlah jika mereka sentiasa mengimpikan satu layanan yang mesra, manja dan penuh kasih sayang dari pasangan yang dicintai sepenuh hati. Tak kiralah usia perkahwinan sudah menjangkau puluhan tahun, perkara romantik tetap diharapkan sepertimana yang pernah dilalui ketika bergelar pengantin baru. Tetapi, tidak semua bertuah kerana semakan lama bersama, semakin banyak kekurangannya. Kebanyakan isteri sukar berterus terang dengan suami agar bersikap romantik kepadanya. Tak usahlah selalu, sekali sekala pun tidak mengapa asalkan ia masih dipraktikkan selama mana melayari rumahtangga. Hakikatnya, impian isteri ini bukanlah sesukar mana pun. Setakat keluar makan malam bersama, jalan berpimpin tangan mahupun kucupan mesra sebelum keluar dari rumah. Rasanya semua itu mudah sahaja dilakukan. Bagaimanpun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mungkin dgn langkah pertama mampu membuahkan langkah-langkah seterusnya. Buat lelaki yang bergelar suami, bersikap romantiklah kepada isteri. Sekalipun tidak diminta tetapi itulah yang membuatkan pasangan anda bahagia.

Lafazkan I Love You
Kalau masa bercinta dahulu, ucapan I Love You pasti menjadi perkataan wajib disebut kepada pasangan. Tak kiralah dalam telefon atau setiap kali berjumpa, ia seakan 'pakaian' yang harus digunakan sepanjang masa. Tetapi setelah berumahtangga, perkataan ini cukup jarang kedengaran. Apatah lagi apabila perkahwinan sudah masuk ke peringkat senja. Malu bila ingin mengucapnya. Sebenarnya, apa yang diingini isteri adalah ucapan tersebut keluar dari mulut suaminya. Walaupun bukan setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan tetapi ucapan tersebut masih relevan dalam perkahwinan mereka. Memanglah perasaan kasih dan cinta itu telah dizahirkan melalui perbuatan tetapi bagi wanita ia masih belum lengkap dgn luahan kata kata. Bukannya payah pun. Bisikkan sahaja perkataan I Love You ke telinganya. Itu pun sudah menampakkan sikap romantik anda.
Tak salah panggil 'Sayang'
Benarlah kata orang bahawa waktu bercinta dan berumahtangga memang banyak perbezaannya. Kalau dahulu, bermacam panggilan keluar dari mulut. Sekejap sayang, sekejap abang, sekejap darling, sekejap honey. Semuanya bagi menampakkan betapa sayangnya anda pada pasangan ketika diketika itu. Namun setelah berkahwin, panggilan yang lazim kedengaran ialah nama isteri sahaja. Itu pun kadangkala dengan nada yang keras. Apa salahnya gunakan gelaran di zaman bercinta setelah mendirikan rumah tangga. Gunakalah panggilan sayang untuk berinteraksi dengan pasangan. Sudah pasti bergetar jantungnya mendengar panggilan yang jarang-jarang keluar dari mulut anda.
Ciuman yang tidak disangka
Walaupun zaman bercinta telah lama berlalu dan perkahwinan mencapai usia belasan tahun tetapi isteri tetap isteri. Hati mereka tidak pernah berubah walaupun sedetik. Perhatian dan kasih sayang sentiasa didambakan dari suami yang dicintai. Mudahnya, semua itu boleh diluahkan dgn ciuman, apatah lagi jika "dihadiahkan" secara spontan. Pastinya, ciuman tersebut akan mengembalikan segala nostalgia ketika melalui zaman bercinta. Mungkin ketika isteri sedang memasak didapur atau sedang mengikat tali leher anda, ciuman itu boleh dikucup ke dahinya. Romantik bukan.
Hadiah baju tidur
Sejauh mana berdikari pun seorang isteri tetapi mereka tetap mwngharapkan perhatian dan belaian dari suami yang dicintai. Terutamanya dalam hal yang tidak suami lakukan kepada wanita-wanita lain. Sebagai contoh pemilihan baju tidur. Tidak dinafikan, isteri boleh membelinya sendiri tetapi lebih bermakna dan bernilai apabila suami yang memilih dan menghadiahkannya. Secar tidak langsung, suami telah memberitahu tentang citarasanya.
Romantik bila berpegangan tangan
Mungkin segelintir suami menganggap, berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan jalan adalah satu perkara yang remeh. Malah tak kurang juga yang malu untuk melakukannya lebih-lebih lagi apabila usia makin meningkat. Bimbang dikatakan orang buang tabiat. Tetapi sebenarnya, inilah kemesraan yang mudah dilakukan. Sekalipun sudah beranak pinak tetapi budaya berpimpin tangan menunjukkan betapa prihatinnya suami terhadap keselamatan isterinya malah di situ juga mencambahkan kasih sayang. Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang membawa maksud "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan maka luruhlah dosa-dosa di celah-celah jari mereka."
Telefon dan pesanan ringkas cipta hubungan bahagia
Isteri yang bekerja pastinya tertekan dengan bebanan tugas dan fail bertimbun di atas meja. Tetapi apabila nama suami tertera di skrin telefon, seakan hilang segala tekanan yang dirasai. Apatah lagi, panggilan trsebut di luar jangkaan malah topiknya juga menunjukkan keprihatinan suami kepada anda.  Cara ini benar-benar membuatkan isteri rasa dirinya dihargai dan diperlukan.  Walaupun perbualan berdurasi sepuluh minit tetapi kesannya terasa sepanjang hari. Mudah bukan. Tidak banyak pembaziran yang berlaku malah ia berupaya meningkatkan perasaan kasih dan cinta di hati masing-masing. Amalkanlah agar rumah tangga anda sentiasa aman dan bahagia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

GERAKAN MUDAH UNTUK BAKAR KALORI

Olahraga sering kali tergendala disebabkan banyak alasan. Paling sering didengarkan adalah kurang fasiliti atau kemudahan berolahraga dan tidak kurang juga yang tiada masa terluang untuk melakukan aktiviti tesebut. Ini semua, adalah lazim yang digunakan untuk meninggalkan aktiviti yang penting ini. Alasan seperti ini tidak sepatutnya timbul jika anda benar-benar pentingkan soal kesihatan tubuh badan. Gerakan mudah secara sambilan sahaja pun boleh dikira sebagai aktiviti yang menyihatkan yang boleh membakar kalori. Apa yang penting, niat dan motivasi mesti kuat. Berikut adalah beberapa gerakan ringan yang boleh membakar kalori dengan banyak. Cukup hanya melakukan selama lima minit sahaja. Cubalah!!
Lompat
Melompat bukanlah hal yang sukar. Hanya dalam lima minit melompat anda boleh membakar sebanyak 68 kalori. Bayangkan jika anda dapat melakukannya dengan lebih lama.
Lari
Tidak perlu lari dengan intensiti yang tinggi. Berlari santai juga boleh dilakukan selama lima minit di dalam taman, mahupun di lajman rumah. Anda boleh membakar 62 kalori. Gabungan berlari dan melompat juga boleh membantu membakar lebih banyak kalori.
Kerja rumah
Selain membersihkan rumah, aktiviti menyapu, mengelap habuk, mengemas dan sebagainya boleh juga membakar 34 kalori. Dalam tempoh 30 minit anda mengemas keseluruhan rumah sudah banyak kalori yang dapat dibakar. Badan lebih ringan dan segar walaupun hanya membersihkan rumah. Jadi, jangan malas bersihkan rumah anda.
Membeli-belah
Aktiviti ini memang paling digemari wanita. Kegiatan ini memerlukan anda aktif bergerak dan berjalan. Lima minit boleh membakar 22 kalori, dan tentunya aktiviti ini lebih banyak memakan masa bukan, apatah lagi apabila anda berniat untuk berpusing-pusing di seluruh kompleks membeli belah.
Naik tangga
Jangan benci pada tangga. Pilihlah tangga berbanding eskalator atau lif. Ini kerana, lima minit menaiki tangga anda boleh kurangkan 36 kalori dari tubuh anda.
Regangan
Melakukan aktiviti regangan pada bola memerlukan keseimbangan tubuh. Bukan hanya ia boleh membuatkan otot tubuh lebih lentur, latihan dengan menggunakan bola keseimbangan ini boleh membakar sebanyak 58 kalori.
Bemain pingpong
Gerakan aktif dalam permainan ini boleh membakar sebanyak 23 kalori. Tentu kebiasaanya anda tidak hanya bermain ping pong dalam masa lima minit bukan. Sekurang kurangnya anda akan bermain satu permainan sehingga tamat. Bukan hanya menyenangkan tetapi juga boleh mengurangkan kalori di dalam tubuh.
Bangkit tubi (push up)
Sambil menonton tv di rumah, apa kata anda berbaring seketika dan ambil masa lima minit anda untuk membuat push up. Jangan risau ketinggalan babak menarik dalam rancangan kegemaran anda. Ambil masa membuat push up ketika iklan seang berlangsung, anda akan membakar sebanyak 45 kalori.
Memasak
Mengolah bahan makanan menjadi suatu hidangan enak bukan sahaja bolehmembuatkan seluruh ahli keluarga gembira, namun sebenarnya dalam tempoh lima minit anda memasak sahaja sudah dapat membakar  26 kalori.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 30 March 2013

KEPUTIHAN BAHAYAKAN WANITA HAMIL

Ketidakseimbangan hormon adalah punca terjadinya simptom keputihan. Bagi ibu-ibu mengandung, ia adalah situasi yang normal apabila cecair yang keluar jernih dan berwarna sediit kekuningan serta likat, menyerupai lendir yang keluar tanpa bau dan kegatalan. Bagaimanapun,  sekiranya lendir tersebut mengeluarkan bau, gatal serta perit sewaktu membuang air kecil ditambah dgn warna yang bertukar sedikit kehijauan atau bercampur dgn darah, maka ia adalah penyakit sekaligus memudaratkan kesihatan si ibu dan janin. Pemeriksaan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Keputihan juga banyak dikaitkan dengan pengambilan makanan yang salah. Sesetengah mengatakan timun dan nenas adalah penyebab utama masalah ini dari terus berlaku. Hakikatnya, ia bukan seperti yang disangka. Tiada makanan tertentu yang boleh dijadikan punca kerana nenas diketahui kaya dengan vitamin C. Begitu juga dengan penggunaan pembersih vagina wanita yang dipercayai boleh mengelakkan masalah keputihan. Sebenarnya,ia bukanlah penyelesaian malah mencetus gangguan terhadap bakteria normal yang wujud di dalam vagina. Meskipun bernama bakteria, namun ia masih diperlukan untuk menyeimbangkan pH vagina agar tiada kuman berbahaya membiak dikawasan berkenaan sekaligus melepaskan diri ibu hamil dari keputihan. Penyakit ini perlu dirawat dan tidak wajar dipandang sebelah mata sahaja. Jika tiada perhatian khusus, maka kesihatan ibu dan janin pasti terjejas. Berikut adalah beberapa jenis masalah yang membahayakan wanita hamil sekiranya mengalami keputihan yang tidak normal:
Chlamydia
Bayi boleh dilahirkan lebih awal dari jangkaan sebenar apabila masalah keputihannya dibawa oleh Chlamydia lantaran selaput ketuban yang pecah. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan keguguran malah lebih teruk lagi kehilangan nyawa ibu dan janin sekiranya tidak ditangani dalm kadar yang segera.
Kuman herpes simpleks
Bayi berisiko terkena penyakit radang otak(ensefalitis) apabial kuman herpes simpleks bercampur dengan keputihan. Jadi, periksalah kesihatan anda di peringkat awal agar penyakit berbahaya seperti ini dapat dielakkan.
Candida albican
Kulat candida yang menjangkiti cairan keputihan meningkatkan risiko terjadinya masalah epilepsi kepada bayi.
Kuman HPV
Bayi boleh terganggu saluran pernafasan dan percernaannya, malah lebih teruk lagi hilang nyawa apabila kuman HPV menjangkiti cairan keputihan ibunya.
Neisserea Gonorrhoea
Bayi berkemungkinan mengalami masalah buta apabila keputihan yang disebabkan oleh neisserea gonorrhoea menjangkitinya. Disebabkan itu, para ibu hamil harus lebih berhati-hati dan peka terhadap perubahan yang berlaku ke atas diri mereka. Risiko berbahaya boleh dikurangkan sekiranya langkah pencegahan dan pemeriksaan telan dilakukan dari awal.

Langkah pencegahan masalah keputihan
1. Elakkan menggunakan sabun wangi untuk mencuci vagina kerana ia boleh mengakibatkan alahan. Begitu juga dengan pantyliner biasa yang dihasilkan dari kertas guna semula dengan bauan bungaan segar. Cara yang paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan air suam yang bersih sahaja. Cukup dengan itu vagina anda akan lebih terpelihara kebersihan dan kesihatannya.
2. Setiap kali membuang air kecil atau besar, pastikan vagina sentiasa berada dalam keadaan kering dan bersih. Dalam masa yang sama, gunakan seluar dalam yang diperbuatkan daripada kapas dan jangan sekali-sekali memakainya jika ia lembap.
3. Jauhi tabiat menyembur air terus ke dalam vagina sewaktu mandi atau membuang air kecil. Perbuatan ini hanya menganggu keseimbangan flora bakteria dalam vagina sekaligus mengakibatkan jangkitan.
4. Usah sesekali menabur bedak ke atas seluar dalam yang ingin digunakan semata-mata beranggapan mampu mengharumkan vagina. Debu-debu yang menyelinap masuk ke dalam kemaluan hanya akan merosakkan sistem peranakan anda.
5. Amalkan diet dari sumber bakteria baik seperti yogurt, susu kultur, sayuran hijau serta bendi. Paling tidak satu minggu sekali yang mana tujuannya adalah untuk menguatkan daya tahan badan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

TIP LANGSING DAN SIHAT

1. Letakkan sasaran untuk turunkan berat badan dan berusaha mencapai impian ini secara perlahan-lahan.
2. Sasaran berat dilakukan secara berperingkat supaya kita tak berasa tertekan.
3. Setiap kali mencapai sasaran in, beli barang kegemaran sebagai hadiah atas kejayaan diri.
4. Dapatkan sokongan moral keluarga dan teman-teman.
5. Bersenam secra berkumpulan lebih menyeronokkan kerana masing-masing bersaing secara sihat menurunkan berat badan.
6. Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi untuk anda menurunkan berat badan.
7. Banyakkan minum air kosong untuk menyingkirkan toksik dalam badan. Iajuga membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.
8. Elakkan makanan berlemak, kolesterol tinggi dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
9. Lakukan senaman secara konsisten, pilih jenis senaman yang digemari seperti aerobik, tarian dan aktiviti lasak.
10. Usah stress tapi turunkan berat badan secara perlahan-lahan.
11. Berfikiran positif dan jangan sesekali berputus asa.
12. Dapatkan informasi dan tunjuk ajar mengenai kaedah diet dan senaman daripada tenaga pakar.

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI SMOOTHIE ENAK DAN MENYIHATKAN

Ramai yang menyedari faedah baik yang diperoleh daripada nutrisi yang mencukupi untuk tubuh badan. Faktor ini mendorong orang ramai untuk memanfaatkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai sumber makanan yang memberi nutrisi lengkap dan menyihatkan. Ada yang mengambilnya begitu sahaja (dimakan mentah) dan ada juga yang digabungkan untuk menghasilkan segelas smoothie yang enak. Bagi penggemar smoothie, tentunya bimbang sekiranya kekerapan menikmati hidangan tersebut boleh memudaratkan kesihatan. Jangan bimbang, ikuti beberapa resepi dibawah yang boleh dicuba. Selain dapat menikmati hidangan smoothie yang enak, ia juga menyihatkan.

Smoothie strawberi dan pisang
Kombinasi buah ini merupakan padanan yang baik untuk segelas smoothie ketika bersarapan mahupun di waktu tengah hari. Hanya dengan menggunakan bahan yang sederhana iaitu 100ml ais dicampur dengan 200ml yogurt asli yang rendah lemak, sebiji buah pisang bersaiz sederhana dan juga secawan strawberi. Tambahkan sesudu besar madu dan lima biji kacang walnut. Kisar kesemua bahan tersebut dan hidangkan sejuk.
Smoothie pisang bersama mentega kacang tanah
Mentega kacang tanah bukan sahaja enak dinikmati bersama roti tetapi juga enak jika ditambahkan bersama pisang untuk segelas smoothie. Caranya, sediakan 100ml ais, 200ml yogurt rendah lemak, sesudu besar mentega kacang, sebiji pisang dan satu sudu teh madu pekat. Campurkan kesemua bahan bersam sedikit susu rendah lemak (jika suka) dan kisar.
Smoothie pisang bersama betik dan kacang walnut
Cukup hanya menyediakan 100ml ais, 200ml yogurt rendah lemak, sebiji pisang, sepotong betik, lima hingga lapan biji kacang walnut dan sesudu kecil serbuk kopi atau serbuk coklat. Campurkan kesemua bahan tadi kecuali serbuk kopi/serbuk coklat dan kisarkan. Masukkan ke dalam gelas smoothie yang telah ditabur dengan serbuk kopi/serbuk coklat.
Smoothie mangga
Warna kuning keemasan diiringi dengan aroma manis buah mangga yang menggoda selera telah menjadikan ia di antara smoothie kegemaran ramai. Rasa enak dan khasiatnya sesuai dijadikan sebagai hidangan yang menyihatkan. Sediakan potongan buah mangga manis, sedikit buah pisang, setengah cawan yogurt rendah lemak, secawan jus oren dan ais secukupnya. Kisar kesemua bahan tadi dan sedia untuk diminum.
Smoothie sarapan
Resepi ini khusus diselitkan di dalam menu sarapan anda. Campurkan segelas yogur rendah lemak, segenggam buah beri dan sepotong pisang segar. Kisar bahan-bahan tadi dan tambahkan sesudu besar biji rami. Untuk rasa lebih sejuk, anda boleh tambahkan ais dan kisar bersama bahan-bahan tadi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 26 March 2013

PEMAKANAN YANG SESUAI WAKTU ALAHAN

Alahan ketika hamil sering dikaitkan dengan masalah melibatkan muntah, loya dan pening kepala sehingga kadang kala menyebabkan bakal ibu mengalami ketidakselesaan. Lazimya, keadaan ini berlaku apabila bakal ibu bangun tidur di awal pagi. Ada juga di kalangan bakal ibu yang mengalaminya sepanjang hari. Malah, lebih teruk ada segelintir individu akan mengalami alahan berlanjutan sehingga bersalin.

Pemakanan sihat
Sama sprti sebelum hamil, pemknan yg sihat merangkumiprotein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Kunci utama untuk mengetahui sama ada bakal ibu telah pun telah mengamalkan pemakanan sihat ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan berbeza-beza mengikut saranan piramid makanan dengan jumlah yang mencukupi. Jangan terlalu khuatir jika mengalami alahan di trimester pertama kerana keadaan ini tidak akan memberi kesan yg besar kpd bayi kerana ia akan mendapatkan zat makanan menerusi bakal ibu apabila sahaja anda makan janji mknan yang di makan berkhasiat. Penying untuk anda mempelbagaikan makanan seharian bagi memperoleh semua keperluan zat makanan yang diperlukan oleh bakal ibu dan juga bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah :
-Buahan dan sayuran. Sasarkan untuk makan 5 hidangan sehari temasuklah menjadikan nya sebagai snek, jus ataupun salad.
-Makanan berkanji sprti roti, nasi, pasta dan ubi kentang. Dlm pada itu, bnyakkan juga mengambil bijirin penuh seperti gandum penuh.
-Makanan berprotein tinggi sprti daging ayam, telur, ikan dan kekacang. Digalakkan utk anda mkn ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
-Makanan berkalsium tinggi sprti susu, yogurt dan keju.
-Makanan berserat tinggi. Jadikan sayuran, buahan, bijirin dan kekacang sbgai mknan kegemaran krna ia boleh mengelakkan masalah sembelit yang kerap berlaku kepada ibu-ibu hamil.

Amalkan
1. Apabila anda sedar di waktu pagi, makan biskut tawar (cracker). Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dlm darah drpd menjadi terlalu rendah. Selepas itu, rhat selama 15 minit terlebin dahulu sebelum bangun drpd katil.
2. Ambil hidangan tertentu dalam hidangan atau kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong setiap dua jam walaupun pada ketika itu anda tidak berasa lapar. Ini dapat elakkan perut kosong terisi dgn asid yang boleh mencetuskan loya.
3. Biasakan diri untuk kerap mengambil snek berkhasiat sprti buahan segar, buahan kering, biskut yogurt dan lain lain di antara sela waktu makan utama.
4. Makanlah apa sahaja yang anda inginkan asalkan berkhasiat tetapi elakkan diri daripada makanan pedas, berlemak dan bergoreng dalam jumlah yang keterlaluan.
5. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas krna biasanya makanan sebegini kurang mempunyai bau yg tnpa disedari boleh menyebabkan bakal ibu loya.
6. Elakkan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan dan merokok.
7. Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk menggantikan bendalir yang hilang. Anda boleh lakukannya dengan meminm segelas air setiap jam.
8. Elakkan minum air yang banyak semasa makan ataupun sebelum atau selepas makan.
9. Legakan perut dgn mengambil makanan yang mengandungi halia. Pengambilan air halia juga boleh mengurangkan ras mual.
10. Minuman berperisa masam yang mengandungi lemon atau limau boleh diminum jika anda tidak berselera mnum air kosong.
11. Pada waktu tertentu di waktu malam, anda jga mungkin berasa lapar ketika terjaga drpd tidur. Jangan tidur dlm keadaan lapar. Elakkannya dgn mengambil kudapan sprti roti atau biskut. Langkah ini merupakan salah satu cara yang dapat mengatasi rasa loya atau mntah.
12. Ambil vitamin pra kehamilan anda selepas makan atau sebelum tidur.

Petua lain hilangkan loya dan muntah
-Makan nasi yg lembut dgn kuah yang direbus seperti singgang mengandungi serai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya di samping menjauhi penyakit gastrik.
-Memamah sedikit gula, asammatau garam yang digaul, sprti asam boi atau jeruk halia muda. Jeruk halia juga dapat melawaskan pembuangan angin.

Penyebab morning sickness

Hormon progesteron
Peningkatan hormon ini mempengaruhi sistem penghadaman anda. Hormon ini menggugat kesemua fungsi metabolisme temasuklah sistem penghadaman. Akibatnya, proses penghadaman makanan memerlukan tempoh yang lama sehingga memicu rasa mual.
Hormon HCG
Hormon kehamilan iaitu HCG sering dianggap sebagai salah satu penyebab morning sickness. Pelepasan hormon ini ke dalam aliran darah boleh menyebabkan rasa loya.
Makanan
Makan makanan berminyak dan pedas boleh menyebabkan morning sickness. Fungsi sistem penghadaman yang telah menurun akibat gangguan hormon akan bertambah buruk apabila anda terlalu banyak mengambil makanan berminyak dan pedas.
Peningkatan sensitiviti terhadap bau dan rasa.
Sensitiviti bau dan rasa penyebab lain terjadi morning sickness. Bau yang dahulunya biasa, boleh mencetus rasa mual dan muntah di kalangan wanita hamil.

Info : Wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/hari berbanding biasa terutama di trimester akhir kehamilan. Pada waktu ini bayi membesar dengan pantas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 25 March 2013

BERSOLEK KETIKA HAMIL,AWASI PRODUK KECANTIKAN

Beberapa perkara harus dititikberatkan terutama dalam hal ini. Pun begitu ia tidak bermakna anda perlu mengabaikan penjagaan kulit wajah. Banyak kaedah yang boleh anda ikuti. Antaranya
-Sesuaikan jenis rawatan kulit dengan keadaan anda yang sedang berbadan dua. Bagi anda yang mudah mengalami kulit kering dalam keadaan ini,pastikan anda mempunyai spray yang mengandungi air. Tiap kali terasa kulit kering, semburkan ke wajah. Selain itu, pilih produk yang bebas minyak. Ini bagi mengelakkan masalah jerawat timbul pada wajah.
-Gunakan krim pelindung cahaya matahari. Rata-rata wanita yang berbadan dua sering mengalami masalah hormon yang kerap berubah. Termasuklah kulit menjadi sensitif dan pendedahan terus kpd cahaya matahari menyebabkan masalah menjadi serius. Justeru, penggunaan krim pelindung cahaya matahri akan membantu meminimumkan kemungkinan belakunya hiperpigmentasi. Selain itu, bagi menyembunyikan hiperpigmentasi, anda boleh menggunakan concealer atau bedak asas yang sesuai dengan wrna kulit anda.
-Bagi yang mengalami masalah kulit wajah kusam dan tidak bersinar, gunakan pemerah pipi berwarna bronze pd wajah. Ini akan membuatkan wajah berkilau saat diterpa cahaya matahari, selain membantu membuatkan wajah kembali segar.
-Pelajari solekan yg ringkas dgn menggunakan warna yang sesuai dgn pakaian atau majlis yg ingin anda hadiri. Justeru, itu anda tidak perlu lagi bersusah payah menanggalkan solekan yang sedia ada dan memilih warna lain untuk dipakai semula.
-Biarpun solekan membantu menutupi masalan yang berlaku pd kulit wajah anda, jangan terlalu kerap memakai solekan. Ini kerana, setiap kalai menyapu solekan, secara tidak langsung bahan kimia yang terdapat di dalamnha turut masuk ke dlm tubuh dan boleh menyebabkan kesan negatif seperti racun kepada tubuh. Terutama kesan kpd keadaan bayi dlm kandungan anda. Sebaiknya, kurangkan pemakaian solekan andai tidak perlu terutama dalam tempoh kehamilan
-Lindungi kulit dr dehidrasi dgn minum air secara teratur. Gunakan pelembap dan krim yang bebas wangian yang boleh mendatangkan risiko kepada bayi sekiranya bahan kimia tersebit masuk ke dlm tubuh.
-Hindari menggunakan pakaian telalu ketat ketika sedang hamil. Pakaian ketag dapat mempengaruhi kesihatan anak dalam rahim.
-Penggunaan pewarna rambutjuga boleh membahayakan janin.  Ini kerana, hampir kesemua perwarna rambut mengandungi amonia. Amonia merupakan zat kimia yang memiliki bau tajam danketuka dihidu boleh menyebabkan mual dan muntah.
-Memakai kasut tumit tinggi sememangnya nampak menarik dan seksi tetapi jangan lupa,  ia juga boleh memudaratkan kesihatan teutama menimbulkan rasa sakit di daerah betis dan sebagainya. Selain menyebabkan beberapa masalah kesihatan, memakai kasut yang bertumit tinggi boleh menyebabkan kecederaan seperti pergelangan kaki yang terseliuh atau sebagainya. Kerana itu, wanita berbadan tidak digalakkan memakai kasut tumt tinggi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

TAMBAT HATI SUAMI DENGAN 4 TIP MUDAH

Perkahwinan bermakna perkongsian dua jiwa, mengharung susah dan senang bersama. Walau badai taufan melanda, perasaan kasih dan cinta tak mungkin goyah dengan begitu mudah. Mungkin ada di antara isteri yang masih lagi tertanya, bagaimanakah cara yang paling mudah untuk menambat hati suami. Maklum sahajalah, jika yang masih baru mungkin tiada masalah kerana masih lagi berada pada fasa bulan madu dan belum berakhir. Tetapi bagaimana pula dengan perkahwinan yg sudah bertahun-tahun. Pastinya wujud anasir-anasir buruk yg mengganggu hingga mengurangkan perasaan sayang yang bersemi dahulu. Berikut adalah beberapa tip untuk 'menarik' kembali hati suami agar kekal mencintai anda :-

Sediakan minuman
Suami pastinya keletihan setelah pulang dari kerja. Sekiranya anda surirumah sepenuh masa maka siapkanlah minuman dan makanan ringan untuknya. Paling tidak secawan kopi dan dua biji karipap atau apa sahaja menu yang mudah disediakan. Meskipun tidak dimnta tetapi suami akan berasa cukup dihargai apabila diperlakukan sebegitu. Berbeza jika anda tergolong kepada istei yang bekerja. Hidangan ringkas juga perlu disediakn, mungkin selepas suami pulang dari masjid atau berehat sambil menonton televisyen.
Masak makanan kegemarannya
Kata org jika nak menambat suami, tawanlah perutnya dahulu. Mustahil setelah lama berkahwin anda tidak mengetahui makanan kegemarannya. Jadi, sediakanlah menu yang disukainya biarpun tidak sesuai dgn citarasa anda. Berkorbanlah sedikit demi untuk menarik perhatiannya dan menarik kembali rasa sayangnya. Jika tidak selalu, masaklah pada hari yang istimewa buat anda berdua. Pasti menyeronokkan.
Prihatin pada keperluan suami
Sudah menjadi tanggungjawab isteri memastikan keperluan suami dipenuhi dengan baik. Daripada hal makan hinggalah ke pakaian yang dikenakan. Sekiranya terlihat ada bahagian yang koyak dibajunya, ambillah inisiatif untuk menjahitnya kembali. Jangan buat tak tahu sahaja kerana penampilan suami di luar membawa imej anda sebagai isteri.
Berhias dan bewangi-wangian untuk suami
Suami amat gembira melihatisteinya berhias cantik biarpun ketika berada di rumah. Rambut disisirrapi dengan palitan solekan yang nipis sudah cukup membuatkan perasaannya tenang. Lebih-lebih lagi ketika penat balik dari pejabat. Berwangi-wangilah agar suami berasa bahagia memiliki anda sebagai pasangannya. Lagipun, anda sudah mendapat banyak pahala kerana berhias untuk lelaki yang halal buat anda.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 24 March 2013

MENGUAP TANDA MENGANTUK??

Menguap tidak semestinya menandakan anda mengantuk. Boleh jadi juga anda berasa bosan atau cemas. Namun sesetengah orang yang mengalaminya krna mengantuk. Puncanya adalah kerana otak kekurangan oksigen akibat terlalu banyak makan, kurang tidur atau masalah tekanan darah rendah. Anda dikatakan normal apabila dalam satu minit menguap di antara dua hingga empat kali. Ini berlaku disebabkan oleh kelelahan, diet berlebihan, jangkitan saluran kencing atau mungkin disebabkan penyakitserius pada sistem saraf pusat. Jika anda mengalaminya, segeralah berjumpa dengan doktor. Bagi anda yang masih kerap menguap di waktu pagi, meskipun sudah mendapatkan tidur serta rehat yang mencukupi,anda perlu perhatikan makanan yang anda makan ketika bersarapan. Anda boleh menggantikan hidangan sarapan dengan telur atau dua keping roti. Hindari sarapan nasi atau mi yang tinggi kandungan karbohidratnya kerana ia akan membuatkan tubuh anda berasa lemah dan kerap menguap. Jika perlu juga, ambillah dalam kuantiti yang sedikit

Published with Blogger-droid v2.0.10

ANEKA PETUA

Kencing tak lawas
Jika anda mengalami kencing tak lawas, cuba ikuti petua ini. Dapatkan air basuhan beras yang ketiga dan minum segelas setiap hari. Anda akan merasai sendiri perbezaannya.
Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, amalkan petua berikut. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dgn menggunakan air tersebut.
Hilangkan kutu
Kehadiran kutu di kepala tentu merungsingkan anda. Hilangkan kutu dengan beberapa ulas bawang putih yang ditumbuk lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balutkan kepala yang telah dilumur tadi selama satu jam sebelum dicuci.
Tegangkan wajah
Tanpa mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan produk penjagaan bagi menegangkan wajah, campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Tumbuk lumat. Sapukan pada wajah dan leher dua kali seminggu. Anda pasti berpuas hati apabila melihat wajah yang tegang dan anjal.
Bawang putih legakan lelah
Mereka yang sering kali batuk akibat lelah boleh mencuba petua ini. Tumbuk dua ulas bawang putih dan dicampurkan dengan tiga sudu minyak masak. Gaulkan sebati dan sapukan kepada leher, dada dan belakang. Dalam masa yang singkat anda akan melihat perubahannya.
Atasi kelesuan
Sekiranya tubuh anda sering merasa kelesuan, didihkan daun mengkudu dengan sedikit halia. Saringkan airnya dan amalkan meminumnya secawan pada waktu pagi dan petang. Tubuh anda akan segar dan bertenaga.

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI LAKSA SIAM

Bahannya
1 peket laksa (direbus dan ditos)
1/2 kg ikan kembung
1 kg santan
Sedikit asam keping
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Ulam-ulaman

Bahan kisar
2 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit cili kering

Cara membuatnya
Rebus ikan bersama asam keping dan garam. Setelah masak, buang tulang dan kisar isi ikan sehingga halus. Kemudian, masak isi ikan tadi bersama santan dan bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan sedikit serbuk kunyit, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Setelah masak, hidangkan bersama laksa dan ulam-ulaman.

Published with Blogger-droid v2.0.10

PERUT BUNCIT BUAT LELAKI RENDAH DIRI

Menjadi masalah perut buncit boleh membuatkan penampilan seseorg itu kurang menarik, bahkan boleh mendorong perasaan rendah diri kpd sesetgh lelaki. Utk mengelakkan drpd terus buncit dikongsikan panduan mengempiskan perut buncit dan dapat mengembalikan bentuk badan kepada asal atau sepatutnya.
PUNCA UKUR LILIT PERUT BERTAMBAH

Pola pemakanan
Pola pemakanan yg tidak betul adalah punca utama berlakunya pertambahan ukur lilit perut. Kurang melakukan aktiviti yg mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan melbihi jumlah yg diperlukan akan menyebabkan lebihan kalori disimpan sbg lemak.
Usia
Aktiviti yg berkurangan seiring dgn pertmbahan usia tidak diimbangi dgn pengambuilan kalori akan membuatkan perut semakin buncit.
Alkohol
Pengambilan alkohol yg berlbihan juga boleh menyebabkan tubuh menjd kurang efisien utk membakar lemak. Lemak semakin bertmbh dlm badan seiring dgn kebiasaan pengambilan alkohol.
Hormon
Peningkatan stress dlm kehdupan seharian akibat kurang tidur juga boleh menjadi salah satu sebab lemak perut bertambah. Tabiat kurang tidur meningkatkan hormon kortisol dlm otak sekaligus penimbunan lemak perut bertambah.

CARA MENGEMPISKAN PERUT

Minum air
Jika perut kembung dan penuh dgn air atasi dgn minum lbih bnyk air sekaligus membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yg keluar dr sistem bdn. Selain itu dpt keluarkan toksin yg terdapat dlm badan
Makan tertib
Elak makan dengan terburu-buru kerana menyebabkan anda menelan makanan sebelum sempat mengunyah hingga hancur. Ia akan menyebabkan udara dalam usus tersekat hingga mampu membentuk gas yg menjadi punca kembung perut.
Kurangkan garam
Terlau bnyak garam dlm diet atau makanan yg blh menambahkan jumlah sodium dlm cairan tubuh. Ia akan melambatkan mekanisme hingga mendorong air keluar dr sel akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit
Hindari sembelit
Sembelit juga boleh menjadi punca perut menjadi buncit dan membesar dari saiz sepatutnya. Untuk menghindari sembelit makan makanan mengandungi serat temasuk dari buah dan sayuran.
Pilih serat yg sesuai
Serat merupakan elemen penting dlm diet. Cara imbangi penyimpanan air yg menjadi sebab jadi buncit atau boroi, cuba makan serat dr buah yg byk air sperti epal dan buah pear.
Senaman
Senaman juga membantu menggerakkan cairan dlm perut melalui jaringan sistem dan masuk ke dlm saluran darah. Ia akan dikeluarkan ke hempedu utk dikeluarkan sebagai air kencing kemudiannya. Senaman yg disarankan berjogging dan aerobik.

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI YEE MI SIZZLING

30 gram yee mi
10 gram daging atau fishcake
2 sudu kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar stok ayam
2 sudu besar stok bilis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil tepung jagung untuk memekatkan kuah
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 bj telur

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak bijan dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan daging atau fishcake. Setelah itu, masukkan sos tomato, stok ayam dan stok ikan bilis. Apabila sudah sebati, masukkan kicap pekat dan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Akhir sekali pecahkan telur lalu kacau perlahan-lahan. Setelah kuah pekat, angkat dan tuangkan ke atas yee mi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI PARK CHOY OYSTER

500 gram sayur park choy
6 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang merah (dicincang)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan

Cara membuatnya
Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan merah yang telah dicincang tadi. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sayur park choy dan minyak bijan serta garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI TEMPOYAK DAUN KAYU

1 kg santan
5 btg serai diracik halus
500 gram pucuk ubi
500 gram daun kunyit
500 gram pucuk kaduk
50 gram cili padi (dikisar)
50 gram ikan bilis
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu besar tempoyak

CARA MEMBUATNYA
Masukkan santan dan sedikit air ke dalam kuali. Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan cili padi yang telah dikisar. Setelah itu, masukkan tempoyak, daun pucuk ubi, daun kunyit dan pucuk kaduk yang telah diracik ke dalam kuali td. Kacau perlahan-lahan dan perasakan garam. Setelah mendidih, angkat dan hidangkan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

1 kg daging lembu yg telah disalai
1 kg santan
50 gram cili padi (dikisar)
1 sudu serbuk kunyit
2 helai daun kunyit (diracik)
3 btg serai ( diketuk)

Cara membuatnya
Masukkan santan di dlm periuk dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan cili padi yang telah dikisar tadi. Lalu, masukkan daging salai, daun kunyit dan serai. Akhir sekali kacau perlahan-lahan sampai kuah lemak mendidih dan masak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pratikal 'berpisah' susu ibu

Anda mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk menghentikan penyusuan susu ibu. Mungkin juga mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan, enam bulan atau lebih dari itu. Kesemuanya bergantung kepada kerjasama yang diberi si kecil. Berpisah susu akan mengambil masa lebih lama jikan anda melakukan sebelum si kecil bersedia. Berikut 10 cara pratikal berpisah susu yang boleh membantu anda menghentikan penyusuan
JANGAN TAWAR DAN JANGAN TOLAK
Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Berikan susu apabila si kecil minta dan jangan sesekali menolak jika si kecil mahu menyusu. Namun, konsep ini perlu diaplikasikan bersama beberapa cara di bawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.
MENGUBAH RUTIN HARIAN
Anda pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contohnya dia akan menyusu jika anda berada di sofa yang selalu diduduki. Oleh itu, elakkan diri daripada duduk di sofa berkenaan agar dia lupa tentang rutin yang biasa dilakukan.
PERTOLONGAN DARIPADA AYAH ATAU PIHAK SUAMI
Ayah perlu memainkan peranan mengalihkan perhatian si kecil yang mahu menyusu dgn melakukan aktiviti lain seperti menonton program televisyen kegemaran si kecil, bermain alat permainan kesukaannya, membaca buku atau melakukan apa sahaja jenis aktiviti yang ingin dilakukan ketika itu.
ALIHKAN PERHATIAN SI KECIL
Kadang kala apabila si kecil leka bermain, dia terlupa meminta susu. Gantikan sesi penyusuan yang patut diterimanyadengan memberikan snek berkhasiat seperti buahan ataupun roti. Anda juga boleh membawanya ke taman permainan pada waktu yang biasanya dia meminta susu.
LENGAHKAN SESI PENYUSUAN
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika si kecil lebih berusia dan boleh memahami penerangan anda. Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untujk menunggu sebentar. Gantikan dengan aktiviti lain juga boleh menjadi cara yang berkesan menghentikan penyusuan.
MEMENDEKKAN TEMPOH PENYUSUAN
Cara ini berkesan untuk berkesan berusia dua tahun je atas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan cara memberitahunya,  "Sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar." Sedikit demi sedikit akan mengurangkan kebergantungan kepada susu ibu.
MEMBERITAHU SECARA BERHEMAH
Bagi si kecil yang berusia setahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Jadi, tunjukkan contoh-contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu. Dia pasti teruja apabila diberi kesempatan menjadi orang dewasa.
KURANGKAN PENYUSUAN
Dalam sehari mula kurangkan sesi penyusuan terutamanya di waktu malam. Ini membolehkan penghasilan susu ibu berkurangan secara semulajadi dan pada masa yang sama membolehkan si kecil menerima perubahan itu.
ADALAH BAIK JIKA ANDA TIDAK MENGHENTIKAN PENYUSUAN SECARA TIBA-TIBA
Hal ini akan menganggu emosi si kecil malah menjadikan diri anda sendiri berasa tidak selesa. Anda sendiri berkemungkinan mengalami masalah seperti payu dara bengkak atau mastitis berikutan susu ibu tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya. Pendekatan terbaik ialah tidak melakukan secara tergesa-gesa.
PETUA-PETUA LAMA
Terdapat juga petua-petua lama untuk membolehkan anak bercerai susu. Apa pun, dapatkan pandangan pakar sama ada cara yang digunakan boleh meninggalkan kesan yang kurang baik kepada si kecil.

Info tambahan
Jika ingin merencatkan penghasilan susu ibu, tuam payu dara menggunakan ketulan ais. Dalam masa yang sama, jangan sesekali memerah susu kerana ia akan menyebabkan susu ibu bertambah semula.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tip mencari bidan / tukang urut

Jangan terlalu ghairah dengan pelbagai pakej yang ditawarkan semasa mencari tukang urut untuk menglengkapkan rawatan berpantang anda. Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian agar tidak tertipu atau terpedaya dengan tawaran yang dijanjikan
1. Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmatnya
2. Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti kuku tidak panjang, basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh menganggu proses mengurut.
3. Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.
4. Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman boleh mengirangkan caj kos pengangkutan.
5. Pastikan pakej yang diambil di salon adalah telus iaitu tidak mempunyai caj tersembunyi. Apa yang ditawarkan mesti dimasukkan di dalam bil.
6. Bagi yang muslim digalakkan mengambil bidan/tukang urut beragama islam utk memastikan penjagaan aurat.
7. Untuk mengelakkan daripada ditipu, jangan mudah membayar duit deposit pakej yang diambil sebelum pertemuan dilakukan.
8. Jika memilih pakej di salon, pastikan salon tersebut dikenali dan anda mengetahui lokasinya.
9. Pastikan tukang urut mementingkan kesihatan ibu iaitu ada serba sedikit ilmu perubatan asas.
Info tambahan
- Sebenarnya rahim ibu boleh naik kembali secara semulajadi selepas 7 hari bersalin
- Amalan sengkak rahim untuk menaikkan peranakan hanya boleh dilakukan selepas tempoh tiga minggu bersalin
- Selepas 44 hari berpantang, ibu tetap digalakkan berurut dan bertungku sebulan sekali.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 23 March 2013

Petua di dapur

Menghilangkan bau petai
Ada yang cuba mengelak daripada memakan petai kerana baunya. Untuk menghilangkan bau petai,masykkan terung ke dalam masakan. Pastinya bau tidak lagi menjadi masalah lagi kepada anda.

Nasi lambat basi
Agar nasi yang dimasak lambat basi,anda boleh mencuba petua berikut. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih berserta secubit garam halus. Hasilnya pasti memuaskan.

Kulit nenas kilatkan sudu dan garpu
Bagi mengilatkan sudu dan garpu, cuba ikuti petua ini. Rendamkan sudu dan garpu ke dalam bekas berisi air. Masukkan juga kulit buah nenas. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan pencuci pinggan seperti biasa dan bilas sehingga bersih.

Jus limau elak hanyir telur goreng
Bau hanyir telur boleh dielakkan melalui beberapa cara. Salah satunya adalah memasukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur. Kacau hingga rata. Setelah itu barulah digerong.

Published with Blogger-droid v2.0.10

PETUA DI DAPUR

Majerin elak nasi hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya,sebelum memasak nasi,masukkan satu sudu kecil majerin ke dalam periuk. Nasi akan masak dengan sempurna.

Telur tahan lama
Bagi memastikan telur yang telah dibeli tahan lama, ikuti petua ini. Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kerinb. Kemudian simpan telur di dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur akan tahan lebih lama.

Cara mudah buang kulit sotong
Rasa remeh apabila terpaksa membersihkan kulit sotong? Cara mudah untuk tujuan tersebutialah dengan merendamkan surat khabar bersama-sama sotong. Kemudian ramas surat khabar pada badan sotong. Pasti kulitnya mudah keluar dan sedia untuk dicuci.

Ayam goreng rangup
Ayam yang digorengakan menjadi tidak ranggup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan rangup ayam goreng, masukkan sebiji telur ayam semasa menggaul ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam seperti biasa.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Published with Blogger-droid v2.0.10

PETUA DI DAPUR

Mengelakkan telur rebus pecah
Bagi mengelakkan telur rebus daripada pecah,didihkan air bersama garam terlebih dahulu.Kemudian masukkan telur ke dalam plastik yang berlubang.Selepas itu, barulah dimasukkan telur ke dalam periuk td.Rebus seperti biasa.

Menyegarkan lobak merah
Lobak merah yang sedikit layu jangan terus dibuang. Sebaliknya praktikkan petua berikut untuk menyegarkan sayur ini. Caranya potong bahagian atas lobak merah lalu sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Anda akan dapati ia kembali segar.

Atasi masalah nasi lembik
Anda mungkin tidak menggemari memakan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Daun serai hilangkan hanyir ikan darat
Untuk menghilangkan hanyir ikan darat agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan selama beberapa minit dan kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESEPI AYAM RENDANG

Bahan2
1 ekor ayam dipotong 20
1 mangkuk santan
200 gram kerisik
Daun kunyit
3 ulas bawang merah(dihiris)
Minyak masak
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN KISAR
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 btg serai
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
50 gram cili kering
20 gram cili padi

CARA MEMBUATNYA
Bersihkan ayam terlebih dahulu.Kemudian, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.Setelah itu, masukkan ayam dan santan lalu dikacau sehingga kuah sedikit pekat.Masukkan daun kunyit dan kacau sehingga sebati.Sedia untuk dihidangkan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

RESPI SAMBAL SOTONG KEMBANG

BAHAN2
500gram sotong kembang
1 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai cili kering
Sedikit minyak untuk menumis
Asam jawa
Perasa

CARA MEMBUATNYA
Bersihkan sotong sementara itu kisar cili kering,bawang besar,bawang putih dan halia sehingga halus.Kemudian,panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.Setelah naik bau,masukkan sotong dan digaul rata.Kemudian masukkan asam jawa dan perasa secukupnya.Gaul selama lima minit dan angkat serta hidangkan....Sedap dimakan bersama nasi lemak panas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

resepi ayam masak merah

BAHAN2
1 ekor ayam dipotong 2o
3 s/b tomato puri

BAHAN KISAR
1 bj bawang besar
10 tangkai cili kering
1 inci halia
5 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA
Goreng ayam sehingga garing.Kemudian tumiskan bahan kisar.Apabila telah naik bau masukkan tomato puri.Setelah itu,masukkan gula dan garam secukup rasa.Setelah kuah pekat,masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan digaul sehingga sebati.

Published with Blogger-droid v2.0.10